Home Entertainment 8 Nasib Malang Gang Nam Soon dalam Strong Girl Nam Soon, Malang...

8 Nasib Malang Gang Nam Soon dalam Strong Girl Nam Soon, Malang Tapi Penuh Lawak

0

Berbeza dengan cerita sepupunya yang bernama Do Bong Soon, Strong Girl Nam Soon lebih menekankan pada cerita Gang Nam Soon dan keluarganya. Awal cerita dimulakan dengan kisah kehilangan Gang Nam Soon (Lee Yoo-mi) di Mongolia selama 10 tahun sejak dia masih kecil.

Setelah beranjak ke usia dewasa dan mempunyai wang yang memcukupi untuk mengembara jauh, Gang Nam Soon akhirnya kembali ke Korea Selatan untuk mencari ibu dan ahli keluarganya. Namun, nasib yang baik sepertinya tidak berpihak kepada Gang Nam Soon selepas dia menjejakkan kaki ke negara Korea Selatan tersebut.

Berikut ini adalah nasib malang yang menimpa Gang Nam Soon sewaktu dia datang ke Korea Selatan dalam drama siri Strong Girl Nam Soon.

 

Nam soon
1. Kapal Terbang yang membawa Gang Nam Soon ke Korea Selatan tiba-tiba tidak terkawal sewaktu sedang melakukan proses pendaratan

d2073635 4b36 4365 a9a1 0a399dcd4a01

2. Di lapangan terbang Incheon, beberapa barang milik Gang Nam Soon yang dibawa dari Mongolia perlu disita kerana sedang berlaku pemeriksaan dan penyiasatan kes dadah

 

198f161a 4d9c 4db4 ae54 83d3f535a956
3. Gang Nam Soon yang sudah menyewa tempat tinggal untuk sementara waktu rupa-rupanya telah ditipu oleh orang yang tidak bertanggung jawab

Baca juga: “Strong Girl Nam Soon” Raih Rating Tinggi, Lebih Berjaya dari Strong Woman Do Bong Soon

349d5c25 dfa1 4c8a 86bb 46ea949a90af
4. Bukan hanya itu, telefon bimbit dan wang yang dibawa oleh Gang Nam Soon juga diambil supaya dia tidak boleh membuat laporan kepada pihak polis

 

695e15b8 2d33 4c48 9572 02b45dd32815
5. Tidak mempunyai wang untuk menyewa tempat tinggal baru, akhirnya Gang Nam Soon mendirikan khemah berhampiran sungai Han

Baca lagi: 5 Fakta Pelakon Utama Strong Girl Nam Soon, Tayang 7 Oktober Ini

e59be39e b29a 45ff bf72 f5977514f70d 1
6. Sayangnya, penduduk sekitar melakukan demo di depan khemah Gang Nam Soon kerana mereka merasa terganggu dan khemah tersebut mencacatkan pemandangan

 

3658952a 05d6 49bc b2c8 2674d13a72a7
7. Untuk makan sehari-hari, Gang Nam Soon mencari tempat yang menyajikan makanan percuma dengan pasangan gelandangan yang tinggal bersamanya

 

Strong girl nam soon
8. Ingin mencari ibu bapanya, Gang Nam Soon hanya mempunyai barang yang dibawa sewaktu dia hilang di Mongolia tanpa mengingati nama ibu bapanya

Gang Nam Soon berusaha untuk mencari ibu bapanya dengan bantuan Kang Hee Sik. Walau dengan keadaan yang sangat di luar jangka, Gang Nam Soon tidak akan menyerah kalah. Rintangan yang seakan-akan tidak berpenghujung dia hadapi dengan senyuman.

Baca lagi: 5 Perbezaan Strong Girl Nam Soon vs. Do Bong Soon
Baca juga: Strong Girl Nam Soon: Do Bong Soon dan Ahn Min Hyuk Membuat Kemunculan Istimewa di Episod 3