Drama Korea No Gain No Love merupakan Kdrama romantik komedi (rom-com) terbaru yang dibintangi oleh pelakon terkenal Shin Min Ah dan Kim Young Dae.
Kisah dalam Kdrama ini membahaskan tentang seorang gadis yang merancang untuk mengajak seorang lelaki yang mempunyai hati yang sangat baik seperti malaikat untuk berkahwin dengannya secara kontrak. Gadis itu mahu melakukan perkahwinan secara kontrak kerana dia mahu mendapatkan kelebihan bagi orang berkahwin di syarikat tempatnya bekerja.
Buat anda para penonton setia No Gain No Love, berikut ini adalah pilihan beberapa buah drama romantik komedi yang boleh anda tonton.
Drama-drama ini hampir sama seperti drama No Gain No Love, semua kisah dalam drama yang disenaraikan di bawah adalah mengenai perkahwinan kontrak yang menyaksikan pengakhiran yang manis buat setiap pasangan. Mari sama-sama kita lihat ya.
1. Kdrama My Demon (2023-2024) mengisahkan tentang iblis yang kehilangan kuasanya sehingga dia perlu berkahwin secara kontrak dengan CEO yang berhati dingin
2. Anak keluarga bangsawan dalam Kdrama The Story of Park’s Marriage Contract (2023-2024) terlempar ke masa depan dan berkahwin secara kontrak dengan lelaki yang mirip dengan mendiang suaminya
3. Because This Is My First Life (2017) mengisahkan tentang dua orang individu yang memutuskan untuk berkahwin supaya mereka dapat tinggal serumah dengan selesa
4. Seorang penulis baru setuju untuk berkahwin secara kontrak dengan pelakon ternama untuk mendapatkan rumahnya kembali merupakan plot utama untuk Kdrama Full House (2004)
5. Setuju untuk berkahwin secara kontrak dengan sahabatnya, watak utama wanita dalam Wedding Impossible (2024) ternyata mempunyai jodoh dengan adik sahabatnya itu
6. Watak utama Kdrama Love in Contract (2022) bekerja sebagai isteri kontrak. Masalah muncul apabila dia terjebak dalam hubungan cinta tiga segi dengan dua orang suami palsunya
7. Konflik dalam Marriage Contract (2016) berpusat pada seorang lelaki kaya raya yang berkahwin secara kontrak dengan calon penderma organ bagi ibunya tanpa mengetahui isteri palsunya itu menghidap penyakit ketumbuhan serius
8. Han Yi-Joo ingin melangsungkan perkahwinan kontrak dengan Seo Do-Guk dan dia dengan rela hati menerima, tetapi dia mahu perkahwinan kontrak itu menjadi perkahwinan yang sebenar. Selain romantik, My Perfect Marriage Revenge (2023) ini juga menawarkan tema balas dendam.
Semua 8 Kdrama romcom di atas mengangkat tema kahwin kontrak yang menyaksikan akhirnya setiap pasangan menemui cinta sebenar. Anda boleh menonton drama-drama di atas sambil menunggu episod baru No Gain No Love yang membawa konflik yang serupa. Selamat menonton ya.