Home Entertainment 8 Kdrama Thriller seperti “My Perfect Stranger”, Wajib Tonton

8 Kdrama Thriller seperti “My Perfect Stranger”, Wajib Tonton

0

Kdrama thriller “My Perfect Stranger” yang ditayangkan di Viu baharu sahaja tamat tayangannya

Kdrama thriller bersiri My Perfect Stranger selain membawa genre thriller, ia turut menyajikan urutan kisah romantik, dan fantasi. Kisah dalam Kdrama ini membahaskan tentang Yoon Hae Joon (Kim Dong-wook) dan Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) yang terperangkap di tahun 1987.

Mereka berusaha keras untuk menangkap seorang pembunuh bersiri supaya mereka boleh membaiki segala kesilapan dan kembali ke masa depan dengan kehidupan yang baru.

Drama siri ini telah tamat pada 20 Jun 2023 dengan memaparkan banyak plot twist yang sangat mengejutkan dan tidak disangka-sangka. Buat anda yang masih belum boleh move on dengan drama siri ini, berikut adalah senarai beberapa Kdrama thriller yang boleh anda tonton selepas selesai dengan My Perfect Stranger.

Semuanya dijamin sangat menarik dan bakal membuat anda tertanya-tanya.

 

18b9b4f8 8827 47e0 959d d6a0263b270f

1. Kisah pengembaraan waktu watak utama demi untuk menangkap pembunuh bersiri menjadi jalan cerita utama dalam Kdrama thriller bersiri Tunnel (2017). Bezanya, dalam drama siri ini mereka mengembara ke masa depan

7621fb95 0956 4e00 b1bb 2c4c14cf5d322. Wataknya hampir serupa dengan Baek Yoon Young, watak utama Blue Birthday (2021) pergi ke masa lalu untuk menyelamatkan seseorang yang penting baginya

7c7caf75 a52a 4329 bcc5 53cf0f6f04503. Dalam drama siri Find Me in Your Memory (2020), Kim Dong Wook juga menjadi pembaca berita yang baik hati dan sama-sama berusaha untuk menangkap seorang psikopat

00ff4d1b c204 4f4b 9e97 869fc0e164154. Isu tentang trauma pada anak-anak, misteri pembunuhan, hingga keganasan rumah tangga terhadap anak menjadi topik penting dalam You Are My Spring (2021) yang dibintangi oleh Kim Dong Wook

07c2613b 6afb 4ebf 88ce ae4d2a4f9a195. Dibintangi oleh Jin Ki Joo, Come and Hug Me (2018) membahaskan kisah cinta antara seorang pelakon wanita dan pemuda yang merupakan anak kepada seorang psikopat

22f976f1 263b 4e7d aff8 1cf4afa588f36. Kisah tentang watak utama yang bekerja sama untuk merungkai kes di masa lalu dan mengubah masa depan menjadi tema untuk Kdrama thriller bersiri Signal (2016)

e2f33628 58da 4afc bd3f aaa448aece9d7. Figura pembunuh bersiri yang menyamar menjadi lelaki lemah lembut yang manis dan baik serta sangat tidak disangka adalah seorang psikopat kejam, boleh ditonton dalam Kdrama Mouse (2021)

Kdrama thriller8. Kdrama thriller bersiri Beyond Evil (2021) juga menampilkan kisah misteri yang akan membuat para penonton berteka-teki dan mengesyaki setiap karakter, pembunuh sebenar amat sukar untuk diteka!

Semua lapan buah Kdrama siri bergenre thriller yang tersenarai di atas mempunyai jalan cerita yang akan membuatkan para penonton tertanya-tanya tentang kejadian pembunuhan dan identiti pembunuh sebenar.

Baca lagi: “Dream” Filem Komedi Mengharukan, Seronok Ditonton

Baca juga: 6 Kdrama Pendek Paling Menarik