Home Kdrama/Kmovie 8 Pilihan Drama dan Filem Korea Popular Tentang Pertukaran Tubuh Badan dan...

8 Pilihan Drama dan Filem Korea Popular Tentang Pertukaran Tubuh Badan dan Roh

0

Drama dan filem Korea dengan genre fantasi mempunyai tempat dan ruang tersendiri di hati para peminat setia. Lebih-lebih lagi kerana genre ini selalu menampilkan jalan cerita penuh imaginasi yang sangat luar biasa dan anti mainstream.

Salah satu tema yang kerap diusung adalah kisah pertukaran tubuh dan roh yang sangat menghiburkan.

Jika anda adalah peminat setia drama dan filem Korea fantasi dengan tema pertukaran tubuh badan dan roh, jangan lupa untuk menonton pilihan lapan drama dan filem Korea di bawah ini.

 

 

Filem korea
1. Filem Korea yang berjudul Dude in Me (2019) mengisahkan tentang ketua gangster yang secara tidak sengaja bertukar roh dengan seorang pelajar sekolah menengah yang gempal dan tidak bermaya

 

 

 

Drama
2. Kisah tukang masak moden yang rohnya tiba-tiba masuk ke tubuh badan permaisuri Kerajaan Joseon dapat anda saksikan dalam drama Mr. Queen (2020), penuh lawak jenaka

 

 

 

279932c5 d5c1 4146 83d0 b9c55ed6f796
3. Drama 18 Again (2020) mengisahkan tentang lelaki separuh usia yang berusaha memperbaiki situasi keluarganya dengan berubah menjadi seorang remaja

 

 

 

bd0304a5 42b4 4d40 adec 6e1d44334a5c
4. Hyun Woo (Song Joong Ki) merupakan setiausaha Soonyang Group dan rohnya berpindah ke badan cucu keluarga konglomerat tersebut dalam drama Reborn Rich (2024)

 

 

 

61c6a384 3fc7 402a 9e6a b7db6881f985
5. Doktor Cha Young Min (Rain) yang mengalami koma merasuk Go Seung Tak (Kim Beom) demi menyelamatkan pesakit dalam drama Ghost Doctor (2022)

 

 

 

3fd804d2 a593 4f80 9670 cb25dcc19947
6. Drama Korea sageuk Alchemy Of Souls (2022) mengisahkan tentang ahli sihir yang melakukan amalan sihir terlarang iaitu melakukan pemindahan roh secara haram

 

 

 

d0fc9950 c406 4b3d bf86 0fa54c0e57db
7. Kang Na Eon (Kim Ji Eun) dan So Eun Ho (Lomon) yang mempunyai perangai yang sangat berbeza terpaksa saling bertukar roh dalam drama Branding in Seongsu (2024)

 

 

 

83014f35 cfb3 437d bf1b 0ecffc8860e6
8. Dalam drama High School Return of a Gangster (2024), seorang ketua gangster bertukar roh dengan seorang pelajar lelaki yang menjadi mangsa buli dan mempunyai masalah keluarga yang kronik

Walau drama-drama dan filem-filem Korea di atas mempunyai tema yang serupa, setiap drama dan filem Korea yang tersenarai ini memiliki pesona tersendiri. Drama-drama dan filem-filem Korea menampilkan jalan cerita fantasi yang menarik dengan bumbu-bumbu kehidupan yang sangat menyeronokkan untuk ditonton. Jadi, jangan lupa untuk tambahkan senarai drama dan filem di atas ke dalam watching list anda ya!

Baca lagi: Filem Korea Terbaru Revelations Bakal Ditayangkan di Netflix, Buah Tangan dari Pengarah Train to Busan
Baca juga: 5 Drama Korea Ini Beri Pengajaran Supaya Jangan Mudah Mempercayai Orang yang Baru Dikenali

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here