Home Kdrama/Kmovie Sukar Dilupakan, 8 Kdrama 2023 Ini Berakhir Mengecewakan

Sukar Dilupakan, 8 Kdrama 2023 Ini Berakhir Mengecewakan

0

Pada tahun 2023, banyak Kdrama sudah ditayangkan. Terdiri dari pelbagai genre seperti aksi, thriller, hingga romantik komedi. Sebahagian dari drama-drama ini berakhir dengan ending (pengakhiran) yang memuaskan, manakala sebahagian lagi tamat dengan ending yang mengecewakan.

Kekecewaan yang dirasakan oleh para penonton dilihat dari berbagai-bagai aspek, dan yang paling besar adalah jalan ceritanya. Supaya lebih jelas, mari sama-sama kita lihat ulasan untuk setiap Kdrama di bawah ini!

 

1. Duty After School

KdramaKdrama ini dibahagi menjadi 2 bahagian. Cerita tentang para pelajar kelas XII di Korea yang diwajibkan untuk mengikuti latihan ketenteraan kerana kemunculan bola-bola misteri dari luar angkasa. Bola-bola tersebut berubah menjadi raksasa yang membahayakan nyawa manusia.

Duty After School bahagian pertama dikatakan mengecewakan kerana Lee Choon Ho (Shin Hyun Soo), watak utamanya meninggal duni setelah mengorbankan diri di episod terakhir. Namun kekecewaan yang lebih besar dirasakan oleh para penonton semasa menonton bahagian kedua kerana para pelajar yang telah berjuang untuk membunuh makhluk asing jahat telah meninggal dunia dengan cara yang sia-sia.

Bukannya mati kerana diserang makhluk asing, para pelajar tersebut mati kerana dibunuh oleh salah seorang kawan mereka sendiri, Kook Young Soo (Ahn Do Kyu).

Perkara lain yang membuatkan Duty After School mengecewakan adalah terdapat beberapa plot hole di bahagian ending. Penonton perlu menahan rasa ingin tahu tentang bagaimanakah makhluk-makhluk asing boleh muncul dan bagaimanakah makhluk asing itu dimusnahkan oleh kerajaan.

 

2. Heartbeat

adeb7692 9409 4658 96c5 ca4ae30ff0b4Kdrama ini menceritakan tentang Sun Woo Yeol (Ok Taecyeon), vampire yang tidur selama 100 tahun kerana ingin menjadi manusia. Sayangnya, usahanya itu gagal kerana dia terbangun satu hari lebih awal kerana kerandanya dibuka oleh Joo In Hae (Won Ji An).

Sebagai makhluk separuh manusia dan separuh vampire, Sun Woo Yeol menghadapi masalah yang sangat rumit. Sayangnya, hingga episod akhir, Sun Woo Yeol tetap dijadikan sebagai watak yang bernasib malang. Dia terlibat dalam hubungan dengan ramai orang dan masalahnya sendiri tidak pernah selesai. Dia gagal menjadi manusia dan orang-orang di sekelilingnya tidak mampu melakukan apa-apa pun untuk membantu.

 

3. Strong Girl Nam Soon

fb9058b6 64ae 468f 9101 2b7ee11c34eb

Kdrama ini masih satu universe dengan drama hits Strong Woman Do Bong Soon yang tayang pada tahun 2017. Ceritanya tentang kehidupan seorang gadis bernama Gang Nam Soon (Lee Yoo Mi) yang memiliki kekuatan super. Kekuatan super itu diwarisi dari garis keturunan ibunya.

Bergenre aksi dan romcom, jalan cerita drama ini agak kompleks kerana yang ditampilkan bukan hanya kehidupan peribadi Gang Nam Soon, tetapi juga cara Gang Nam Soon bersama ibunya, Hwang Geum Ju (Kim Jung Eun) dan detektif Kang Hee Sik (Ong Seong Woo) melawan kejahatan.

Rating drama ini sangat tinggi selama ditayangkan, tapi sayang di episod terakhir banyak plot hole yang ketara. Beberapa masalah yang selalu disiasat tidak jelas jalan penyelesaiannya. Bukan hanya itu, adegan villain yang mati kerana bunuh diri tanpa sempat bertarung dengan Gang Nam Soon serta sambungan hubungan Nam Soon-Hee Sik yang terkesan dianggap dibuat secara terburu-buru juga menambah kekecewaan para penonton drama ini.

 

4. My Lovely Boxer

420cf824 baa7 439d b9cc 2c6558958dd7Kdrama ini mengisahkan tentang seorang ejen sukan yang bernama Kim Tae Yeong (Lee Sang Yeob) yang ingin merekrut seorang petinju wanita bernama Lee Kwon Sook (Kim So Hye). Kim Tae Yeong berusaha keras kerana Lee Kwon Sook sudah menghilang selama tiga tahun dan ingin bersara.

