Home Entertainment 8 Persoalan Doctor Cha Bakal Terjawab Pada Ending Minggu Ini

8 Persoalan Doctor Cha Bakal Terjawab Pada Ending Minggu Ini

0

Drama siri Korea Selatan Doctor Cha (2023) akan menayangkan dua episod terakhir pada minggu ini!

Penonton tertanya-tanya dengan keadaan rumah tangga Doctor Cha Jeong Suk (Uhm Jung-hwa) dan Seo In Ho (Kim Byung-chul), sekaligus tentang karier mereka berdua juga.

IMG 8499

Lebih-lebih lagi penyakit Doctor Cha Jeong Suk menyerang semula dan dia nampaknya perlu menjalani pemindahan organ sekali lagi.

Berikut ini merupakan 8 persoalan yang akan terjawab pada episod akhir Doctor Cha (2023) nanti:

Peringatan: Artikel ini mengandung spoiler!

1. Bagaimanakah kisah mertua Cha Jeong Suk yang ditipu oleh cinta lelaki?

7f3964af 7c8e 4854 a723 dde79887aa3aKwak Ae Sim (Park Jun Geum) ternyata selama ini menjadi teman wanita kepada Profesor Park Ho Won (Nam Myung Ryul) yang curang kepada isterinya. Selama ini dia tidak tahu bahawa dia telah terlibat dengan sebuah skandal kecurangan, bahkan mungkin dia juga sudah ditipu dari segi duit dan harta.

2. Mungkinkah Roy Kim akan mendermakan sumsum tulang kepada ayah kandungnya?

Doctor Cha

Roy Kim (Min Wook Hyuk) mendaftarkan DNA di balai polis untuk mencari keluarga kandungnya. Usaha itu membuahkan hasil kerana keluarga Doktor Roy mencarinya. Tapi tujuan utama mereka mencari Doktor Roy adalah kerana mereka ingin meminta Doktor Roy untuk menjadi penderma sumsum tulang bagi ayah mereka yang sedang menderita penyakit leukimia.

Sewaktu keluar daripada balai polis, Roy Kim berkata kepada Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa), wajah Doctor Roy kelihatan sangat kecewa. Kemungkinan Doktor Roy mendermakan sumsum tulangnya sangat kecil, kerana selama ini mereka telah membuang dirinya dan hanya mencarinya untuk sumsum tulangnya semata-mata.

3. Siapakah yang akan mendermakan organ hati kepada Cha Jeong Suk?

5de928c1 5ad0 48df 888d 8d37be4be34f

Pada akhir episod 14, Cha Jeong Suk batuk berdarah. Dalam sedutan “after credit”, Cha Jeong Suk kembali memakai baju pesakit hospital dan perlu menjalani pembedahan pemindahan organ. Nampaknya Seo In Ho (Kim Byung Chul) dan Roy Kim berniat untuk mendermakan hati mereka demi Cha Jeong Suk.

Cha Jeong Suk nampaknya seperti tidak berniat untuk memilih salah seorang di antara mereka. Kemungkinan jika Roy Kim mendermakan hatinya, dia tidak akan menjadi penderma sumsum tulang ayah kandungnya. Sedangkan Cha Jeong Suk sendiri menolak untuk menerima hati Seo In Ho. Lalu, siapakah yang akan mendermakan hati untuk Cha Jeong Suk?

4. Adakah Cha Jeong Suk akan bercerai dengan Seo In Ho?

4858542a dedc 4320 85de 4bbffad5eb20Cha Jeong Suk sudah memfailkan permohonan cerai kepada Seo In Ho. Pada awalnya dia berniat untuk cerai secara damai, tapi Seo In Ho menentang akan menolak perceraian tersebut dan akan membawa kes ini ke mahkamah.

Walaupun Seo In Ho sudah berubah sedikit demi sedikit, Cha Jeong Suk tetap tegas untuk bercerai. Ketegasan Cha Jeong Suk tidak menutup kemungkinan keputusan itu berubah jika Seo In Ho benar-benar mendermakan hatinya.

