Kdrama siri terbaru Twinkling Watermelon telah berjaya mencuri perhatian ramai kerana jalan ceritanya yang tertumpu kepada ibu bapa istimewa yang kurang upaya pendengaran dan percakapan, pendek kata ibu bapa yang pekak dan bisu yang mempunyai anak yang normal dan seorang lagi anak mewarisi ketidakupayaan mereka.
Ha Eun Gyeol (RyeoUun) adalah satu-satunya ahli keluarga yang boleh bercakap dan mendengar dalam keluarganya. Suatu hari, dia tiba-tiba terlibat dengan pengembaraan masa ke masa lalu dan bertemu dengan ibu bapanya yang berusia 18 tahun.
Selain Twinkling Watermelon, ada banyak lagi Kdrama siri Korea Selatan 2023 yang membahaskan tema kekeluargaan di dalam plot ceritanya.
Jom sama-sama kita lihat lapan Kdrama siri terbaru bertemakan kasih sayang keluarga yang sangat menarik ini.
1. Watak utama drama siri Twinkling Watermelon pergi ke tahun 1995 dah seterusnya bertemu dan melihat sisi lain kehidupan ibu bapanya sewaktu muda
2. Drama siri Moving bukan hanya fokus pada kekuatan dan kuasa superhero, tetapi juga tentang hubungan antara anak dengan ibu bapa mereka
3. The Good Bad Mother mengisahkan tentang seorang pendakwa raya yang dibesarkan dengan rutin disiplin yang ketat oleh ibunya yang tegas tetapi sebenarnya sangat penyayang
4. The Real Has Come menceritakan tentang kisah ibu tunggal yang bertemu dengan doktor pakar sakit puan yang pada awalnya tidak mahu mempunyai anak, tetapi akhirnya menjadi seorang ayah tiri yang penuh kasih sayang
5. Not Others mengisahkan tentang duo ibu dan anak yang mempunyai hubungan yang sangat menarik. Drama siri ini menceritakan tentang erti keluarga yang tidak semestinya hanya berdasarkan ikatan darah dan keturunan semata-mata
6. Salah satu kisah yang difokuskan dalam Crash Course in Romance adalah tentang fokus ibu bapa terhadap pencapaian dan kehidupan anak-anak mereka
7. Kisah Doctor Cha (Uhm Jung-hwa) berpusat pada seorang suri rumah tangga yang ingin memulakan kembali kerjayanya setelah berhenti kerja selama 20 tahun
8. Family: The Unbreakable Bond menceritakan tentang sebuah keluarga yang mana suami dan isteri sama-sama menyimpan rahsia sebagai besar tentang identiti mereka
Semua 8 Kdrama yang tersenarai di atas menggabungkan tema kasih sayang keluarga dengan topik berbeza yang unik, contohnya seperti pengembaraan masa, perisikan, balas dendam, dan juga kuasa super. Semua topik ini membuatkan cerita setiap Kdrama tersebut menjadi semakin menarik.