Home Filem/Drama Barat 8 Filem Zombie Barat Penuh Lawak Jenaka

8 Filem Zombie Barat Penuh Lawak Jenaka

0

Dalam filem, zombie biasanya digambarkan sebagai sosok yang sangat seram dan suka makan manusia. Maka, kebiasaannya filem-filem bertemakan zombie membuatkan para penonton merasa ketakutan apabila menontonnya.

Namun, tidak semua filem yang mengusung tema zombie itu mengerikan. Terdapat beberapa buah filem tersebut yang mengandungi unsur komedi. Sehingga kita yang menonton tidak merasakan suasana tegang, takut dan sebagainya. Bahkan, filem zombie berbalut komedi boleh membuatkan anda ketawa terbahak-bahak.

 

1. Zombieland (2009)

Filem zombieDibintangi oleh bintang-bintang ternama Hollywood seperti Emma Stone, Jesse Eisenberg, serta Woody Harrelson, filem Zombie ini mengisahkan tentang empat orang asing yang bertemu secara tidak sengaja. Sambil mencari perlindungan di wilayah Amerika Syarikat, keempat-empat orang ini berjaya menghiburkan penonton melalui lawak jenaka satira yang ada di dalamnya.

 

2. Anna and the Apocalypse (2018)

7bf21e3c 1ae7 4053 80ec 988cbf73e1ebFilem Zombie ini fokus pada seorang pelajar sekolah bernama Anna yang cuba bertahan hidup di dunia penuh zombie bersama kawan-kawan sekolahnya. Selain komedi yang ditampilkan di dalamnya, filem ini juga memiliki banyak soundtrack yang membekas di ingatan penontonnya.

Baca juga: Minat Filem Zombie? Nantikan Filem Korea “My Daughter Who Turn Into a Zombie” di Pawagam

3. Shaun of the Dead (2004)

1d539216 f225 4b95 af66 3e9b0cd09815Filem ni fokus pada pengembaraan Shaun (Simon Pegg) serta Ed (Nick Frost) dalam dunia yang secara tiba-tiba dipenuhi oleh mayat hidup. Mereka cuba untuk berlindung di sebuah bar yang menjadi bersama dua orang kekasih mereka. Selain menyajikan aksi komedi semasa berhadapan dengan zombie, filem ini juga diwarnai dengan babak-babak romantik.

 

4. Scouts Guide to the Zombie Apocalypse [2015]

0b967608 fac1 4e72 98fd 28205b903178
Filem zombie dengan nuansa komedi ini memang tidak memiliki kualiti sebaik filem zombie yang bernuansa aksi, tetapi cerita yang ditampilkan nampaknya lebih kreatif dengan fokus terhadap asal usul virus yang pelbagai. Zombie yang ditampilkan tetap menyeramkan, tetapi kelucuan demi kelucuan tetap muncul di setiap babak serangan para zombie ini.

 

5. Planet Terror [2007]

2f171dc7 b7a4 49c8 84d7 acbb42389c69Filem yang merupakan sebahagian dari Grindhouse, Death Proof [2007], diarahkan oleh Quentin Tarantino. Filem ini dibintangi oleh Fergie “Black Eyed Peas” dan Bruce Willis, filem ini menampilkan adegan aksi yang cukup baik dan aneh.

 

6. Little Monsters (2019)

6e9d231d 0ce4 431d 89b7 ab50e9f4b30e
Dibintangi oleh Lupita Nyong’o sebagai seorang guru, Little Monsters ditayangkan secara perdana di acara Sundance Film Festival 2019. Jalan cerita filem ini sangat menarik iaitu seorang guru serta ahli muzik yang terperangkap dalam huru hara serangan zombie yang muncul secara tiba-tiba.

 

7. Warm Bodies (2014)

0398e8aa 634b 4105 a60f 52a2375195c0
Sosok zombie biasanya digambarkan sebagai makhluk yang tidak mempunyai hati perasaan ataupun perasaan seperti manusia pada umumnya. Stigma tersebut tidak berlaku pada zombie bernama R (Nicholas Hoult) yang secara tiba-tiba menunjukkan tanda seakan-akan dia akan berubah menjadi manusia lagi.

 

8. Life After Beth (2014)

05db8482 3ae7 45bc 8963 2c160b5a7667Semasa baru mengetahui bahawa Beth ‘bangkit dari kubur’, kekasihnya merasa bahagia. Namun, seiring berjalannya waktu, Beth makin berubah seperti zombie yang ganas, yang tentunya membuatkan kekasihnya ketakutan. Walau begitu, pembawaan cerita dalam filem ini sangat ringan serta penuh komedi yang tentunya membuatkan penontonnya ketawa.

Demikian sahaja pilihan beberapa buah filem zombie komedi dari Barat yang sangat menghiburkan. Jika anda memerlukan tontonan penuh lawak jenaka, anda boleh cuba menonton filem-filem di atas.

Baca lagi: 11 Pilihan Drama Seram Cina, Kisah Dendam, Misteri hingga Psikologi
Baca juga: Sweet Home 3 Berakhirnya Kisah Manusia Melawan Raksasa