Dalam drama siri Behind Your Touch diceritakan terdapat sebuah kampung yang terkenal kerana sangat aman damai, kampung tersebut dikenali sebagai kampung Mujin.
Pada suatu hari, di kampung yang aman tersebut terjadi sebuah kes pembunuhan yang sangat misteri dan juga mengejutkan. Moon Jang Yeol (Lee Min-ki) dan Bong Ye Bun (Han Ji Min) bersama-sama berusaha dan mencuba untuk menyiasat dengan mendalam kes tersebut.
Kes pembunuhan tersebut telah membuatkan para penduduk kampung Mujin gempar dan juga merasa ketakutan. Semua perasaan ini muncul kerana pembunuhan ini dilakukan dengan sangat sadis!
Berikut adalah lapan fakta berkaitan kes pembunuhan di kampung Mujin dalam drama siri Korea Selatan Behind Your Touch.
1. Mangsa pembunuhan pertama adalah Park Seung Gil (Choi Ji Hyeok). Dia adalah kawan yang sangat rapat dengan Moon Jang Yeol
2. Dia dibunuh pada malam hari sewaktu dia ingin berjumpa dengan Moon Jang Yeol yang sedang menerima rawatan di hospital
3. Park Seung Gil menemui Moon Jang Yeol dalam keadaan yang sudah nyawa-nyawa ikan. Tubuhnya dipenuhi dengan banyak kesan luka tikaman
4. Mangsa kedua pula adalah seorang vlogger wanita yang bernama Si A (Choi Hee Jin). Tubuhnya ditemui telah membusuk di pinggir sebuah pantai dengan banyak kesan luka tikaman
5. Selepas melihat memori seekor ular, Bong Ye Bun melihat pembunuh sebenar membunuh menggunakan pisau yang sering digunakan di dapur oleh penduduk kampung Mujin
6. Selain itu, pembunuh sebenar juga diketahui mengenakan baju hujan sewaktu membunuh. Seolah-olah pembunuh itu menggunakan baju hujan untuk mudah menghilangkan bukti pembunuhan
7. Dari berbagai-bagai petunjuk dan bukti yang ditemui, Moon Jang Yeol mengesyaki bahawa pembunuhnya adalah di kalangan penduduk kampung Mujin itu sendiri
8. Syak wasangkanya itu semakin dikuatkan lagi dengan ritual pemanggilan roh. Roh mangsa yang merasuk dukun psikik menyebut bahawa pembunuhnya adalah penduduk kampung Mujin
Misteri pembunuhan di kampung Mujin ini sangat sukar untuk diselesaikan. Beberapa watak memang kelihatan mencurigakan. Namun, belum boleh dipastikan siapakah pembunuh sebenar dan apakah motif pembunuhan tersebut.
Anda rasa, siapakah pembunuhnya yang sebenar?