Home Entertainment 8 Kdrama Tentang Perjuangan Melawan Penyakit Kronik, Sangat Sebak

8 Kdrama Tentang Perjuangan Melawan Penyakit Kronik, Sangat Sebak

0

Kdrama yang penuh dengan kisah emosi dan melodrama sememangnya sentiasa berjaya membuatkan penonton mengeluarkan air mata selama menontonnya. Seperti beberapa Kdrama tentang perjuangan melawan penyakit kronik berikut ini.

Kdrama tentang perjuangan melawan penyakit ini akan mengisahkan seseorang dengan penyakit kronik yang dialami mereka, dan sudah pasti mempunyai pengakhiran yang menguras airmata serta emosi kita. Bagaimanapun, drama yang membawa tema sedemikian tetap mempunyai peminatnya sendiri.

Dibawah ini adalah 8 Kdrama pilihan tentang perjuangan melawan penyakit kronik dengan kisah yang sangat menyentuh hati!

 

1. AUTUMN IN MY HEART (2000)

Kdrama

Rating7.9 IMDB
Episod16 episod
Durasi54 minit
TayangVidio, VIKI, WeTV
PelakonSong Seung Heon, Song Hye Kyo, Won Bin

Kdrama tentang perjuangan melawan penyakit kronik pertama ini berkisah tentang Yoon Joon Suh yang harus kehilangan wanita yang dicintainya, Choi Eun Suh. Eun Suh meninggal dunia kerana sakit Leukemia yang dideritanya. Eun Suh meninggal dunia di dalam dukungan Jun Suh saat keduanya menyusuri pantai.

 

2. STAIRWAY TO HEAVEN (2003)

IMG 7868

Rating7.8 IMDB
Episod20 episod
Durasi70 minit
TayangVIKI
PelakonChoi Ji Woo, Kwon Sang Woo, Shin Hyun Joon

Kdrama tentang perjuangan melawan penyakit kronik ini berfokus kepada Han Jung Seo, Cha Song Ju, dan Han Tae Hwa. Drama ini dimulai dengan konflik di dalam keluarga Han Jung Seo yang mana si ayah diketahui telah berkahwin lagi dengan seorang artis bernama Tae Mira. Kerana situasi inilah, membuatkan Jung Seo mepunyai dua saudara tiri bernama Han Yoo Ri dan Han Tae Hwa.

Namun, kehidupannya ternyata tidak sebahagia dulu. Ibu tiri dan saudara tirinya membuat kebahagiaannya hilang begitu saja. Sementara itu, Han Jung Seo memiliki kawan masa kecil bernama Cha Song Ju. Sayangnya, kawan masa kecilnya tersebut juga dirampas oleh saudara tirinya iaitu Han Yoo Ri. Sehingga membuatkan Han Jung Seo dan Cha Song Ju harus berpisah.

Setelah lama berpisah, keduanya bertemu namun tidak bahagia. Mata Jung Seo buta kerana penyakit kanser mata yang dia hidapi. Dia akhirnya mendapat penderma mata dari Han Tae Hwa yang sanggup mengakhiri hidupnya demi adik tirinya agar dia dapat melihat semula. Pengakhiran drama ini akan memberikan satu emosi yang pasti penonton tidak dapat bayangkan.

 

3. SCENT OF A WOMAN (2011)

IMG 7867

Rating7.8 IMDB
Episod16 episod
Durasi65 minit
TayangVIKI
PelakonKim Sun Ah, Lee Dong Wook, Uhm Ki Joon

Kdrama SCENT OF A WOMAN ini berkisah tentang Lee Yeon Jae, seorang perempuan berusia tiga puluhan yang masih bujang. Dia dianggap sebagai anak dara tua. Tidak hanya itu, dia juga sering berhadapan dengan masalah dalam hidupnya. Dia dituduh mencuri oleh pelanggannya. Dia juga didiagnosis menghidap kanser rahim hempedu dan hanya mempunyai enam bulan untuk hidup.

Di sisi lain, ada Kang Ji Wook. Dia merupakan anak lelaki dari bekas majikan Yeon Jae. Bermula dari lelaki kaya, sinis dan dingin, dia pun jatuh cinta kepada Yeon Jae. Mereka pun menjalani pelbagai kisah bersama untuk melengkapi bucket list Yeon Jae sebelum waktunya berakhir.

