Jung Bong Wan (Lee Seung Joon) merupakan watak antagonis utama dalam drama siri Castaway Diva. Dalam drama siri tvN ini, dia digambarkan sebagai ayah dan suami yang bermuka-muka dan sangat jahat. Dia pura-pura baik kerana dia adalah seorang anggota polis, namun sebenarnya dia selalu menyeksa anak dan isterinya sendiri.
Selain Jung Bong Wan, ada beberapa watak antagonis yang sangat dibenci dan menyakitkan hati dalam berbagai-bagai drama siri tvN pada tahun 2023.
Contohnya senarai watak antagonis di bawah ini. Semua watak ini adalah kejam, tamak, bercita-cita tinggi dan sangat sukar untuk dilawan.
1. Jung Bong Wan (Lee Seung Joon) dalam Castaway Diva melakukan jenayah keganasan rumah tangga terhadap isteri dan kedua-dua orang anaknya. Dia juga sangat obses dengan mereka
2. Bercita-cita tinggi, kejam, tapi sangat sukar untuk dikalahkan, Jin Mu (Jo Jae Yoon) merupakan ahli sihir yang paling dibenci dalam Alchemy of Souls: Light and Shadow
3. Im Ji Mi (Kim Joo Ryung) dalam Twinkling Watermelon menyeksa anak tirinya yang pekak dan bisu selama 12 tahun dan melarang gadis itu menggunakan bahasa isyarat
4. Ahn Hak Soo (Baek Sung Chul) bukan hanya jahat dan bernafsu iblis. Dia bertindak kejam pada keluarga sendiri dalam Poong, the Joseon Psychiatrist 2
5. Dibutakan dengan cita-cita, Cho Won Bo (Jung Woong In) terus melakukan taktik kotor untuk mendapat kuasa dalam Our Blooming Youth
6. Cho Won Oh (Jo Jae Ryong) menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri dan sanggup membunuh para penduduk dalam drama siri yang sama iaitu Our Blooming Youth
7. Redrin (Cha Joo Young) dalam The Heavenly Idol berpura-pura menjadi dewi untuk mendapatkan kuasa, padahal sebenarnya dia sangat jahat
8. Jang Yeon Ok (Bae Hae Sun) dalam See You in My 19th Life berusaha untuk merampas suami dan hotel milik kawannya yang juga merupakan bekas pelajarnya sendiri
Lapan watak antagonis dalam Kdrama tvN 2023 di atas membuatkan ramai penonton benci dengan kekejaman mereka. Semua watak ini tidak rasa bersalah menyakiti orang lain, termasuk keluarga sendiri, hanya demi memenuhi hawa nafsu sendiri.