Home Movie 8 Filem Seram Thriller Tentang Penghambaan, Gangguan yang Memualkan

8 Filem Seram Thriller Tentang Penghambaan, Gangguan yang Memualkan

0

Isu penghambaan merupakan isu yang sensitif dan juga sangat relevan dalam dunia perfileman, walau biasanya isu ini dikemaskan dalam filem drama perang, namun para pencipta filem turut menampilkan isu ini dalam filem bergenre seram thriller dengan visual yang lebih brutal dan eksplisit.

Selain itu, filem genre seram thriller tentang penghambaan turut membuka mata orang ramai tentang isu ini.

Buat anda yang ingin tahu tentang filem genre seram thriller tentang penghambaan ini, mari sama-sama kita lihat senarai di bawah ini.

1. The Nightingale (2018)

Seram thriller

The Nightingale (2018) merupakan filem seram thriller tentang penghambaan dengan isu paling realistik yang dihasilkan oleh para pencipta filem seram moden. Memgisahkan tentang seorang wanita yang berusaha membalas dendam kepada seorang penjajah yang telah memperkosanya.

 

2. Salo, or the 120 Days of Sodom (1975)

PenghambaanMerupakan filem seram thriller paling kontroversi sejak ditayangkan hingga dianggap sebagai cult filem tersendiri, Salo, or the 120 Days of Sodom (1975) tampilkan cerita tentang penghambaan dengan adegan penuh eksploitasi. Mengisahkan tentang para remaja yang diculik dan dijadikan subjek terhadap penyeksaan secara fizikal, mental dan juga seksual.

 

3. Antebellum (2020)

IMG 2814

Jika anda mencari filem seram thriller tentang penghambaan dengan isu perkauman, maka anda perlu menonton Antebellum (2020). Jalan cerita filem ini mengikuti kisah seorang penulis yang terperangkap dalam sebuah realiti mengerikan hingga perlu mengungkap misteri sebelum terlambat.

 

4. A Southern Haunting (2023)

IMG 2815Boleh dikatakan underrated, A Southern Haunting (2023) adalah cerita tentang penghambaan dengan elemen mistik yang sangat menegangkan. Mengisahkan tentang sebuah keluarga bekas hamba yang berusaha mengungkap misteri yang wujud di antara kehidupan mereka dan tanahnya tersebut.

 

5. Get Out (2017)

IMG 2818Berjaya memasuki banyak pencalonan oscar hingga dikagumi oleh para pencipta filem, Get Out (2017) tampilkan plot twist hebat dengan cerita tentang penghambaan. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang berkunjung ke rumah ibu bapa tua teman wanitanya, tetapi perkara jahat mula muncul di antara mereka dan membahayakan nyawanya.

 

6. The Brood (1979)

IMG 2819Garapan raja filem seram iaitu David Cronenberg, The Brood (1979) sangat sesuai untuk para peminat seram dan sains fiksyen dengan cerita tentang penghambaan. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang berusaha mengungkap kejadian aneh terhadap isterinya, di samping itu beberapa kematian perlu disiasat sebelum terlambat.

 

7. Battle Royale (2000)

IMG 2820Mengisahkan tentang kerajaan Jepun yang memaksa para pelajar untuk saling berbunuhan dengan tujuan revolusi dalam Battle Royale (2000). Filem seram thriller tentang penghambaan ini tampil dengan elemen aksi berdarah.

 

8. The Northman (2022)

IMG 2822

Dibintangi oleh Alexander Skarsgard dan juga Nicole Kidman, The Northman (2022) menampilkan kisah seram thriller bertemakan viking dengan cerita tentang penghambaan yang epik. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang meneruskan pemerintahan ayahnya, tetapi dia mengetahui bahawa ayahnya dibunuh oleh bapa saudaranya hingga dia perlu membalas dendam.

Isu tentang penghambaan menjadi tema segar dan juga menarik dalam genre seram thriller, selain kerana ceritanya yang dikemaskan dengan eksplisit dan brutal, filem seram thriller ini juga tampil dengan aksi yang mencengkam dan gangguan ngeri yang sangat efektif. Maka tidak hairanlah jika ramai pencipta filem suka menggunakan tema ini.

Baca lagi: Minat Pelakon Berbakat Bollywood Nawazuddin Siddiqui? Tonton 6 Siri dan Filem Thriller Terbaik Ini
Baca juga: 7 Filem dan Drama Korea Sains Fiksyen Bertemakan Uji Kaji ke Atas Manusia