Kesibukan menjalani rutin dalam industri hiburan sering kali menjadi alasan utama yang membuatkan bintang Kpop sukar untuk menjalin hubungan cinta. Ramai dari mereka yang mendedahkan bahawa mereka kurang pengalaman dalam menjalin hubungan asmara.
Berikut ini adalah 8 bintang Kpop yang pernah mengejutkan netizen dengan pengakuan tentang kurang pengalaman dalam bercinta. Kejujuran mereka membuatkan orang ramai menyedari bahawa kehidupan sebagai bintang idola Kpop yang selalu sibuk bukanlah mudah.
1. Rowoon SF9
Dalam wawancara pada tahun 2018, Rowoon SF9 mengaku kurang pengalaman bercinta. Dia pernah runsing perkara itu akan mempengaruhi lakonannya dalam drama Where Stars Land. Dia mendalami perasaan watak yang dibawa olehnya. Lalu, meminta pengarah dan penulis skrip membantunya mengeluarkan ekspresi diri dalam berlakon.
Rowoon kurang pengalaman bercinta kerana sudah menjalani trainee pada usia remaja. Dia juga mendapat pendidikan di sekolah khas lelaki. Tambahan pula dia dulunya hanya seorang remaja yang gemarkan bola sepak dan karaoke. Namun, dia kini perlahan-lahan cuba untuk mempelajari lebih banyak perkara tentang cinta.
2. D.O. EXO
Melalui wawancara dengan TV Report pada Februari 2016, D.O. EXO mendedahkan bahawa dia sebenarnya sangat ingin menjalin hubungan cinta. Sayangnya, dia tidak boleh melakukannya kerana terlalu sibuk, sehingga tidak mempunyai banyak masa terluang. Jika ada peluang, dia ingin bercinta lagi.
Pengalaman bercinta kali terakhir adalah dengan cinta pertamanya semasa di sekolah menengah. Mereka putus kerana sikapnya yang posesif. Oleh sebab itu, bintang Kpop yang mempunyai nama asal Do Kyung Soo ini tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama dengan sikapnya apabila bercinta kelak.
Baca juga: 7 Bintang KPop Ini Dianggap Sesuai Bawa Watak dalam Live Action Naruto, Setuju?
3. Eunwoo ASTRO
Dalam program Happy Together pada tahun 2018, Eunwoo mengaku tidak mempunyai banyak pengalaman dalam bercinta kerana janjinya pada ayahnya. Dia berjanji untuk fokus belajar semasa di sekolah, dia mula bercinta selepas melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
Eunwoo mengaku menyukai seseorang sewaktu di bangku sekolah menengah dan dia telah meluahkan perasaannya itu. Hubungannya dengan kekasihnya tidak berlangsung lama. Semuanya kerana pada waktu itu Eunwoo juga sudah memulakan masa latihannya untuk menjadi bintang Kpop. Eunwoo yang sibuk juga sangat sukar untuk berjumpa kekasihnya dan membuatkan hubungan mereka kandas di tengah jalan.
4. Jinyoung bekas anggota B1A4
Melalui sebuah wawancara pada tahun 2019, Jinyoung mengaku tidak mempunyai banyak peluang untuk menjalin hubungan cinta. Dia begitu sibuk selama bertahun-tahun dengan kerjayanya, hingga hampir tidak mempunyai waktu terluang untuk bercinta.
Walaupun begitu, Jinyoung mampu mencipta lagu-lagu percintaan berdasarkan imaginasinya. Selain itu, dia juga gemar mendengar kisah cinta orang lain yang boleh dijadikan inspirasinya.
5. Jackson GOT7
Dalam Radio Star pada tahun 2019, Jackson mengaku dia mempersetujui larangan JYP Entertainment untuk tidak menjalin hubungan cinta selama 3 tahun kerana ingin fokus pada kariernya. Dia nekad untuk tidak bercinta selepas larangan itu berakhir.
Pada tahun 2022 di program Woody FM, Jackson mengaku sudah bersedia untuk menjalin hubungan cinta. Sayangnya, jadualnya selalu tidak menyebelahinya untuk bercinta. Jackson mengaku hanya pernah menjalin hubungan tanpa status sekitar tahun 2021, lalu berakhir begitu saja. Kesibukannya kini dirasakan sebagai penghalang utama baginya.
Baca lagi: 9 Bintang KPop Yang Mempunyai Agensi Sendiri, Terkini Jennie BLACKPINK
6. Sungjae BTOB
Melalui program Happy Together pada tahun 2016, Sungjae mengaku sukar menjalin hubungan cinta selepas kemunculan pertamanya. Dia tidak mempunyai banyak pengalaman dalam bercinta kerana tidak mempunyai banyak peluang.
Sungjae menegaskan bahawa dia benar-benar sibuk hingga tidak belum dapat menjalin hubungan cinta waktu itu. Dia telah beberapa kali terpalit dengan gosip bercinta dengan sesama artis, tetapi dia selalu menyangkal gosip-gosip tersebut.
7. T.O.P BIGBANG
T.O.P mendedahkan bahawa dia jarang bercinta di sebuah sidang media untuk web drama Secret Message pada tahun 2015. Dia tidak dapat menjalin hubungan istimewa kerana kesibukannya sejak mula melangkah kaki dalam industri hiburan.
Baca lagi: 10 Bintang Kpop Ini Mempunyai Tabiat Tidur Yang Pelik
8. Niel Teen Top
Dalam program Cultwo Show pada tahun 2017, Niel mengaku kurang pengalaman bercinta selepas membuat kemunculan pertama dalam dunia hiburan. Niel mengaku merancang untuk menjalin hubungan cinta selepas mendengar gosip percintaan Andy Shinhwa, pengasas agensinya. Dia juga menyatakan nama pelakon wanita terkenal iaitu Nam Sang Mi sebagai jenis wanita idamannya pada waktu itu.
Walaupun kurang pengalaman dalam bercinta, lapan orang bintang Kpop di atas tidak menganggap diri mereka sebagai lelaki yang menyedihkan. Mereka masih mengutamakan kerjaya mereka kerana jadual mereka yang padat dan menyukarkan mereka untuk menjalin hubungan asmara.