King the Land merupakan kdrama siri dengan genre romantik yang mendapat rating tinggi pada tahun 2023 ini.
Jalan cerita drama ini yang fokus mengenai kisah cinta yang berbeza taraf hidup antara Gu Won (Lee Jun-ho) dan Cheon Sa Rang (Yoona SNSD) yang berjaya membuatkan para penonton cair hati. Keserasian watak utama berdua dalam drama ini juga sangat mencuri perhatian.
Buat anda yang masih belum boleh move on dengan Kdrama King the Land yang telah tamat, kami telah rangkumkan beberapa drama siri dengan genre romantik ini untuk anda tonton. Semua Kdrama ini mempunyai cerita romantik dan membuatkan para penonton tersenyum bahagia.
Selain itu, Kdrama yang tersenarai di bawah ini memang mempunyai vibe yang hampir serupa dengan King the Land. Jom kita lihat!
1. Kisah cinta pemilik hotel dan pekerja terbaiknya seperti Gu Won dan Sa Rang, juga menjadi plot utama dalam drama siri See You in My 19th Life (2023)
2. Sama juga membawa genre romcom (romantik komedi), What’s Wrong With Secretary Kim? (2018) juga mengisahkan tentang jalinan cinta antara bos dan pekerjanya yang menyaksikan pengakhiran bahagia hingga berjaya mendirikan rumah tangga
3. Merupakan sebuah romcom klasik, selepas King the Land, anda wajib menonton Business Proposal (2022) yang juga menampilkan watak utama CEO kaya, romantik, dan serba boleh
4. Lakonan Lee Junho sebagai raja romantik dalam The Red Sleeve (2021-2022) memang sangat sesuai ditonton oleh para peminat Kdrama romantik
5. Bukan hanya dalam King the Land, Lee Junho juga berjaya menampilkan kebolehan memasaknya sebagai chef dalam drama siri Wok of Love (2018)
6. Bukan hanya Lee Junho, Yoona SNSD juga mempunyai keserasian yang cukup bagus dengan Ji Chang Wook dalam drama siri The K2 (2016)
7. Adegan Sa Rang melihat Gu Won dijodohkan dalam King the Land, pasti membuatkan anda mengingati salah satu adegan ikonik dalam drama siri Boys Over Flowers (2009)
8. Kisah cinta beza status sosial hingga plot perebutan warisan harta antara dua saudara menjadi vibe yang menyerupai King the Land dan drama siri The Heirs (2013)
Kesemua lapan kdrama siri romantik yang tersenarai di atas mempunyai kisah romantik yang membuatkan anda turut bahagia. Walaupun tidak semua Kdrama ini mempunyai pengakhiran bahagia, keserasian antara dua pelakon utamanya berjaya meraih pujian. Anda boleh menonton drama siri yang tersenarai ini selepas menamatkan King the Land ya!