Home Artis Korea 8 Artis Korea Yang Tidak Menganut Sebarang Agama

8 Artis Korea Yang Tidak Menganut Sebarang Agama

0

Tidak menganut kepercayaan dalam agama tertentu sering menjadi pilihan bagi kebanyakan artis Korea Selatan.

Beberapa orang di antara mereka memang tidak meyakini tentang kewujudan Tuhan, hingga memilih untuk menjadi atheis. Namun, ada juga yang menjadi agnostik karana hanya percaya akan kewujudan Tuhan tanpa terlibat dalam apa-apa agama pun.

Walaupun kepercayaan agama adalah topik yang sensitif, beberapa orang artis Korea berikut ini tidak keberatan untuk mengakui bahawa mereka tidak menganut kepercayaan mana-mana agama. Orang ramai di Korea khususnya juga pasti menghargai pilihan mereka yang sudah pasti mempunyai alasan tersendiri.

Jom sama-sama kita lihat ulasannya di bawah ini!

 

Artis korea1. RM BTS menyatakan dalam sebuah rancangan temu bual bahawa dia tidak mempunyai agama. Dia mengaku dia adalah seorang atheis

 

3877d7c2 a23e 48bb 8323 ad858cb15f9c2. Di lama Twitter, SUGA BTS mengaku tidak mempunyai agama. Namun, dia sedar bahawa dia hanya manusia biasa yang selalu mengharapkan perkara terbaik dengan berdoa

 

cae5cdc6 c234 4bfa 938e 970a3a2c02583. Di Weverse Live, Jungkook BTS mendedahkan bahawa keluarga ayahnya adalah Kristian, sedangkan ibunya pula adalah Buddha. Dia tidak disuruh dan diajar untuk mempunyai kepercayaan seperti ibu bapanya hingga dia memilih untuk hidup tidak beragama

 

bf900d9d c1b6 4a16 8aef ee68bbfc164d4. B.I dari kumpulan iKon juga tidak mempunyai agama, tetapi dia menghargai patung Buddha yang menjadi kepercayaan ramai orang dengan bersujud sewaktu melihat patung tersebut ketika mendaki gunung

 

4c5846c5 e538 4dd6 87e6 8fc28c961d655. Hongki F.T. Island adalah seorang atheis, tetapi dia pergi ke gereja pada setiap hari minggu sewaktu bergelar trainee kerana CEO FNC Entertainment menyuruhnya belajar muzik di sana

 

d323b53c 733f 4818 b582 fbb713f080e66. Sewaktu ditemu ramah ARENA, Minhyuk Monsta X mengaku bahawa dia tidak percayakan agama, ramalan, dan diri sendiri. Perkara itu membuatnya bekerja keras untuk menjadi seseorang yang lebih baik

 

f22dacb2 fe7b 4438 80a0 4b3d0a62da887. Melalui sebuah konten ASMR, San ATEEZ mendedahkan bahawa dia adalah seorang atheis, jadi dia tidak mempunyai agama

 

2b8685d2 9a85 4645 8a00 069425ea26cf

8. Dalam sebuah wawancara dengan TV Report, Song Hye-kyo mengaku dia selalu pergi ke gereja sewaktu kecil. Namun, kini dia meninggalkan kebiasaan itu dan tidak menganut sebarang agama

Walaupun mereka tidak memeluk agama tertentu, artis Korea di atas tetap menghargai orang lain yang memilih untuk hidup beragama. Mereka selalu menjunjung tinggi toleransi. Oleh kerana itu, keputusan mereka juga dihargai oleh masyarakat Korea umumnya.

Baca lagi: 11 Misteri Di Awal Episod The Killing Vote, Gaetal Fokus Utama
Baca juga: 6 Artis Asia Dapat Bayaran Termahal Dari Instagram, Lisa BLACKPINK Mendahului Senarai