Kematian yang memisahkan hubungan manusia di dunia. Dipisahkan dengan maut dengan orang tersayang memang menimbulkan rasa duka yang mendalam bagi mereka yang ditinggalkan.
Perasaan kehilangan, kesedihan, dan kerinduan itu juga sangat banyak diangkat sebagai tontonan dalam drama-drama Korea.
Senarai drama Korea di bawah ini membahaskan tentang kesukaran merelakan dan mengikhlaskan pemergian orang tersayang untuk selama-lamanya. Namun, pada akhirnya mereka mampu untuk redha dan ikhlas dan meneruskan hidup dengan berendam duka.
Bagaimanakah kisah mereka? Mari kita lihat senarai drama Korea dibawah ya!
1. Episod akhir Queen of Tears (2024) membuatkan penonton pilu dengan babak watak utama yang telah tua dengan rutinnya datang mengunjungi kubur isterinya sebelum mereka bertemu lagi di syurga
2. Hi Bye, Mama! (2020) membawa kisah yang penuh emosi tentang seorang wanita yang meninggal dunia akibat kemalangan dan selepas berjaya melahirkan anak kesayangannya. Anak, suami, dan ibunya berusaha untuk merelakan pemergiannya
3. Kisah pembersih barang-barang orang yang telah meninggal dunia menjadi plot utama drama Move to Heaven (2021) yang memberi pengajaran hidup tentang perpisahan selamanya
4. Watak dalam Be Melodramatic (2019) mengalami kemurungan selepas kekasihnya meninggal dunia kerana sakit. Memerlukan waktu yang lama baginya untuk redha dan meneruskan hidup
5. Salah satu bahagian dalam Seasons of Blossom (2022) fokus pada orang-orang yang ditinggalkan pasangan atau saudara kerana bunuh diri
6. Persahabatan tiga orang wanita yang berusia 39 tahun akhirnya terpisah akibat maut apabila salah seorang dari mereka sakit lalu meninggal dunia dalam Thirty-Nine (2022)
7. Banyak kejadian menyedihkan mengenai kematian dan kesedihan orang-orang terdekat yang digambarkan dalam drama Korea yang berlatarkan hospital, Hospital Playlist 1-2 (2020-2021)
8. Seorang lelaki belajar memasak untuk bekas isterinya yang sukar makan kerana sakit kanser usus dalam Recipe for Farewell (2022-2023)
Semua lapan drama Korea di atas bukan hanya menceritakan tentang pasangan yang terpisah kerana maut. Ada juga yang mengisahkan tentang kematian sahabat dan anggota keluarga.
Walau memerlukan masa, watak-watak utama dalam drama Korea di atas akhirnya boleh merelakan pemergian orang tersayang. Kisah mereka sangat meruntun hati dah berjaya membuatkan para penonton banjir air mata.