Penjajahan atau kolonialisme memang sepatutnya sudah lama dihapuskan, kesan jangka panjang penjajahan sangat memilukan. Kemiskinan dan kepincangan ekonomi merupakan antara kesan yang paling ketara selepas berlakunya kolonialisme.
Betapa besarkah kehancuran yang dicipta sejarah pilu itu? Jawapannya boleh anda temui dalam beberapa buah cadangan filem yang bertemakan penjajahan seperti berikut ini.
1. Killers of the Flower Moon (2023)
Diadaptasi dari buku bukan fiksyen yang bertajuk sama, filem Killers of the Flowers Moon adalah kisah tragedi pembunuhan berantai warga pribumi Osage yang menghuni sebuah kawasan di Amerika Syarikat.
Berlatarkan Oklahoma pada tahun 1910–1920-an. Waktu itu, penduduk Osage menjadi kaya raya selepas berjaya menemui sumber minyak mentah. Fakta itu membuatkan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat tidak berdiam diri.
Diutus pegawai kulit putih untuk membantu mereka menguruskan kewangan. Namun, ada konspirasi terselindung yang bertujuan untuk menghapuskan para pewaris asal tanah berharga itu.
2. The Settlers (2023)
Perkara serupa pernah terjadi pada abad ke-19 di Patagonia, Chile. Selepas penjajah Sepanyol keluar dari wilayah itu, kehidupan para penduduk pribumi belum juga tenteram. Kawasan mereka diceroboh oleh penjajah baru dari British dan Amerika yang mendakwa tanah di kawasan Patagonia tersebut sebagai hadiah dari Sepanyol.
Konflik tidak dapat dibendung lagi dan akhirnya menyaksikan tewasnya warga pribumi Patagonia. Peristiwa itu dikatakan sebagai sebuah tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap suku Onas yang menolak tuntutan pendatang negara barat tersebut.
3. Godland (2022)
Bukan hanya pada bangsa lain, penjajah Eropah juga turut menganiaya bangsa sendiri. Filem Godland mengisahkan tentang proses penjajahan Denmark ke atas Iceland pada abad ke-19.
4. The East (2020)
The East dibikin dari sudut pandangan seorang tentera muda Belanda yang dihantar ke Hindia Belanda (Indonesia) selepas Perang Dunia II selesai.
Pada awalnya dibutakan dengan propaganda patriotisme yang boleh digunakan dalam peperangan, tentera muda ini sedar bahawa pihaknya dan komandernya sudah melampaui batasan. Dia terpaksa menyaksikan dan juga menyertai sebuah kejahatan perperangan.
5. The Nightingale (2018)
Kekejaman penjajah British digambarkan dengan epik dalam The Nightingale. Pada awalnya cerita ini adalah tentang Clare, wanita Ireland yang diasingkan ke Australia bersama suaminya kerana sebuah kes jenayah.
Sangat perit melawan kehadiran tentera British yang mengorbankan pendatang Ireland dan warga pribumi yang lebih dahulu mendiami tanah itu.
Ketika keluarganya dibunuh oleh seorang tentera British, Clare tekad untuk membalas dendam. Dalam proses balas dendam, dia tidak sengaja bertemu seorang lelaki Aborigin yang menjadi pembantunya melawan penindasan tersebut.
6. Birdwatchers (2008)
Birdwatchers adalah salah sebuah filem yang membahas tentang pencerobohan dan perebutan tanah dan rumah penduduk pribumi yang sudah mendiami Amerika Tengah dan Selatan sejak ratusan tahun lalu.
Keperitan suku kaum Guarani yang perlu menyaksikan tanah asal mereka menjadi ladang pertanian besar-besaran atau beralih fungsi menjadi rumah untuk warga kulit putih. Sebuah potret kemiskinan yang berakar dari penjajah Eropah di Amerika Selatan.
7. The Wind that Shakes the Barley (2006)
Titik berat The Wind that Shakes the Barley adalah perjuangan gerila para petani Ireland melawan penjajahan British di tanah mereka. Menariknya, projek ini digarap oleh Ken Loach, pengarah British yang sangat kritis dan beraliran sosialis.
8. Chocolat (1988)
Chocolat adalah kisah imbasan semula kehidupan wanita Perancis yang dulu pernah tinggal di Cameroon. Dia adalah anak kepada seorang pegawai Perancis yang ditempatkan di negara itu pada era penjajahan.
Dia mengingati watak penting pada masa kecilnya, iaitu pembantu rumah yang bernama Protee yang jujur dan sangat idealist. Dia mengingati bagaimana ayahnya berusaha bersungguh-sungguh menjaga jarak dengan orang kulit hitam di negeri itu.
Sebuah diskriminasi yang menjijikkan.
Membuat filem dengan rujukan sejarah adalah cara tepat untuk tidak melupakan dan mengulang tragedi masa lalu. Jadikan pengajaran yang membuatkan kita boleh hidup dengan lebih perasaan empati dan simpati dalam diri.