Home Entertainment 8 Filem India 2023 Dengan Rating Tertinggi IMDb

8 Filem India 2023 Dengan Rating Tertinggi IMDb

0

Industri Bollywood berjaya menarik perhatian dunia melalui beberapa filem yang ditayangkan sepanjang tahun 2023. Sebut sahaja Pathaan dan Zara Hatke Zara Bachke yang meraih pendapatan tinggi sewaktu pelancarannya.

Selain itu, terdapat juga beberapa filem yang meraih rating tinggi di laman IMDb untuk tahun 2023 ini.

8 buah filem India berikut berjaya mencuri perhatian penonton dan para pengkritik filem melalui jalan ceritanya yang unik. Anda pernah menonton yang mana satu?

1. Mission Majnu (7.2/10)

Filem india
Mission Majnu adalah filem bergenre aksi romantik yang dibintangi oleh Sidharth Malhotra bersama Rashmika Mandanna. Bertemakan pengintipan, filem berlatarkan tahun 1970-an ini bercerita tentang perisik India yang bernama Amandeep (Sidharth Malhotra) yang berkahwin dengan gadis Pakistan bernama Nasreen Hussain (Rashmika Mandanna) untuk mencari maklumat sulit. Tanpa disangka, Amandeep jatuh cinta dengan Nasreen sewaktu sedang menjalankan misinya yang perlu segera diselesaikan. Kisah cinta penuh konflik yang dipadukan dengan adegan aksi menarik membuatkan filem ini meraih rating 7.2 di IMDb.

2. Mrs Chatterjee vs Norway (7.3/10)

ed7ec488 c8d2 4f17 a193 4023ec312ebb
Film comeback Rani Mukherjee yang bertajuk Mrs Chatterjee vs Norway mencuri perhatian pecinta filem India dari seluruh dunia. Filem ini diangkat dari kisah benar pasangan India yang anaknya diambil secara paksa oleh Kerajaan Norway pada tahun 2011. Watak Rani Mukerji sebagai Debika Chatterjee menjadi sorotan utama, tidak hairanlah filem ini mendapat rating 7.3 dari IMDb.

3. IB71 (7.7/10)

b664a0c4 6ca6 4b55 9919 a2132aeb81fa
Filem seterusnya yang mendapat rating tinggi di IMDb adalah IB71. Mendapat rating 7.7, filem ini mencuri perhatian kerana diangkat dari kisah benar tragedi rampasan kapal terbang Indian Airlines pada tahun 1971. Filem garapan Sankalp Reddy ini menampilkan Vidyut Jammwal, Vishal Jethwa, dan Anupam Kher sebagai pelakon utama.

4. Gulmohar (7.7/10)

d14318ee 062e 47ea 804f 43f68f385ed4
Menyajikan kisah drama keluarga, Gulmohar yang ditayangkan di Disney+ Hotstar India mendapat rating 7.7 di IMDb. Filem ini memperlihatkan kehidupan keluarga Batra yang hidup di sebuah rumah yang dikenali sebagai Gulmohar sejak puluhan tahun. Mereka berkumpul untuk terakhir kalinya di rumah Gulmohar sebelum berpindah ke rumah baru.

5. Sirf Ek Bandaa Kaafi Hai (7.8/10)

22e874a9 476f 470e a5c3 73d0bd4fa1f2
Sirf Ek Bandaa Kaafi Hai adalah filem terbitan Zee5 Studios yang diangkat dari kisah benar. Manoj Bajpayee dipilih sebagai pelakon utama yang merupakan seorang peguam yang bernama Solanki. Solanki berjuang untuk membela seorang gadis yang mendapat gangguan seksual oleh salah seorang ahli agama. Perjuangan Solanki untuk membela kebenaran dalam filem ini berjaya mendapat rating 7.8 dari IMDb.

6. Jogira Sara Ra Ra (8.3/10)

56747e2b 2c08 47e5 bcb3 bdf154217a7f
Jogira Sara Ra Ra menceritakan tentang Jogi Pratap (Nawazuddin Siddiqui) yang tidak mahu berkahwin supaya anggota perempuan dalam keluarganya tidak bertambah. Jogi yang dijodohkan meminta bantuan seorang gadis muda bernama Dimple (Neha Sharma) untuk menghadapi keluarganya. Kisah cinta unik penuh komedi yang disajikan dalam filem ini mendapat rating 7.8.

7. Bad Boy (8.7/10)

8324058f 428d 4300 b046 b333cd31ef74
Bad Boy merupakan filem drama remaja yang menandakan debut lakonan kedua-dua pelakon utamanya, Namashi Chakraborty dan Amrin Qureshi. Filem ini bercerita tentang Raghu (Namashi Chakraborty) yang jatuh cinta dengan gadis pintar bernama Ritu (Amrin Qureshi). Namun, hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Ritu yang sangat disiplin. Walau ceritanya klise, filem ini mencuri perhatian hingga mendapat rating 8.7 di IMDb.

8. Music School (9.5/10)

cd04a846 baee 419a 8449 e5602a9b611c
Music School menjadi filem India dengan rating tertinggi di IMDb pada separuh pertama tahun 2023. Filem ini menyoroti kisah pelajar-pelajar sekolah yang dipaksa orang tuanya untuk bertanding dan bersaing dalam bidang akademik. Oleh sebab itu, anak-anak mereka tidak mempunyai waktu untuk mempelajari tentang seni dan kebudayaan. Penuh dengan pengajaran moral, sangat wajarlah filem ini mendapat nilai rating tinggi iaitu 9.5.

Dari kesemua lapan filem dalam senarai di atas, banyak filem underrated yang kurang mendapat perhatian oleh para peminat filem India. Walaupun begitu, filem-filem underrated tersebut meraih rating tinggi di IMDb kerana menampilkan jalan cerita yang mencuri perhatian.

Baca lagi: 10 Filem Pemerdagangan Manusia Dengan Rating Tertinggi IMDb
Baca juga: 5 Filem Misteri Terbaik Hollywood, Pasti Buat Anda Berteka-Teki