Jalan cerita Kdrama ini berjalan dengan lambat. Beberapa plot twist ditampilkan, tapi tidak mampu untuk memberikan kesan ‘wow’. Kim Tae Yeong yang merupakan watak utama ternyata memiliki banyak masalah dalam hidupnya. Di episod terakhir, dia sempat menghilang kerana ingin mengungkapkan kebenaran. Namun, dia muncul kembali dan menyatakan perasaannya kepada Lee Kwon Sook. Plot hole yang sangat janggal!

 

5. The Escape of the seven

16600fcf 4c69 496c a512 42c6050a4ac2The Escape of the Seven adalah Kdrama makjang yang menceritakan tentang tujuh orang individu yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang gadis bernama Bang Da Mi (Jung Lael). Berbagai-bagai usaha mereka lakukan supaya kejahatan mereka tidak diketahui oleh orang ramai.

Sebagai drama makjang, Kdrama ini dipenuhi plot twist yang mengejutkan, termasuk di episod terakhir. Watak Matthew Lee (Uhm Ki Joon) yang disangka baik dan akan menghukum para penjahat ternyata merupakan villain. Watak Min Do Hyuk (Lee Joon) yang mulanya tampak jahat ternyata merupakan karakter paling malang. Hingga akhir, mereka yang menolong Min Do Hyuk bertukar arah dan memihak kepada Matthew Lee.

 

6. Night Has Come

400941fb 7ca2 45fc 8a64 d51dd3559daaKdrama ini menceritakan tentang para pelajar dari Sekolah Yooil yang sedang melakukan lawatan di sebuah tempat. Ketika mereka berada di sana mereka diwajibkan bermain mafia game. Jika tidak mahu menyertai permainan tersebut, maka nyawa mereka yang menjadi taruhan.

Berjumlah sebanyak 12 episod, Night Has Come adalah sebuah drama Korea yang menegangkan untuk ditonton. Sayangnya, di bahagian ending, drama ini menampilkan plot twist yang cukup mengecewakan. Para pelajar yang bermain mafia game sebenarnya tidak mati, melainkan hanya dipengsankan dan tidak sedarkan diri. Mereka telah memainkan game tersebut berkali-kali dan semuanya telah dirancang oleh orang yang sama sekali tidak mereka sangka.

 

7. Big Bet

e9ff48dc 818a 48c4 8a53 0eb3841af958

Mengusung tema yang sangat gelap, Big Bet adalah drama yang menjadikan kasino sebagai latar tempatnya. Cerita tentang seorang lelaki bernama Cha Moo Sik (Choi Min Sik) yang mengasaskan perniagaan kasino. Dia menjalankan perniagaannya itu di Filipina.

Kdrama yang terdiri dalam dua bahagian ini berakhir dengan ending yang tidak disangka-sangka. Cha Moo Sik yang sepanjang episod digambarkan sebagai karakter yang kuat dan tidak ada tandingan ternyata mati kerana dibunuh oleh anak buahnya sendiri. Lebih mengecewakan, anak buahnya itu cukup ‘lemah’ dan sering menimbulkan masalah.

 

8. Vigilante

8bf54aab eef2 45eb b105 c967fb3e948b

Vigilante merupakan drama bergenre aksi yang diadaptasi dari webtoon berjudul sama. Drama ini menceritakan tentang Kim Ji Yong (Nam Joo Hyuk), seorang pelajar di universitas polis yang sering memberikan hukuman kepada para penjenayah yang tidak mendapat hukuman yang setimpal. Dia membunuh para penjenayah dan aksinya itu dilakukan secara diam-diam.

Sayangnya, Vigilante berakhir dengan plot yang kurang memuaskan. Watak jahat yang sepatutnya mendapat hukuman dianugerahi jawatan yang lebih tinggi. Bukan hanya itu, kematian sahabat Kim Ji Yong demi menjaga identiti Kim Ji Yong juga membuatkan ending drama ini cukup mengecewakan.

Walaupun berakhir dengan jalan cerita yang membuatkan ramai kecewa, hampir semua Kdrama di atas telah berjaya meraih rating yang tinggi selama ditayangkan.

Baca lagi: Penuh Konspirasi dan Muslihat, 20 Filem Korea Tentang Politik, Ada Juga Dari Kisah Benar
Baca juga: Seo Kang Joon Bakal Muncul dalam Kdrama Komedi Baru “Undercover High School, Ejen Rahsia Menyamar Pelajar Sekolah