Home Artis Korea 8 Fakta Watak Seo In Guk dalam Kdrama Akan Datang ‘Death’s Game’

8 Fakta Watak Seo In Guk dalam Kdrama Akan Datang ‘Death’s Game’

0

TVING baru sahaja berkongsi poster drama Korea Death’s Game (2023). Drama yang diangkat dari webtoon bertajuk sama ini bukan hanya akan dibintangi oleh Seo In Guk dan Park So Dam.

Selain Seo In Guk, nama-nama besar lain seperti Kim Ji Hoon, Choi Siwon, Sung Hoon, Kim Kang Hoon, Jang Seung Jo, Lee Jae Wook, Lee Do Hyun, Go Yoon Jung, Kim Jae Wook, dan Oh Jung Se juga membintangi Kdrama terbaru ini.

Pasti anda tertanya-tanya bukan? Sebelum menonton drama yang dipenuhi dengan bintang popular ini, jom kita lihat beberapa fakta mengenai watak Choi Yi Jae yang akan dilakonkan oleh Seo In Guk berikut ini.

 

 

cf3af78d 7a2a 45a4 8e0a 5412e4a7a800

1. Choi Yi Jae (Seo In Guk) adalah lulusan pengajian tinggi yang telah lima tahun menganggur. Dia memohon kerja di banyak syarikat besar dan setiap permohonannya ditolak mentah-mentah

 

 

96cf2fe4 6840 45b3 8a0f c6f34c347dd22. Dia tidak mahu mencari pekerjaan yang menawarkan jawatan lebih rendah dari tahap kelayakan pendidikannya, Choi Yi Jae sanggup memilih untuk menjadi penganggur, hidup mengharapkan duit dari ibunya, dan terusan bertaruh dalam pelaburan kripto

 

 

Seo in guk3. Suatu hari sebuah syarikat besar menolak permohonannya. Pada waktu yang hampir sama, teman wanita yang telah lama setia dengan Choi Yi Jae juga meninggalkannya

 

 

613b29f3 8a3c 4783 b035 d4105af4852a4. Choi Yi Jae memilih untuk bunuh diri. Sebelum mati, dia menulis surat wasiat yang mengejek-ejek kematian dan menyebutnya sebagai tidak bermakna

 

 

57919700 ee6a 4499 b1f0 832f7552cc2a5. Surat itu menyinggung perasaan Death (Park So Dam) iaitu sebuah lambang abstrak dari kematian. Death merasa marah dan memutuskan untuk menghukum Choi Yi Jae

 

 

974f9d96 1c9d 4c9b 8903 42efd3ffa7996. Choi Yi Jae akan merasa kematian berkali-kali. Jika dia boleh memperdayakan Death, maka dia berhak hidup di tubuh yang sedang dia gunakan

Baca juga: Death’s Game, Adaptasi Webtoon Menampilkan Park So Dam Sebagai “Death” Yang Akan Menghukum Seo In Guk

 

6e1ec3e6 8c6c 4e5e 9f10 08a53e46ba017. Choi Yi Jae hidup di dalam tubuh pelbagai jenis manusia dan dia dapat merasai ingatan setiap manusia yang ditumpanginya

 

0e5d3989 2295 47fe ae6f 9f43d30a5cd4

8. Namun, kehidupan terakhir yang dijalani oleh Choi Ya Jae adalah kehidupan yang paling membuatnya rasa terseksa dan hidup tersebut sangat lama

Selain barisan pelakon yang hebat, kisah drama Death’s Game sangat menarik. Death sebenarnya tidak pernah berniat untuk menyedarkan Choi Yi Jae tentang betapa berharganya kehidupan. Namun. pengalaman merasai banyak jenis kehidupan akan memberikan pengajaran berharga buat Choi Yi Jae dan juga para penonton tentunya.

Death’s Game akan ditayangkan pada bulan Disember 2023 akan datang.

Baca lagi: 6 Kdrama Adaptasi Webtoon yang Tayang November 2023
Baca juga: 7 Kdrama Terbaru November 2023, Ada Vigilante dan My Demon