4. PUNCH (2014)

IMG 7865

Rating7.2 IMDB
Episod19 episod
Durasi62 minit
TayangVIKI
PelakonKim Rae Woon, Kim Ah Joong, Jo Jae Hyun

Kdrama tentang perjuangan melawan penyakit kronik yang seterusnya adalah PUNCH. Drama ini berkisah tentang seorang ketua pasukan penyiasat anti rasuah. Ketika Park Jung Hwan, berada di pejabat kehakiman Agung, dia mendapat tahu bahawa dia menghidap kanser otak tahap kronik yang hanya memberinya waktu 6 bulan untuk hidup. Dia membuat keputusan untuk memberikan usaha terbaiknya memerangi rasuah dan jenayah sebelum dia meninggal dunia.

 

5. REMEMBER (2015)

IMG 7864

Rating7.7 IMDB
Episod20 episod
Durasi60 minit
TayangVIU
PelakonPark Min Young, Yo Seung Ho, Namkoong Min

Kdrama REMEMBER merupakan drama yang mengisahkan tentang kehidupan Seo Jin Woo, seorang jejaka yang menghidap hyperthymesia. Kondisi tersebut menyebabkan Jin Woo mampu mengingati setiap peristiwa hidup secara terperinci. Suatu ketika, ayah Jin Woo dituduh melakukan pembunuhan sehingga dijatuhkan hukuman mati.

Jin Woo akhirnya bertekad untuk membuktikan bahawa ayahnya tidak bersalah. Untuk membuktikannya, Jin Woo memanfaatkan kemampuan yang dia miliki untuk mengingati setiap perincian kejadian. Selain itu, dia juga bekerja sebagai seorang peguam. Malangnya, tiba-tiba Jin Woo juga menghidap penyakit Alzheimer yang sudah pasti bakal merosakkan misinya.

6. MARRIAGE IN CONTRACT (2016)

IMG 7863

Rating7.5 IMDB
Episod16 episod
Durasi75 minit
TayangNetflix, VIKI
PelakonLee Seo Jin, UEE, Lee Hwi Hyang

Kdrama tentang perjuangan melawan penyakit kronik ini berkisah tentang Han Ji Hoon, seorang jejaka yang hanya mementingkan wang dan harta. Di sisi lain ada Kang Hye Soo, seorang wanita yang memerlukan wang dan sedang sakit tenat. Keduanya bersepakat untuk kahwin kontrak demi wang untuk anak perempuan yang akan dia tinggalkan.

Ketika pasangan ini saling mengenali, keduanya mula menyedari bahawa mereka memiliki banyak persamaan dan hati mereka akhirnya terbuka untuk satu sama lain. Drama ini cukup menguras air mata dan merupakan salah satu Kdrama tentang perjuangan melawan penyakit kronik yang wajib ditonton.

 

7. FANTASTIC (2016)

IMG 7862

Rating7.8 IMDB
Episod70 episod
Durasi20 minit
TayangVIKI
PelakonKim Hyun Joo, Joo Sang Wook, Park Shi Yeon

Kdrama FANTASTIC bercerita tentang seorang penulis naskah drama yang bernama Lee So Hye yang telah menderita penyakit kanser selama 2 tahun terakhir. Dia diharapkan dapat memperolehi kesembuhan dengan melakukan pembedahan, namun pembedahan tersebut gagal dan menyebabkan dia harus hidup dengan rasa sakit dan pergerakkan yang terbatas sehingga kerap membuatkan dia merasa berputus asa.

Namun, So Hye bertekad untuk menyelesaikan naskah terakhirnya sebelum meninggal dunia. Naskah tersebut adalah drama yang bertajuk Fantastic. Dia bekerja sama dengan seorang pengarah bernama Jo Sang Woo, yang merupakan bekas kekasihnya dan juga sahabatnya selama bertahun-tahun.

8. UNCONTROLLABLY FOND (2016)

Kdrama

Rating7.8 IMDB
Episod20 episod
Durasi60 minit
TayangWeTV, iQIYI, Netflix, VIKI, Vidio
PelakonKim Woo Bin, Bae Suzy, Im Joo Hwan

Kdrama UNCOTROLLABY FOND mengisahkan Shin Joon Young dan No Eul yang memiliki kisah masa lalu yang indah saat masih di sekolah menengah. Kini Shin Joon Young dikenali sebagai aktor terkenal. Dan No Eul bekerja sebagai videographer. Keduanya bertemu lagi sehingga membuatkan kisah masa lalu mereka kembali berpaut dengan indah.

No Eul berusaha melupakan kenangan masa lalunya dengan Shin Joon Young. Namun usaha Joon Young untuk membuktikan perasaannya pada No Eul membuatnya mengalah. Keduanya kemudian menjalin kisah cinta yang manis tetapi malangnya ia berakhir dengan kisah yang menyedihkan.

Baca juga: 8 Kdrama 2023 Mendapat Liputan Meluas, Menjadi Bualan Hangat