Home Artis Korea 8 Kdrama Romantik Na In Woo Yang Peminat Boleh Tonton Semula

8 Kdrama Romantik Na In Woo Yang Peminat Boleh Tonton Semula

0

Pelakon muda berbakat, Na In Woo kembali menyapa para peminat selepas membintangi drama aksi thriller bertajuk Longing for You (2023) dan fantasi romantik Marry My Husband (2024).

Memulakan debut pada tahun 2015, Na In Woo telah membintangi beberapa buah drama Korea dengan berbagai-bagai genre. Wajahnya yang kacak dan tubuh badan tinggi tegap dilihat sebagai pakej utama yang menjadikannya sebagai salah seorang bintang utama dalam pelbagai drama romantik.

Contohnya seperti beberapa buah drama dibawah ini.

 

1. Spark (2016)

52f73eec c60b 43b7 aab5 c875565a2365Spark merupakan drama muzikal yang mengisahkan tentang seorang lelaki, Yoon Ga On (Na In Woo) yang dapat mengeluarkan elektrik dari tubuhnya disebabkan oleh sebuah tragedi. Dia merupakan anggota kumpulan bintang idola terkenal bernama Dexter dan dikenali sebagai seorang genius dalam bidang muzik.

Son Ha Neul (Nam Bo Ra), adalah seorang gadis yang kuat bekerja. Dia kehilangan ibu bapanya kerana kemalangan. Dia sanggup bekerja pagi hingga malam untuk menyara hidup. Dia bertuah apabila mendapat peluang untuk bekerja dalam produksi video muzik Dexter.

Sewaktu sedang berehat di lokasi penggambaran, Ha Neul dan Ga On sama-sama dikejutkan oleh bintang jatuh. Selepas kemalangan itu, Ga On tiba-tiba mula mengeluarkan elektrik dari tubuhnya. Apakah yang akan terjadi dengan Ha Neul dan Ga On seterusnya?

 

2. It’s Okay to Be Sensitive (2018)

3ea29808 93ba 4e41 8a85 58daca7f7915Drama It’s Okay to Be Sensitive mengangkat isu jantina, termasuk feminism, serangan seksual, diskriminasi, dan seumpamanya. Drama ini mengisahkan tentang lima orang pelajar pada tahun pertama kuliah dan cabaran yang mereka hadapi di dalam dan di luar kampus.

Drama ini menampilkan berbagai-bagai bentuk gangguan yang dihadapi oleh para pelajar dalam hidup mereka. Drama ini mengingatkan penonton untuk lebih berhati-hati dalam dalam melayan orang lain dan berbicara, terutamanya dalam menghormati kaum wanita.

 

3. River Where the Moon Rises (2021)

1fe9da32 35af 465f 854e 691741e06d40River Where the Moon Rises adalah kisah romantik antara seorang puteri Goguryeo yang tinggi cita-cita dan lelaki biasa yang sangat dingin. Pyeong Gang (Kim So Hyun) lahir sebagai seorang puteri dan dibesarkan sebagai tentera. Dia membesar menjadi wanita dengan impian setinggi langit! Dia nekad untuk menjadi Permaisuri Goguryeo yang pertama.

Dia tidak berhenti untuk mencapai impiannya walau dia sedar tentang cabaran dan rintangan yang menghalangnya. Namun, keadaan berubah sewaktu dia bertemu On Dal (Na In Woo), seorang lelaki yang yang tujuan hidupnya adalah untuk hidup harmoni dengan orang-orang di sekelilingnya.

 

4. Jinxed at First (2022)

280612ad e873 43de a40d 4a8b2fb33de0Diadaptasi dari webtoon, Jinxed at First mengisahkan tentang nasib seorang lelaki dan wanita yang mempunyai latar belakang berbeza. Gong Soo Kwang (Na In Woo), penjual ikan yang dikenali selalu mempunyai nasih malang. Perniagaannya muflis kerana orang ramai selalu cuba untuk menghindarinya.

