Home Entertainment 8 Cinta Selebriti Popular Yang Ditolak Oleh ‘Crush’ Mereka

8 Cinta Selebriti Popular Yang Ditolak Oleh ‘Crush’ Mereka

0

Anda mungkin pernah menyimpan hati dan perasaan kepada seseorang namun dia tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap anda.

Hal ini normal dan berlaku kepada sesiapa saja termasuk selebriti terkenal, kaya dan jadi pujaan ramai.

Bertambah malu lagi apabila satu dunia tahu lapan figura terkenal di bawah ini pernah kena ‘reject’ dengan bakal-pasangan/skandal-tak-jadi mereka.

#1 Justin Bieber

Ditolak oleh: Rihanna

21 1

Walaupun Rihanna senior beberapa tahun, Justin cuba nasib mengurat penyanyi itu dan meminta nombor telefonnya. Mungkin muka baby-baby Justin bukan selera Rihanna kerana dia cuma jeling je Justin dengan ekor mata dan cakap pelantun lagu Baby itu terlalu muda untuknya.

#2 Aziz Ansari

Ditolak oleh: Blake Lively

22 1

Aziz pernah cuba mendekati seorang aktres dan mama hot di Hollywood, iaitu Blake Lively. Mereka berkongsi minat yang sama terhadap makanan dan saling bertukar-tukar nombor telefon. Aziz rajin menghantar mesej kepada Blake.

‘Hey, Aziz ni. You pergi tak ke Met Ball nanti?

‘…………………………….’ (Tak ada respons)

“I nak pergi berparti di Boom Boom Room. Betul ke ni nombor you?’

‘…………………………….’ (Tak ada respons)

Akhirnya Aziz dapat jawapan mengapa mesejnya selalu tak berbalas bila Blake mengumumkan hubungannya dengan aktor Ryan Reynolds secara rasmi.

#3 Donald Trump

Ditolak oleh: Salma Hayek

24 1

Pada sekitar tahun 1990-an, Donald Trump pernah kena reject dengan pelakon Salma Hayek. Salma berjumpa dengan bakal presiden itu semasa menghadiri sebuah acara bersama teman lelakinya.

Trump beramah mesra, cuba berkawan dengan kekasih Salma dan meminta nombor telefon kedua-dua pasangan itu namun Trump hanya menghubungi Salma seorang dan selalu mengajaknya keluar.

“You tahu kan I dah ada boyfriend?”

“Lelaki tu tak layak dapat you, baik you keluar je dengan I.” balas Donald Trump.

Salma terus block dia.

#4 Emma Watson

Ditolak oleh: Tom Felton

23 1

Dalam filem siri Harry Potter, Hermione (Emma Watson) dan Draco (Tom Felton) seperti anjing dengan kucing bila terserempak.

Namun dalam dunia nyata, Emma ada hati pada Tom sampai tahap pergi kerja pagi-pagi untuk tengok ada tak nama Tom dalam jadual penggambaran.

Tom tahu perasaan Emma tapi dia hanya memandangnya sebagai adik. Hancur hati Emma bila kena ‘sister-zone’ dengan Tom.

Baca lagi: Emma Watson Kongsi Momen ‘Jatuh Cinta’ Pada Tom Felton Semasa Berlakon Sekali Dalam Harry Potter

#5 Drake

Ditolak oleh: Nicki Minaj

25 1

Drake sangat sukakan Nicki Minaj, lebih daripada seorang kawan.

Suatu hari, dia tanya Nicki, “Lapar ke, nak makan?”

“Yeah, aku nak makanan.” balas penyanyi itu.

Lalu rapper itu cuba buka pintu hati Nicki dengan membawakan makanan sampai ke pintu bilik tapi Nicki cuma ambil makanan itu, bye-bye dan menutup pintu depan muka Drake.

#6 Julianne Hough

Ditolak oleh: Daniel Radcliffe

26 1

Keindahan liuk lentuk sang penari dan pelakon Julianne Hough tidak mampu menyihir hati pemegang watak Harry Potter ini.

Semasa jadi pelakon ekstra dalam filem Harry Potter and the Sorcerer’s Stone, dia jatuh cinta pada Daniel Radcliffe. Siap pernah menulis dan mengirim nota cinta kepadanya tapi tak pernah berbalas.

Sejak itu, dia lari bila nampak Daniel sebab teramat malu.

#7 Justin Bieber (Lagi)

Ditolak: Jennifer Lawrence

27 1

Walaupun pernah ditolak Rihanna, ikan bukan seekor. Kali ini dia ‘try’ pelakon The Hunger Games pula.

Tanpa malu-malu, Justin Bieber mengaku yang dia angau dekat Jennifer Lawrence. Dalam temu bual bersama radio, dia cakap Jennifer seksi dan comel.

Malangnya, Jennifer balas “NO” ketika ditanya oleh salah seorang pemanggil di talian perihal perasaan Justin terhadapnya dalam sebuah rancangan temu bual di TV.

#8 Harry Styles

Ditolak oleh: Lindsay Lohan

28 1

Sekiranya Harry Styles ketuk pintu dan anda membukanya, mesti anda terus dapat cam wajah kacaknya itu atau pengsan di situ juga. Namun tidak bagi Lindsay Lohan apabila dia bertanya “Awak siapa, apa yang saya boleh bantu?” semasa Harry ketuk pintu bilik hotelnya pada waktu malam.

Lindsay tak kenal Harry Styles itu siapa dan ‘mengusir’ lelaki itu pergi dengan alasan dia mengantuk nak tidur.

Benarlah kata orang, soal hati memang tak boleh dipaksa.

Sumber: [1],[2]