Berikut ini adalah 8 drama Korea diadaptasi dari Hollywood yang mempunyai jalan cerita serta kisah yang sangat menarik!
Drama-drama ini sebelum dibikin semula dan tayangkan di Korea, ia merupakan drama bersiri yang sudah menjadi mega hits di Hollywood dahulu dan kerana ia telah menempah tempatnya di hati para penonton diseluruh dunia, industri perfileman/drama Korea juga pasti tidak ingin melepaskan peluang memproduksi versi Koreanya agar rakyatnya sendiri dapat menikmati siri-siri hits tersebut dengan menggunakan gaya lakonan dan bahasa mereka sendiri.
Baca Lagi Artikel: Filem ‘Winnie the Pooh’ Dibatalkan Di Hong Kong Kerana Berbaur Politik
Jom kita lihat 8 senarai Kdrama yang telah diadaptasi dari versi Hollywood ke versi Korea!
1. The Criminal Minds
Versi asal The Criminal Minds yang tayang di CBS pada 2005 mendapat rating tontonan yang tinggi dari peminat siri ini. Ia kemudian dibikin semula pada 2017, oleh TVN Korea Selatan.
Anda pasti suka pendekatan dari sudut psikologi terhadap kes-kes disajikan yang melibatkan penculikan kanak-kanak, pembunuhan bersiri, rogol bahkan babak ketika dimana mereka menyoal siasat semula/temubual banduan-banduan yang bakal menjalani hukuman mati sememangnya cukup menarik!
Prosedur dan cara kerja pihak polis dan dibantu oleh pasukan Analisa Perilaku di siri ini benar-benar mengikuti cara kerja FBI ketika mereka berusaha untuk membongkar jenayah kejahatan. Drama ini dibintangi oleh Lee Joon Gi, Moon Chae Won, Son Hyun Joo dan ramai lagi.
2. 18 Again
18 Again memiliki premis yang sama dengan filem komedi tahun 2009 yang dilakonkan oleh Zac Efron, 17 Again. Di filem asalnya, watak utama Mike berubah menjadi dirinya yang berusia 17 tahun setelah isterinya mengajukan ugutan cerai. Peristiwa itu dimanfaatkannya untuk memperbaiki kembali hubungannya yang rosak dengan isteri dan anak-anaknya.
Dalam 18 Again versi Korea, Hong Dae Young, jejaka berusia 37 tahun dan memiliki 2 anak itu mendapati dirinya tidak sedarkan diri dan tubuhnya berubah kepada dirinya yang lebih muda. Saat itu isterinya juga baru saja memberikannya surat cerai.
Serial 18 Again ditayangkan sebanyak 16 episode di JTBC pada pertengahan 2020.
3. Designated Survivor: 60 Days
Lakonan Kiefer Sutherland begitu memukau di drama siri Designated Survivor yang ditayangkan di ABC dan Netflix. Film thriller politik ini berkisarkan tentang Tom Kirkman (Kiefer Sutherland), seorang anggota kabinet yang secara mengejutkan dilantik menjadi Presiden AS.
Dia juga menjadi satu-satunya orang yang selamat dari serangan yang menghancurkan Capitol AS, di mana peristiwa itu telah membunuh semua ahli politik dan barisan kabinet terpenting negara.
Versi Korea dari siri ini sedikit berbeza. Yang pertama dari tajuknya, Designated Survivors: 60 Days dan keduanya ia hanya dibuat untuk 1 musim sebanyak 16 episod sahaja.
Selanjutnya, pada jalan ceritanya. Dalam plot versi Korea, Menteri Alam Sekitar Park Mu-Jin (Ji Jin-Hee) yang selamat dari insiden pengeboman di dewan parlimen Korea sehingga menyebabkan kesemua tunggak negara iaitu Menteri2 termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden mati.
Insiden bom itu telah membuatkan BLUE HOUSE KOREA menjadi panik dan huru-hara sehingga Setiausaha Presiden harus mengambil tindakan drastik untuk mencari ”ACTING PRESIDENT” bagi mengelakkan pentadbiran negara menjadi pincang.
Dia hanya mempunyai masa 60 hari untuk membongkar kebenaran di sebalik serangan itu sebelum pemilihan presiden berikutnya.
4. Life On Mars
Siri hit Inggeris Life on Mars menceritakan kisah Inspektor ketua polisi Sam Tyler, yang secara tidak sengaja melakukan perjalanan ke tahun 1973 setelah kemalangan kereta pada tahun 2006.
Yang membuat penonton penasaran adalah ketidakjelasan dari peristiwa ‘time-loop’ tersebut dan bagaimana nasib Tyler yang sebenarnya (adakah dia meninggal di dunia saat ini dan adakah dia akan terjebak selamanya di masa lampau). Jadi jalan ceritanya agak tergantung.
