Home Kdrama/Kmovie 8 Drama Korea dengan Pengakhiran Sedih, Penonton Pasti Banjir Air Mata

8 Drama Korea dengan Pengakhiran Sedih, Penonton Pasti Banjir Air Mata

0

Drama Korea tidak semestinya hanya mempersembahkan pengakhiran cerita yang bahagia sahaja. Kadang kala ada juga pengakhiran dan kisah yang menyedihkan hingga membuatkan ramai penonton bersedih dan menangis.

Pengakhiran setiap watak yang memilukan juga membuatkan para penonton merasakan pahitnya perasaan patah hati dan kesengsaraan emosi.

Berikut dibawah ini adalah senarai drama Korea dengan pengakhiran yang menyedihkan yang perlu anda tonton.

 

1. Youth of May (2021)

Drama korea
Hee-Tae dan Myung-Hee mengalami peristiwa yang tidak dijangka pada Mei 1980, di tengah-tengah semangat yang kuat dan laungan untuk demokrasi yang bergema di seluruh Gwangju. ‘Youth of May’ fokus pada kisah romantik antara jururawat Kim Myung-Hee dan pelajar perubatan Hwang Hee-Tae. Drama ini menceritakan tentang cinta dan persahabatan anak muda yang menjalani kehidupan biasa semasa zaman Pemberontakan Gwangju.

 

2. Hotel del Luna (2019)

Kdrama
Hotel Del Luna merupakan drama Korea yang berasal dari cerita legenda Jang Man-wol (IU) dan Goo Chan-sung (Yeo Jin-goo). Drama ini mengisahkan sebuah hotel yang memberi perkhidmatan kepada orang mati. Jang Man-Wol adalah CEO hotel yang telah ditakdirkan untuk menjalankan perniagaan tersebut kerana dosa yang dilakukannya.

 

3. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016)

69e25cb0 0d55 432b b9dd 25350a735524Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo merupakan drama yang diadaptasi dari sebuah novel popular. Drama ini menceritakan tentang seorang pewaris takhta bernama Wong Soo yang dibawa oleh Lee Joon-gi. Keajaiban berlaku, dia tanpa sengaja bertemu dengan Hae Aeo (IU) terlempar dari era moden ke era Goryeo. Sebenarnya Hae Seo adalah kelahiran semula kehidupannya sebelum ini.Ketika berada di kehidupan lama Hae Aeo jatuh cinta dengan putera keempat Wang Soo. Tapi kisah cintanya tidak bahagia kerana putera itu perlu pergi meninggalkannya.

Kisah cinta tanpa balasan dalam drama ini sangat menyayat hati.

 

4. Uncontrollably Fond (2016)

32d462af 0599 4805 a8ee ccb85a14c418

Disebabkan jalan cerita yang penuh emosi, Uncontrollably Fond dianggap secara sebagai salah sebuah K-drama yang paling menyedihkan. Drama itu menggambarkan pertemuan semula dua bekas kekasih yang kini telah menjadi pelakon terkenal dan penerbit dokumentari. Ketika mereka bertemu antara satu sama lain sekali lagi, kenangan masa lalu mereka kembali melayang-layang menerjah benak otak, bertahun-tahun selepas perpisahan yang menyakitkan mereka.

Walaupun drama ini dikategorikan sebagai drama komedi, siri ini tetap membuatkan penonton menangis teresak-esak. Dibintangi oleh penyanyi K-pop Suzy Bae dan menampilkan banyak kepincangan emosi dan lakonan yang luar biasa.

 

5. Mr. Sunshine (2018)

a882d2fc b9d6 4686 bdd1 5db726ab0b16Mr. Sunshine adalah drama Korea saeguk bergenre romantik melodrama yang disiarkan di TVN pada 2018. Siri ini merupakan drama Korea pertama Kim Tae Ri sebagai pelakon utama.

Mr Sunshine mengambil latar masa feudal sewaktu Korea dijajah oleh Jepun. Eugene Choi (Lee Byung Hun) merupakan Kapten Tentera Amerika yang ditempatkan di Korea. Sewaktu masih berusia 9 tahun, dia merupakan hamba yang memutuskan untuk lari dengan menaiki kapal perang Amerika.

Sementara itu, wanita yang disukainya, Go Ae Shin (Kim Tae Ri) adalah seorang bangsawan yang sangat mencintai Joseon. Dia diam-diam belajar menembak walau sudah dilarang oleh datuknya. Oleh kerana sangat mencintai tanah kelahirannya, Ae Shin turut sama berjuang untuk mempertahankan Joseon.

 

6. 49 Days (2011)

efcc7a9c 3007 4b1e b6e0 8b2ade39b09dSelepas episod terakhir 49 Days ditayangkan, para peminat sangat marah dan ada penonton setia yang ingin membunuh penulisnya kerana pengakhiran yang diberikan adalah sangat kejam dan tidak memihak kepada pada Shin Ji Hyun (Nam Gyu Ri).

Selepas berhari-hari berjuang, watak utama wanita melakukan banyak usaha untuk mencari tiga air mata murni untuk menghidupkan kembali dirinya selepas kematian. Tetapi hanya beberapa hari selepas kebangkitan, dia sekali lagi pergi ke alam barzakh.

Plot berkisar pada karakter Shin Ji Hyun, seorang wanita cantik kaya yang akan mengahwini Kang Min Ho (Bae Soo Bin). Namun dalam perjalanan ke bilik mencuba gaun pengantin sendirian, dia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Grim Reaper (Jung Il Woo) memberinya peluang untuk hidup kembali dalam tubuh Song Yi Kyung (Lee Yo Won).

 

7. Autumn in My Heart (2000)

83ae99eb 35e0 4258 bac7 c81a4495c885

Drama ini mengisahkan tentang cinta tiga segi antara Eun Suh, Yoon Suh dan Tae Suk. Drama ini dimulakan dengan pertukaran tag nama bayi yang mengakibatkan Eun Suh dijaga oleh sebuah keluarga yang bukan keluarga kandungnya. Akhirnya kesilapan ini diketahui oleh keluarganya kerana jenis darahnya berbeza dengan ahli keluarganya, perkara ini membuatkan kedua-dua ibu bapanya mencari siapakah ibu bapa kandung Eun Suh.

 

8. High Kick 2 (2009)

3dd469a0 d168 41ba ab38 ebb8f99be295

Selepas berhari-hari memiliki cinta yang tidak berbalas dengan Ji Hoon (Choi Daniel), Se Kyung (Shin Se Kyung) akhirnya boleh selamanya bersama orang yang dicintainya apabila mereka berdua meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Gelombang kemarahan penonton mencapai klimaks apabila sebelum ini penonton tidak melihat adanya hubungan antara kedua-dua watak ini. Membiarkan dua watak yang tidak berhubungan mati bersama dianggap terlalu menyakitkan hati. Akibatnya, High Kick 2 menjadi drama Korea dengan pengakhiran paling dibenci dalam sejarah drama Korea.

Sediakan tisu jika hendak menonton drama-drama di atas, pasti anda akan berendam air mata dan patah hati. Selamat menonton ya!

Baca lagi: 3 Pelakon Korea Lelaki Ini Mendominasi Carta Pelakon Paling Popular Bulan Mei 2024
Baca juga: 6 Drama Korea Tentang Bencana Alam, Kisah Survival yang Mendebarkan