Namun, akan lebih masuk akal jika Cha Jeong Suk dan Seo In Ho rasmi bercerai. Cha Jeong Suk boleh meneruskan hidup bersama kedua-dua buah hatinya, dan ibunya serta dia tetap boleh meneruskan karier sebagai doktor.

5. Adakah Choi Seung Hi akan kembali ke Amerika Syarikat?

0e778fa7 098a 4f9a 912c 3f405fbcffe5Choi Seung Hi (Myung Se Bin) sebenarnya sudah pernah merancang untuk kembali lagi ke Amerika Syarikat. Dia menghentikan niat tersebut kerana masih ingin mempertahankan hubungan dengan Seo In Ho. Tapi pada episod 14, nampaknya seperti Choi Seung Hi akan kembali mempertimbangkan perkara itu.

Choi Eun Seo (So A Rin) juga sepertinya ingin kembali ke Amerika Syarikat. Kemungkinan Choi Seung Hi kembali ke Amerika Syarikat semakin besar setelah membaca surat dari Oh Deok Rye (Kim Mi Kyung) iaitu ibu Doctor Cha Jeong Suk.

6. Mungkinkah Seo Yi Rang dan Choi Eun Seo bakal berbaik semula? Adakah mereka bakal mendaftar ke jurusan seni?

46700b54 d53e 4bb0 8cf3 509d88990e68Seo Yi Rang (Lee Seo Yeon) dan Choi Eun Seo pada awalnya bersahabat baik. Mereka juga mempunyai banyak kesamaan. Sayangnya, tujuan awal Choi Eun Seo mendekati Seo Yi Rang adalah dengan niat jahat. Kemungkinan mereka akan kembali berbaik, apabila orang tua mereka nanti sudah berdamai.

Selain itu, penonton juga tertanya-tanya, adakah Seo Yi Rang dan Choi Eun Seo tetap mengejar cita-cita mereka untuk belajar di jurusan seni. Lebih-lebih lagi, Seo Yi Rang merasa bersalah kerana telah mencederakan tangan Choi Eun Seo.

7. Adakah Seo Jung Min benar-benar akan mengikuti latihan ketenteraan dan Jeon So Ra masih menunggunya?

654ccbf2 eb72 4da2 bce2 02651439b6e0Kematian pesakit, Yoo Ji Seon (Kang Ji Young) membuatkan Seo Jung Min (Song Ji Ho) memikirkan kariernya sebagai doktor di masa depan. Dia masih belum tahu, kerjaya apa yang harus dipilih. Dia menjadi doktor pelatih di bahagian bedah kerana mengikut kehendak ayahnya.

Seo Jung Min merancang untuk menjalani latihan ketenteraan lebih awal, walaupun tempohnya sebagai doktor pelatih masih belum berakhir. Dia juga meminta Jeon So Ra (Jo A Ram) menunggunya. Pada episod 14, akhirnya rakan sekerja mereka di hospital itu mengetahui tentang hubungan mereka.

8. Bagaimanakah karier Cha Jeong Suk sebagai seorang doktor?

230aff52 d234 4a1f a2af 6a78381d6dd3Dalam sedutan “after credit” episod 14, Doctor Cha Jeong Suk seperti mengemaskan barang-barangnya. Penonton pasti tertanya-tanya adakah Cha Jeong Suk akan berhenti menjadi doktor lagi dan kali ini demi kesihatannya pula.

Kemungkinan besar dia hanya berehat sejenak untuk pembedahan hatinya. Selepas sembuh, Cha Jeong Suk pasti akan kembali meneruskan kariernya sebagai doktor. Lebih-lebih lagi dia sudah menjadi doktor pelatih terbaik di jabatan kesihatan keluarga di Hospital Universiti Gusan.

Semua persoalan di atas akan terjawab dalam drama siri Doctor Cha pada episod 15 dan 16 minggu ini. Jangan lupa saksikan dua episod terakhir di platform streaming Netflix nanti ya!

Baca Lagi: 9 Kdrama Paling Mahal Pernah Dibuat

Baca Juga: Uhm Jung Hwa Mendedahkan 1 Rahsia “Ending” Doctor Cha

Baca Lagi: Kenali Park Joon Geum, Ibu Mertua Toksik Dalam Doctor Cha