Home Kdrama/Kmovie 8 Pilihan Kdrama Tentang Benci Bertukar Jadi Cinta

8 Pilihan Kdrama Tentang Benci Bertukar Jadi Cinta

0

Musuh bertukar menjadi cinta adalah salah satu tema yang sering digunakan dalam kdrama. Biasanya watak utama wanita dan watak utama lelaki akan menunjukkan rasa saling tidak suka yang sangat kuat.

Realitinya ramai yang menyatakan bahawa cinta dan benci hanya dipisahkan oleh satu garis nipis. Dimulakan dengan banyak pertengkaran, kemudian kerana sesebuah keadaan, kedua-dua mereka saling bertemu dan mula muncul benih-benih cinta di antara mereka.

Berikut ini adalah antara pilihan kdrama yang mengetengahkan tema benci menjadi cinta:

 

1. Hometown Cha-Cha-Cha

KdramaKdrama ini menceritakan Yoon Hye Jin, seorang doktor gigi yang pintar dan bercita-cita tinggi. Kemudian, Hye Jin memutuskan untuk berhenti kerja di bandar dan pindah ke Gongjin, kota kecil yang istimewa baginya.
Di sana dia bertemu dengan Hong Doo Shik yang popular dan serba boleh. Sayangnya, perwatakan kedua-duanya sangat berbeza sehingga menyebabkan banyak pertengkaran antara mereka.

 

2. The Innocent Man

df42d0d0 c60f 4c6d 8fed 55d4a4f11733The Innocent Man menceritakan tentang Kang Ma Ru seorang doktor yang bijak. Namun, dia mengorbankan kehidupannya sendiri untuk orang yang dicintainya. Sayangnya orang yang dicintainya mengkhianati Kang Ma Ru. Demi membalas dendam kepada bekas kekasihnya, Kang Ma Ru perlu menggunakan orang lain.

 

3. Love to Hate You

c127d037 793d 44a1 8dcf a9a7e8c37ac5Merupakan drama Korea original Netflix, Love to Hate You menceritakan tentang Yeo Mi Ran seorang peguam berani yang mempunyai peraturan sendiri dalam mencintai seseorang.
Dalam kamus hidupnya, berkahwin bukanlah pilihan. Kemudian, Mi Ran bertemu dengan Nam Kang Ho seorang superstar yang muak dengan wanita di sekelilingnya.

 

4. Mad for Each Other

ed3f21c9 f028 44c3 bd8a 1e231a73274e

Kdrama ini menceritakan tentang Noh Hwi Oh seorang detektif yang gagal kerana masalah amarahnya dan bertemu dengan Min Kyung yang mengalami anxiety kerana bekas kekasihnya. Kedua-duanya mencari tempat terapi yang sama dan saling berjumpa. Ini membuatkan kedua-dua mereka sering terlibat dalam pertengkaran. Bukan hanya bertemakan musuh jadi cinta, drama ini juga mengangkat isu kesihatan mental.

 

5. Touch Your Heart

65de9336 549e 4cc6 82d9 a39c3be27bccOh Yoon Seo adalah seorang pelakon yang terpaksa bekerja di firma guaman untuk memenuhi tuntutan watak yang akan diberikan kepadanya. Di firma guaman tersebut, dia bekerja sebagai setia usaha Kwon Jung Rok yang kuat bekerja dan pendiam. Oh Yoon Seo sering melakukan kesalahan sehingga kesabaran Kwon Jung Rok mencapai batasnya.

 

6. Secret Love

94be5785 f222 45c9 af51 f02a917cccc9Secret Love adalah drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2013 dan dibintangi oleh Ji Sung, Hwa Jung Eum, dan Lee Da Hee. Jo Min Hyuk adalah lelaki yang memiliki segala-galanya. Namun, dia terasa kosong selepas kematian tragis kekasihnya. Kang Yoo Jung yang dipenjarakan kerana kes langgar lari yang mengakibatkan kekasih Min Hyuk meninggal dunia telah dibebaskan. Yoo Jung cuba memulihkan kehidupannya, tetapi dia menyedari bahawa cabaran paling besar baginya adalah Min Hyuk. Bagi Min Hyuk, Yoo Jung adalah orang yang menyebabkan penderitaannya.

 

7. I Am Not Robot

2b982a93 582b 4b93 8899 9ccb6c937736Kim Min Kyu adalah lelaki yang bijak dan sangat kaya. Dia adalah pemegang saham termuda dan terbesar di sebuah syarikat kewangan. Sayangnya, Min Kyu hidup sendirian kerana penyakit anehnya iaitu alergik terhadap manusia. Jo Ji Ah, wanita yang pandai menipu dan selalu mencipta sesuatu yang luar biasa. Suatu hari Ji Ah terpaksa menyamar sebagai robot Aji 3 dan yang paling mengejutkan Kim Min Kyu tidak menunjukkan reaksi alergik terhadap dirinya.

 

8. Suspicious Partner

413d9866 b43c 4c9b a6e2 cdeebfc1afc8

Seorang pendakwa raya bernama Noh Ji Wook terlibat dengan kes pembunuhan yang menjadikan Eun Bong Hee sebagai suspek. Eun Bong Hee adalah seorang pekerja pejabat yang sama dengan dengan Noh Ji Wook. Eun Bong Hee sebenarnya tidak bersalah dan meminta bantuan Noh Ji Wook untuk merungkai kes pembunuhan ini. Kedua-duanya bekerjasama untuk menemui barang bukti serta pembunuh sebenar.

Demikian sahaja lapan pilihan drama Korea yang bertemakan musuh jadi cinta. Sudahkah anda menonton semua kdrama ini?

Baca lagi: Sepanjang 10 Tahun, Ini 10 Kdrama Seram Ghaib dan Thriller Misteri Dengan Rating Tertinggi Di MyDramaList
Baca juga: Uncle Samsik Bakal Menemui Anda Tidak Lama Lagi, Kdrama Pertama Lakonan Song Kang Ho