Manakala versi Korea, penyelidik forensik bernama Han Tae-joo (Jung Kyung-Ho) menemukan dirinya terjebak sebagai detektif di masa lalu.
Pengarah asal BBC sangat memuji siri versi Korea dengan mengatakan bahawa versi Korea “Berhasil mendapatkan intipati asli dari filem ini dan juga mampu menampilkan kepakaran lokalnya sendiri. Mempunyai ciri-ciri serta konsep Korea yang ketara dan jangka masa yang diberikan juga menarik untuk ditonton.”
Versi Korea Life on Mars sangat sesuai ditonton oleh anda yang meminati genre drama bertema jenyah dan sci-fi.
5. Entourage
Siri Entourage yang asal tayang di HBO mengisahkan kehidupan Vincent Chase yang hidup di kampung halaman, Queens, bersama teman-temannya. Siri ini salah satu drama hit bagi HBO dan ditayangkan selama 8 musim dan dibikin semula oleh Korea di tahun 2016.
Di Korea siri ini juga memiliki tajuk yang sama. Alur plotnya juga sama, seakan-akan hanya menukar ‘Hollywood’ menjadi ‘Seoul’. Drama ini dibintangi oleh aktor-aktor terkenal di antaranya Seo Kang-joon, Lee Kwang-Soo, Cho Jin-Woong, Park Jung-Min, dan Lee Dong-Hwi.
6. Less Than Evil
Less Than Evil merupakan remake dari siri popular bertajuk Luther yang ditayangkan di BBC Inggeris. Di Korea, siri ini juga dikenali dengan tajuk Bad Detective dan ditayangkan di saluran MBC tahun 2018.
Awalnya siri ini tidak ketara seperti sebuah remake. Nama watak utama John Luther (Idris Elba) di siri asalnya diubah menjadi Woo Tae-suk (Shin Ha-kyun) agar kedengaran lebih Korea.
Dia adalah seorang detektif yang sangat obsesif dan terkadang kejam sehingga dia sering kali berada di antara baik dan buruk kerana sifat keperibadiannya itu.
Di Korea, siri ini secara konsisten mendapatkan rating yang tinggi selama 32 episod penayangannya, dan berjaya memenangkan beberapa anugerah.
7. Suits
Bercerita tentang Mike Ross yang bekerja di salah satu firma guaman terkenal di New York. Harvey Spectre, rakan kerjanya, kemudian tahu bahawa Mike bukan kelulusan dari bidang undang-undang serta guaman dan memutuskan untuk tetap merahsiakan identiti sebenar Mike.
Suits ditayangkan selama 9 musim di USA Network. Keberhasilan siri ini membuka peluang saluran televisyen Korea Selatan KBS dan mengambil peluang tersebut membikin semula Suits.
Pembikinan semula Suits benar-benar mengikuti plot umum yang hampir sama dengan versi asalnya, hanya saja jalan ceritanya dipadatkan menjadi 16 episod.
Bintang dari siri ini adalah Jang Dong-Gun yang berperanan sebagai Harvey dan bekas idola K-Pop Park Hyung-Sik yang berperanan sebagai Mike.
8. The Good Wife
The Good Wife adalah drama politik-undang-undang yang ditayangkan di CBS, Amerika Serikat, dan berlangsung dari 2009 hingga 2016.
Serial ini menceritakan Alicia Florrick (Julianna Margulies), seorang ibu suri rumahtangga yang kembali ke karier sebelumnya sebagai peguam bela setelah suaminya yang juga seorang peguam pendakwah raya ditangkap kerana skandal korupsi.
Siri yang telah menerima penghargaan Emmy Award ini kemudian berhasil dijual untuk dibikin semula di Jepun, Irlandia, India, Rusia, dan juga Korea Selatan.
Di Korea Selatan, The Good Wife ditayangkan pada tahun 2016 dan disebut-sebut sebagai salah satu siri drama yang sukses. Kejayaan drama ini juga dikaitkan dengan comeback-nya aktres terkenal Jeon Do Yeon ke layar kaca. Dalam siri ini Do Yeon berperanan sebagai Kim Hye Kyung atau Alicia Florrick dalam versi asalnya.
Demikianlah 8 siri drama Korea adaptasi dari Hollywood yang mendapat banyak sambutan dari para pecinta K-Drama. Bagi Anda yang sudah menonton semuanya, versi manakah yang lebih anda suka? Versi Korea atau Hollywood?
Baca Juga Artikel: 9 Kdrama yang Bakal Menemui Anda April 2023