Home Lifestyle 8 Peraturan Harus Diikuti Bila Jadi Menantu Keluarga ‘Chaebol’ Di Korea

8 Peraturan Harus Diikuti Bila Jadi Menantu Keluarga ‘Chaebol’ Di Korea

0

Apabila menonton drama, baik drama tempatan atau drama Korea, antara plot yang sering kali dimainkan adalah kisah lelaki kaya jatuh cinta dengan gadis biasa.

Meskipun hero tersebut berjawatan CEO, banyak sungguh masanya untuk sibuk kejar dan pikat perempuan (heroin) daripada susun strategi bisnes. Seperti kisah dongeng, penamatnya mesti mereka kahwin, hidup senang dan bahagia selama-lamanya.

916d81045721406e9edf656673b0ce03
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Soompi

Tetapi benarkah seperti itu ceritanya jika menjadi menantu kepada salah sebuah keluarga chaebol (konglomerat) di Korea Selatan? Adakah itu yang terjadi pada Noh Hyun Jung, bekas pembaca berita TV KBS?

Wanita ini memutuskan untuk bersara awal dari kariernya selepas berkahwin dengan Chung Daesung pada tahun 2006. Suaminya merupakan waris keluarga konglomerat atau chaebol pemilik Hyundai.

w222

Tidak hanya menempa nama besar dalam dunia automotif dan ekonomi, mereka turut ada pengaruh besar dalam politik di Korea. Namun keluarga kaya raya ini tidak pernah mahu menayang kehidupan peribadi mereka.

Lantaran itu, Hyun Jung berhenti daripada dunia hiburan setelah menjadi sebahagian daripada keluarga Hyundai. Selepas kahwin, Hyun Jung dan suami berangkat ke Amerika Syarikat untuk sambung belajar.

Rancak campaign 1640x614 1 6

Pada tahun 2018, media Korea, Sport Today ada membuat artikel menceritakan serba sedikit kehidupan Noh Hyun Jung setelah masuk ke dalam keluarga chaebol itu. Memetik artikel Kapan Lagi, rupanya ada peraturan yang perlu dipatuhi olehnya:

  • Kena selalu merendah diri dan low profile
  • Harus menjaga tingkah laku dengan berhati-hati
  • Jangan buat benda yang menarik perhatian publik
  • Sayur mesti beli di pasar
  • Simpan setiap catatan pembelian, walaupun membeli kubis
  • Wajib datang dalam setiap acara keluarga, termasuk pengebumian dan peringatan kematian
  • Hafal nama-nama orang tua dalam keluarga
  • Bangun paling lambat pukul 5 pagi. Malah kadang buat sarapan seawal pukul 4.30 pagi.

Media Star News pernah berkongsi gambar-gambar Noh Hyun Jun semasa menghadiri sebuah majlis. Dia kelihatan anggun memakai hanbok tradisional dengan membawa tas tangan berjenama.

w644

Namun beberapa netizen mengaku dan berpendapat mereka tak boleh ‘hidup’ gaya Noh Hyun Jun itu kerana tidak bebas walaupun wang melimpah ruah.

Kebahagiaan terjamin bila kahwin dengan orang kaya?

Mungkin kita ingat kehidupan wanita yang berkahwin dengan crazy rich oppa atau anak papa Tan Sri itu senang, bebas daripada stress dan risau.

Namun menurut Korea Times, terdapat beberapa menantu chaebol yang kompelin stress kerana keluarga kaya di Korea ini biasanya konservatif, tegas dan ada kod keluarga yang perlu diikut walaupun terpaksa korbankan karier. Malah ada yang dipandang serong oleh kaum kerabat keluarga suami kerana kerjaya sebelum ini.

Berdasarkan media Korea itu lagi, kebanyakan mereka ini terpengaruh dengan drama TV atau artikel online yang memaparkan cerita bagaimana wanita biasa boleh kahwin dengan orang kaya dan romantik.

Meskipun realiti jauh panggang dari api dengan drama, itu tetap tidak menghalang para si cantik untuk mencapai status Cinderella abad ke-21.