Home Artis Korea 8 Bintang Idol Kpop Ini Sukar Menambah Berat Badan

8 Bintang Idol Kpop Ini Sukar Menambah Berat Badan

0

Peraturan untuk menjaga berat badan yang dianggap ideal oleh agensi sering kali membuat idol Kpop rela menghadapi dan menjalani diet yang ketat. Walaupun begitu, tidak semua bintang idol perlu merasa bimbang tentang tuntutan diet dan menurunkan berat badan.

Semuanya adalah kerana beberapa orang daripada mereka memang mempunyai kesukaran untuk menaikkan berat badan mereka.

Berikut ini merupakan beberapa orang bintang idol KPop yang susah menambah berat badan mereka, tidak kira berapa banyak sukatan dan jumlah makan yang mereka ambil.

Perkara ini membuatkan ramai orang iri hati akan metabolisme tubuh mereka yang dianggap sangat menguntungkan untuk karier mereka dalam industri hiburan yang penuh dengan peraturan dan tuntutan untuk kelihatan cantik dan segak sentiasa.

Jom sama-sama kita lihat di bawah ini:

 

4444d28f 30ad 404a 9b97 779a65cbea52

1. SEVENTEEN makan empat kali sehari dengan sukatan yang banyak kerana dia telah menghabiskan banyak tenaga sewaktu bekerja. Walaupun begitu, berat badan Wonwoo memang susah untuk bertambah

 

15d4565a 6565 470f ab07 5dd59c3a35f2
2. Berat badan L.Joe bekas anggota kumpulan Teen Top juga sukar untuk dinaikkan. Walaupun dia makan 10 biji hamburger, berat badannya hanya naik sedikit seolah-olah dia hanya menikmati 5 biji hamburger

 

054188a5 4473 4200 af9e b3a6765d77ac
3. Taemin SHINee menyukai detik-detik ketika dia menjamah makanan kegemarannya. Walaupun makan dengan banyak, berat badannya tidak bertambah juga

 

f35fd5bb bbaa 4d66 b3b8 ab8224eb8912
4. Suka makan dalam sukatan yang banyak, Minho SHINee boleh makan 9 bahagian daging. Namun, berat badannya tidak bertambah kerana metabolisme tubuhnya yang tinggi dan hobinya yang suka bersenam dan bersukan

 

9601b44b 204c 498a 94f2 0a6e5cec8b26
5. Hyungwon MONSTA X mengaku sukar menambah berat badan. Dia sering memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuhnya supaya keunikannya tetap terpancar

 

740a303a bf8c 4adf a311 eab2c609971a
6. Yeo One PENTAGON membuat rakan kumpulannya iaitu Jinho cemburu dengan tubuh badannya. Sebab utama adalah kerana berat badannya dianggap tak mudah naik walaupun dia makan hidangan yang besar dan banyak

 

7f4d19d9 54ff 4851 aedb 55d3e8afb57d

7. Jinhyuk bekas anggota kumpulan UP10TION sukar menaikkan berat badannya. Dia selalu makan 2 jenis pizza pada waktu yang sama tanpa perlu bimbang tentang pertambahan berat badan

 

Idol
8. Eunhyuk Super Junior juga sukar menambah berat badannya. Perkara ini membuatnya berharap supaya dia dapat menaikkan berat badannya suatu hari nanti

Bintang Idol KPop di atas tidak perlu bimbang atau menjalani diet yang ketat kerana mereka memang sukar menambah berat badan mereka. Perkara ini membuatkan mereka dianggap beruntung kerana standard kecantikan Korea Selatan tentang berat badan untuk para idol sebenarnya sangat ketat.

Baca lagi: 7 Idol Kpop Ini Selalu Dimarahi Piihak Agensi, Kenapa Agaknya?

Baca juga: 11 Idol Kpop yang debut sebagai penyanyi solo pada separuh kedua 2023