Hidupnya berubah drastik selepas bertemu dengan Lee Seul Bi (Seo Hyun). Ketika dia bermimpi tentang Lee Seul Bi, maka sesuatu yang buruk akan terjadi padanya. Tujuh tahun berlalu, kini Gong Soo Kwang bertemu lagi dengan Lee Seul Bi.

Lee Seul Bi mempunyai kebolehan luar biasa iaitu apabila dia menyentuh seseorang, dia akan dapat melihat masa depan orang tersebut. Kebolehan itu adalah warisan genetik dari ibunya. Mereka ditahan seorang CEO yang menggunakan kebolehan istimewa mereka.

Suatu hari, Lee Seul Bi dapat melarikan diri dan dia bertemu Gong Soo Kwang untuk kali kedua. Adakah Soo Kwang dan Seul Bi bakal menjadi sahabat atau mereka akan bermusuh?

 

5. Blue Spring from A Distance (2021)

IMG 5493

Blue Spring From A Distance ialah drama yang juga diadaptasi daripada Webtoon. Na In Woo membawa peranan sebagai bekas ahli Wanna One Park Ji Hoon dan pelakon Kang Min Ah yang membintangi True Beauty. Drama Korea yang semakin dewasa akan membawa kita kepada perjalanan indah sebilangan anak muda semasa zaman kolej mereka.

 

6. Mr. Queen (2020)

IMG 5489

Drama Korea paling popular di Korea ini telah berjaya membawa nama Na In Woo lebih menyerlah di alam Hallyu! Drama sageuk dengan genre fantasi dan romantik komedi, Mr. Queen menjemput kita untuk melihat kisah seorang chef berbakat di Rumah Biru yang tiba-tiba bangun dalam tubuh seorang ratu muda Kim (Shin Hye Sun) semasa dinasti Joseon. Na In Woo memainkan watak Kim Byeon In, sepupu kepada permaisuri Kim So Yong yang jatuh cinta dengannya.

 

7. Shine or Go Crazy (2015)

Na In Woo memulakan kerjayanya menerusi drama Shine Or Go Crazy. Drama siri ini diadaptasi daripada novel dengan nama yang sama dan mengisahkan percintaan antara Wang So (Jang Hyuk), seorang putera raja Goryeo dan Shin Yool (Oh Yeon Seo), puteri Balhae. Na In Woo memainkan watak Sewon, ketua kumpulan pembunuh upahan.

 


8. Marry My Husband (2024)

Na in wooDiadaptasi dari webtoon, Marry My Husband mengisahkan tentang balas dendam Kang Ji Won (Park Min Young) terhadap suami, Park Min Hwan (Lee Yi Kyung), dan sahabatnya, Jung Soo Min (Song Ha Yoon) yang curang dan telah membunuhnya. Ji Won mendapat peluang kedua untuk hidup di tahun 2013. Dia nekad untuk mengubah nasib hidupnya dengan cara mengahwinkan Park Min Hwan dan Jung Soo Min.

Sementara itu, di tempat kerja, Yoo Ji Hyeok (Na In Woo), yang merupakan ketua di jabatan yang sama dengan Ji Won, menaruh perasaan terhadapnya dan perlahan-lahan mula mengungkapkan rasa hatinya. Dia dalam diam memerhatikan dan membantu Ji Won. Dia juga menyimpan sebuah rahsia yang mengejutkan.

Drama-drama romantik yang dibintangi Na In Woo di atas sangat sesuai untuk ditonton bersama orang tersayang. Pasti sahaja masa menonton drama romantik boleh menjadi idea romantik untuk bersama pasangan anda bukan? Selamat menonton ya!

Baca lagi: Peminat Sedih Kerana Na In Woo Akan Berehat Dari Dunia Lakonan
Baca juga: 5 Kdrama Popular 2021-2023 Lakonan Na In Woo, Memikat Hati