Home News 8 Tips Untuk Anda Jimat Minyak Kereta, Nombor 3 Paling Ramai Orang...

8 Tips Untuk Anda Jimat Minyak Kereta, Nombor 3 Paling Ramai Orang Abaikan

0

Sebagai seorang pengguna kenderaan, sudah tentu kita ingin mengamalkan penjimatan minyak. Bukan, apa, minyak petroleum ada masanya menurun ada masanya menaik.

Jika corak harga minyak hanya menunjukkan peningkatan, sudah tentulah kita ingin melakukan penjimatan. Nak membeli minyak seliter bukannya murah. Jadi, sekiranya ada cara mudah untuk kita berjiimat apa salahnya kita ikuti.

Screenshot 2023 08 08 105327
(Gambar hiasan)

Baca lagi: Kereta Dicuri Ketika Isi Minyak, Netizen Disarankan Untuk Berhati-Hati Di Stesyen Minyak

Baca lagi: Cuba 9 Tips Kurangkan Haba Panas Dalam Rumah Anda

Lihat juga video dibawah:

Tips Pemanduan Untuk Anda Jimatkan Penggunaan Minyak

1. Kurangkan kelajuan

Menurut Metal Floss, jika anda hanya menekan minyak (memecut) sepanjang masa perjalanan ia akan membuatkan kereta anda menggunakan minyak kereta yang lebih banyak jika dibandingkan menekan pedal minyak pada kelajuan biasa atau kelajuan tetap (constant)

2. Jangan Brek Mengejut

Selain itu, anda dinasihatkan untuk berhati-hati semasa memandu untuk mengurangkan situasi brek mengejut.

Kurangkan menjawab panggilan telefon ketika memandu untuk mengelakkan berlakunya brek mengejut. Tindakan ini bukan setakat meningkatkan penggunaan minyak malah ia membahayakan nyawa anda.

Jadi anda dinasihati untuk memandu dengan selamat dan jaga jarak anda dengan kereta yang berada di hadapan.

3. Pastikan Tayar Cukup Angin dan Isi Angin Dengan Betul

Sebut sahaja mengenai tayar mesti rata-rata antara anda jarang melakukan semakan secara menyeluruh terhadap tayar anda.

Sebenarnya anda kena sentiasa menyemak kondisi tayar kereta supaya sentiasa mempunyai angin yang mencukupi.

Tekanan angin tayar mestilah kena betul. Tekanan angin yang tidak mengikut spesifikasi mengakibatkan penggunaan minyak bertambah boleh bertambah. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di bahagian tepi pintu kereta pemandu. Anda boleh rujuk dan isi angin berdasarkan carya tersebut.

Kenal pasti kod tekanan angin kereta anda, sama ada dalam kilopascal (kPa) atau pounds per square inch (psi).

4. Jangan Leka Ketika Memandu

Apa yang dimaksudkan dengan jangan leka adalah, anda tidak digalakkan untuk meninggalkan kereta di tempat letak kenderaa dengan enjin menyala. Sekiranya enjin kereta ditinggalkan dalam keadaan menyala ia lebih memakan minyak.

5. Tidak Perlu Hias Kereta

Ramai antara anda yang gemar menambahkan aksesori pada kereta. Ternyata perkara itu hanya menambah bebanan kepada kereta. Misalnya penambahan spoiler pada bahagian bonet kereta.

Spoiler sememangnya mempunyai fungsi untuk menstabilkan kereta tetapi anda perlu ingat bahawa ia berat.

Jika kereta semakin berat ia membawa maksud kereta sukar untuk bergerak dan memerlukan minyak yang banyak untuk membolehkan ia bergerak dengan lebih laju.

6. Pastikan Kereta Anda Bersih (dan tingkap ditutup)

Mencuci kereta bukan sahaja membuatkan kereta anda nampak berkilat malah ia dapat mengurangkan ‘seretan’. Jadi anda boleh menutup tingkap dan tingkap bumbung atas kereta.

7. Jangan Parking Tempat Panas

Sekiranya anda mempunyai garaj, gunakan garaj tersebut. Mana-mana kereta tidak digalakkan berada pada suhu yang sangat panas.

Apabila kereta anda panas, anda akan memilih untuk terus membuka pendingin hawa (aircond) kereta sebaik sahaja anda masuk.

Perbuatan ini mungkin terus membuatkan kereta anda sejuk tetapi ia menggunakan minyak yang banyak untuk memastikan enjin yang mengandungi bahagian pendingin hawa untuk bekerja dengan lebih kuat.

Sebaiknya anda membuka tingkap terlebih dahulu untuk memastikan udara panas di dalam kereta keluar dan kemudian baru anda boleh membuka aircond.

8. Patuhi Had Laju

Menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat, penggunaan minyak akan berkurangan sekiranya anda hanya memandu pada 50 kilometer per jam (kmj)

Setiap had laju yang dipaparkan pada tanda jalan raua sudahpun dikaji. Jadi adalah lebih baik jika anda hanya mematuhinya.

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Selayang