Dalam setiap episod terbaru The Escape of The Seven, para penonton selalu disajikan dengan beragam misteri yang tentunya membuatkan kita semua berteka-teki.
Kali ini, dalam episod 12 The Escape of the Seven yang baru ditayangkan pada 28 Oktober 2023, terdapat beberapa teori dari drama ini yang dapat dikupas. Namun teori ini tentunya tidak muktamad.
Jom kita kita semak beberapa teori dari episod 12 The Escape of the Seven dibawah ini:
1. Siapakah sosok misteri yang bersembunyi ketika Kang Ki Tak datang menyelamatkan Min Do Hyuk?
Teori awal kita akan membahas tentang Kang Ki Tak (Yoon Tae Young) ketika dia datang menyelamatkan Min Do Hyuk (Lee Joon) yang ditikam oleh K (Kim Do Hoon). Kelihatan Kang Ki Tak sempat melihat kelibat seseorang yang bersembunyi disebalik dinding. Kemungkinan Kang Ki Tak tanpa sengaja melihat kelibat itu adalah Matthew Lee (Um Ki-joon) yang kemudiannya melarikan diri.
Kang Ki Tak sendiri mengaku mengetahui keberadaan Min Do Hyuk kerana dihubungi oleh K melalui telefon bimbit Min Do Hyuk. Namun, tidak ada adegan yang memperlihatkan bahawa telefon bimbit milik Min Do Hyuk diambil oleh K untuk menghubungi Kang Ki Tak.
2. Adakah Video Geum Ra Hui dan Kang Ki Tak Saat Bertemu adalah rakaman sebenar?
Ada kemungkinan video tersebut hanya deepfake ciptaan Matthew Lee agar Min Do Hyuk percaya jika Kang Ki Tak dan Geum Ra Hui (Hwang Jung Eum) masih menjalinkan hubungan.
3. Bagaimana Michell mengetahui kisah silam Bang Da Mi secara terperinci?
Teori Pertama:
Michell mengetahui kisah silam Bang Da Mi (Jung Lael) dari catatan harian Ji Ah (Jung Da Eun). Ini adalah kerana, kedua kawan Han Mo Ne iaitu Yoo Jin (Eom Ji Yoon) dan So Yeon (Jang Ha Kyung) yang membuli Bang Da Mi tidak akan pernah menceritakan hal tersebut kepada siapapun.
Teori Kedua:
Michell adalah kakak Song Ji Ah dan ingin membalas dendam ke atas kematian Ji Ah
Teori Ketiga:
Boleh jadi sahaja Bang Da Mi belum mati, dan Michell adalah Bang Da Mi
4. Adakah yang Merosakkan Rumah Min Do Hyuk adalah Kang Ki Tak?
Kang Ki Tak bukanlah pelakunya melainkan Matthew Lee. Matthew Lee menyamar sebagai Kang Ki Tak menggunakan topeng agar Min Do Hyuk percaya bahawa Kang Ki Tak adalah seorang pengkhianat.
5. Mengapa Kang Ki Tak Mencurigai Matthew Lee Bukanlah Lee Hwi Soo?
Kemungkinan Kang Ki Tak sedang menyiasat atau menemukan fakta baru jika Matthew Lee bukanlah Lee Hwi Soo.
Kang Ki Tak sebelumnya dilihat mencurigai Matthew Lee, bermula dari Matthew Lee mengumumkan secara publik yang dia dan Geum Ra Hui akan bertunang atas alasan dia akan menaikan saham TIKITAKA.
Menambah curiga Kang Ki Tak lagi, sikap Matthew Lee dimana pada awalnya Matthew Lee tidak ingin membunuh seseorang tetapi malah sikapnya bertambah kejam.
6. Mengapa kasut kulit K berada di dalam bonet kereta Kang Ki Tak?
Kasut tersebut sebenarnya adalah milik Matthew Lee. Bagi memerangkap Kang Ki Tak dan membuatkan Min Do Hyuk syak Kang Ki Tak, Matthew Lee menempah kasut yang sama dipakai oleh K dan meletakkan ia di belakang bonet kereta Kang Ki Tak.
Ini berlaku kerana dari awal lagi Matthew Lee dapat menghidu bahawa Kang Ki Tak sudah mula mengesyaki identitinya, bagi mendapatkan kepercayaan Do Hyuk dan memihak kepadanya, dia harus buat sesuatu bagi menunjukkan seolah Kang Ki Tak telah mengkhianati mereka.
7. Matthew Lee Bukan Lee Hwi Soo Sebenar?
Ada kemungkinan Matthew Lee sebenarnya adalah bapa kandung Bang Da Mi dimana dia melakukan pembedahan plastik menggantikan tempat Lee Hwi Soo.
8. Dimana keberadaan Lee Hwi Soo?
Jika dilihat dari episod sebelumnya, Lee Hwi Soo sedang dikurung di suatu tempat. Matthew Lee telah mengurung Lee Hwi Soo.
Dengan adanya beberapa teori ini membuat kita semakin tak sabar ingin tahu dengan jalan cerita seterusnya yang pasti membuat penonton merasa haru biru!
Episod selanjutnya The Escape of the Seven akan membawa kita lebih mendalam ke kitaran misteri dari drama keluarga yang penuh emosi ini.
Saksikan episod seterusnya The Escape of The Seven yang tayang setiap Jumaat dan Sabtu pukul 10.30 malam di platform penstriman Viu ya!