Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 8 Drama Korea Bawa Kisah Wanita Psikopat Kejam, Ngeri dan Mendebarkan

8 Drama Korea Bawa Kisah Wanita Psikopat Kejam, Ngeri dan Mendebarkan

0

Drama Korea sensasi The Frog merupakan drama Korea thriller terbaru dari Netflix yang mengisahkan tentang kehadiran pembunuh bersiri yang mengganggu ketenangan hidup dua orang pemilik rumah penginapan pada masa musim panas.

Salah seorang watak psikopat kejam dalam drama Korea The Frog ini ialah psikopat wanita yang kejam. Wanita tersebut ialah Yoo Seong A (dilakonkan dengan berkesan oleh Go Min Si).

Selain drama Korea The Frog, terdapat beberapa buah drama Korea lain yang mengisahkan tentang psikopat wanita yang gila dan kejam. Mereka sanggup membunuh dan bertindak kejam. Mangsa-mangsa mereka ada juga kaum lelaki yang secara fizikalnya lebih kuat dari mereka.

Berikut ini adalah pilihan drama Korea tentang psikopat wanita yang sangat kejam dan membuatkan para penonton seram sejuk.

 

Drama korea1. Merupakan seorang gadis yang sangat bergaya dan jelita, watak pembunuh kejam dalam The Frog (2024) yang sanggup mengorbankan nyawa anak tirinya yang masih kecil dibawa dengan sangat baik oleh Go Min Si. Dia juga membunuh seorang anggota polis tanpa rasa takut

 

6d7739b1 59a9 4a4d b709 94abaaa0c25a

2. Inspector Koo (2021) mengisahkan tentang bekas detektif yang melawan pelajar yang telah membunuh ramai orang dengan licik, pembunuh psikopat ini hampir berjaya dalam misi jahatnya kerana dia tidak meninggalkan bukti

 

8a897138 1183 44d2 acae 19f4e6fa7efc

3. Bertubuh genit dan comel, watak jahat dalam Bitter Sweet Hell (2024) ini adalah psikopat. Dia membunuh kedua-dua ibu bapanya dan juga ketiga-tiga suaminya

 

06358b1c d054 4bda 8ec5 8754362446664. Somebody (2022) mengisahkan tentang pencipta aplikasi dating yang mempunyai kecenderungan ke arah sikap psikopat. Dia membunuh kekasihnya yang juga merupakan seorang pembunuh bersiri

 

cd7f14d8 69e7 4f4f 840b c442b14210425. Villain dalam drama My Happy Ending (2023-2024) merupakan anak kepada pegawai tinggi syarikat yang berubah menjadi psikopat selepas mengalami keguguran

 

b95ae1d3 6755 45c3 a5ec ceb43c00c636

6. Di sebalik genre romcom, Miss Night and Day (2024) menyajikan misteri kes penculikan serta pembunuhan yang ternyata dilakukan oleh seorang wanita yang kejam

 

b83b1499 c3c4 4849 b81e 090a0e6a36a77. Strangers from Hell (2019) menceritakan tentang sebuah asrama sewa yang dihuni oleh ramai psikopat. Salah seorang dari mereka pada awalnya tampak seperti seorang wanita biasa-biasa sahaja tapi rupa-rupanya dia adalah iblis yang sangat kejam

 

 

IMG 1395

8. Lee Su Yeon (Choi Ye Bin) dalam Perfect Family (2024), kerana kisah silam masa kecilnya, dia menjadi seorang yang pendendam dan sanggup membunuh

Wanita selalunya identikal dengan sosok yang lembut dan lemah, tapi dalam ketujuh-tujuh drama Korea di atas, mereka nampaknya mampu bertindak kejam dan boleh melawan lelaki yang secara fizikalnya jauh lebih kuat.

Semua drama Korea di atas juga menampilkan jalan cerita luar biasa kerana pembunuh sebenar bukanlah lelaki. Ketujuh-tujuh drama Korea di atas memberikan nuansa yang mengerikan semasa pembunuh muncul di layar kaca.

Baca lagi: Filem Perang Berlatarkan Sejarah Dinasti Joseon, ‘Uprising’ Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 11 Oktober Ini
Baca juga: 10 Drama Korea Tentang Politik Kotor dan Rasuah, Penjenayah Golongan Atasan yang Kejam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here