Home Movie Barat 8 Filem Seram Thriller tentang Penyiasatan Jenayah, Mengerikan

8 Filem Seram Thriller tentang Penyiasatan Jenayah, Mengerikan

0

Penyiasatan jenayah fokus pada kejahatan keji seperti pembunuhan dan penculikan. Tema penyiasatan jenayah memang tidak asing lagi dan sering diangkat dalam filem bergenre thriller misteri, dan juga seram thriller.

Ada banyak filem seram thriller tentang penyiasatan jenayah yang telah dihasilkan pada setiap tahun. Mari sama-sama kita lihat pilihan filem seram thriller tentang penyiasatan jenayah seperti di bawah ini.

 

1. The Silence of the Lambs (1991)

Filem seramThe Silence of the Lambs (1991) merupaka filem seram thriller yang dibaluti dengan elemen psikologikal tentang penyiasatan jenayah yang berjaya meraih banyak pencalonan Oscar. Jalan cerita filem ini mengikuti seorang ejen FBI yang menyiasat pembunuh bersiri terkenal demi menangkap pembunuh bersiri lain yang berkeliaran.

 

2. To Catch a Killer (2023)

eab9108a ebac 4c47 9f9f 05fec686e4c9Merupakan filem seram thriller moden tentang penyiasatan jenayah dengan elemen twist menegangkan, To Catch a Killer (2023) membawa plot cerita yang sangat mengejutkan. Mengisahkan tentang seorang polis yang merekrut seorang ejen FBI untuk menyiasat kes pembunuhan semasa perayaan krismas.

 

3. Se7en (1995)

48d85552 200d 45f6 8c74 443ed918a36bGarapan David Fincher, Se7en (1995) menampilkan cerita seram jenayah tentang penyiasatan FBI yang mempunyai pengakhiran yang sangat mengejutkan. Mengisahkan tentang ejen FBI dan kawannya yang berusaha menangkap pembunuh bersiri dengan teka-teki genius dari pembunuh kejam.

 

4. The Frighteners (1996)

Filem seram thrillerJika anda mencari filem seram tentang siasatan jenayah dengan balutan komedi yang gelap, maka anda perlu menonton The Frighteners (1996). Mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengungkap misteri supernatural hingga membuatnya bekerja sama dengan seorang ejen FBI yang gila.

 

5. The Cell (2000)

cb3385e1 b4bb 4769 8935 1dfa791ea41e

Dibintangi oleh Jennifer Lopez, The Cell (2000) tampilkan gangguan tanpa henti dengan cerita tentang siasatan jenayah yang epik. Mengisahkan tentang seorang psikoterapis yang berusaha menghentikan pembunuh bersiri dengan berhubung dengan mangsa terakhir pembunuh tersebut.

 

6. Mississippi Burning (1988)

1b2bfefd 3298 4bc5 addd f248763e74e1Buat anda yang meminati filem seram thriller tahun 80-an dengan cerita tentang siasatan jenayah, Mississippi Burning (1988) pasti membuatkan anda puas hati. Jalan cerita yang mengisahkan tentang dua orang ejen FBI yang menyiasat kes pembunuhan yang penuh dengan teori-teori yang membawa maut.

 

7. Hellboy (2004)

d7c4662c bce5 4876 9832 986c32b85f1fDiwarnai aksi dan elemen supernatural, Hellboy (2004) tampilkan cerita seram yang segar tentang penyiasatan jenayah serta lakonan khas dari Guillermo del Toro. Mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang melawan pasukan Nazi hingga menyebabkan banyak pertumpahan darah.

 

8. Longlegs (2024)

IMG 3370Mengisahkan tentang seorang wanita yang merupakan ejen FBI dan menyiasat pembunuh bersiri yang sadis dengan gangguan tanpa henti dalam Longlegs (2024). Filem seram thriller berbalut dengan misteri tentang penyiasatan jenayah ini dibintangi oleh Maika Monroe dan Nicolas Cage.

Filem seram thriller tentang penyiasatan jenayah selalunya menampilkan tontonan hebat dengan cerita yang segar serta gangguan yang mencengkam dari kes-kes yang disiasat. Selain itu, filem seram thriller tentang penyiasatan jenayah membawa banyak isu yang relevan dalam cara yang tersendiri.

Filem seram thriller garapan Oz Perkins berjudul Longlegs (2024) telah pun ditayangkan di pawagam Malaysia!

Baca lagi: 8 Filem Seram Thriller Tentang Penghambaan, Gangguan yang Memualkan
Baca juga: 5 Drama dan Filem seram Thriller Jepun Ini Bawa Kisah Misteri yang Mengerikan