Behind Your Touch merupakan kemunculan semula (comeback) Suho Exo dalam dunia seni lakon selepas berjaya menyelesaikan latihan ketenteraan wajib pada bulan Februari tahun 2022.
Dalam drama siri Behind Your Touch, Suho bergandingan bersama Han Ji Min dan Lee Min Ki.Watak dan peranan Suho EXO dalam Kdrama Behind Your Touch ini digambarkan sebagai seorang lelaki yang penuh misteri dan juga seorang yang berhati sangat mudah ramah dan baik hati.
Jika anda tertanya-tanya, jom kita kenali lebih dekat dengan watak yang dilakonkan oleh Suho EXO dalam Behind Your Touch!
1. Dalam comeback kali ini, Suho EXO membawa watak sebagai Kim Seon Woo yang sungguh misteri. Dia bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka di Kampung Mujin
2. Selain mempunyai wajah yang tampan, Kim Seon Woo juga adalah seorang pemuda yang baik hati. Dia suka menolong kucing terbuang, dia bagaikan malaikat yang datang ke kampung Mujin
3. Kehadiran Kim Seon Woo menarik perhatian Bong Ye Bun. Kedua-duanya merupakan jiran tetangga dan mula dekat sejak Kim Seon Woo sering membawa kucingnya untuk rawatan
4. Selain bekerja secara sambilan, Kim Seon Woo membuka kelas tuisyen. Lelaki ini adalah lulusan Universiti Hankuk dalam jurusan Bahasa Inggeris
5. Sebab utama Kim Seon Woo pindah ke Kampung Mujin adalah kerana dia ingin mengenali kampung halaman ibunya yang sudah tiada lagi
6. Kim Seon Woo berhasrat untuk mengajak Bong Ye Bun untuk berteman baik kerana mereka berdua sama-sama menyukai dan menyayangi kucing
7. Kim Seon Woo mula terbuka hati dan suka kepada Bong Ye Bun.
8. Sewaktu Bong Ye Bun mencuba kebolehan luar biasanya pada Kim Seon Woo, dia langsung tidak dapat melihat atau menemui sesuatu tentang memori lelaki tersebut
Behind Your Touch baru sahaja ditayangkan sebanyak empat episod. Jika anda masih belum sempat untuk menonton drama siri ini, anda wajib mencari masa untuk menontonnya. Drama siri Behind Your Touch menampilkan genre fantasi, misteri dan juga komedi. Pasti anda tidak kering gusi apabila menonton episod-episod awal drama siri ini. Selamat menonton ya!