Artis senior Korea Selatan, Bae Jong-ok merupakan salah seorang pelakon dalam drama misteri Longing for You (2023). Dalam drama siri ini, pelakon senior ini membawa watak sebagai Yoo Jeong Suk, pengarah Hospital Jinjin yang juga merupakan ibu kepada pendakwa raya Cha Young Woon (Kwon Yul).
Wataknya tampak sangat mencurigakan kerana dia pernah melarang Oh Jin Sang (Na In Woo) yang ingin menjenguk adiknya, Oh Jin Woo (Ren) yang masih terbaring sakit. Namun, tidak lama selepas itu Oh Jin Woo diumumkan telah mati otak oleh doktor yang merawatnya.
Sudah berkecimpung dalam industri hiburan Korea Selatan sejak tahun 1988, berikut ini adalah lapan drama siri Korea yang dibintangi oleh Bae Jong Ok.
1. Bekerja di sebuah kiosk kecil sehingga berjaya, Bae Jong-ok mempunyai tiga orang anak, iaitu Jung Yumi, Kim Ji Seok, dan Park Bo Gum dalam Kdrama Wonderful Mama (2013)
2. Bae Jong-ok adalah bekas seorang perisik yang ingin kehidupan keluarganya sempurna dalam drama siri Spy (2015). Menjadi ibu kepada Kim Jae Joong
3. Dalam drama siri Bubble Gum (2015), Bae Jong-ok adalah seorang ibu tunggal yang membesarkan anaknya, Lee Dong Wook, seorang diri
4. Bae Jong Ok membawa watak sebagai seorang pegawai polis dalam drama siri Live (2018). Dia membawa watak sebagai isteri kepada Bae Seong Woo
5. Turut tampil dalam drama siri Designated Survivor: 60 Days (2019), Bae Jong Ok adalah ketua parti pembangkang Republik Seonjin
6. Sementara itu dalam drama siri Graceful Family (2019), Bae Jong Ok adalah bekas seorang hakim yang bekerja di MC Group. Dia bertugas untuk menutup segala skandal keluarga Mo
7. Bae Jong Ok membawa watak sebagai Ratu Sunwon, nenek kepada Raja Cheoljong (Kim Jung Hyun) yang dahagakan kuasa dalam drama siri Mr. Queen (2020)
8. Bae Jong Ok juga menjadi salah seorang pelakon pembantu dalam drama siri
Secret Royal Inspector & Joy (2021)
Bae Jong Ok telah berlakon selama 34 tahun dalam dunia seni lakon. Artis yang berusia 54 tahun ini kembali berlakon dalam drama siri terbarunya yang bertajuk Longing for You (2023).