Drama siri Doctor Cha (2023) yang ditayangkan di Netflix kini memang berjaya membuatkan para penonton geram dan sakit hati dengan babak-babak perbuatan curang Seo In Ho (Kim Byung Chul) dan Choi Seung Hi (Myung Se Bin).
Doctor Cha (Uhm Jung-hwa) sebagai mangsa kecurangan tersebut sangat menderita dan hancur berkeping hatinya akibat dikhianati. 20 tahun lamanya dia mengabdikan diri untuk suaminya, namun semuanya sia-sia apabila ternyata Seo In Ho tergamak mencuranginya.
Namun Doctor Cha tidak mudah menyerah dan tidak mahu mengaku salah. Demi mempertahankan rumah tangganya, sebenarnya wanita kuat ini sudah melakukan banyak perkara.
Berikut ini merupakan beberapa usaha yang telah dilakukan Doktor Cha Jeong Suk dalam mempertahankan rumah tangganya dengan Seo In Ho, jom sama-sama kita lihat senarai di bawah ini:
1. Doctor Cha menjadi isteri dan ibu yang baik, Cha Jeong Suk sanggup mengorbankan impian dan kerjayanya demi menjaga suami, anak-anak dan juga ibu mertuanya
2. Suaminya meminta mereka tidur di bilik berasingan, Cha Jeong Suk mendekati suaminya untuk kembali tidur sebilik, namun usahanya sia-sia. Langsung tidak dihargai
3. Kecewa suaminya tidak mahu mendermakan hati, Cha Jeong Suk mengalihkan kemarahannya dengan cara kembali mengejar impian sebagai seorang doktor. Walaupun suaminya enggan mendermakan hati untuknya, dia tidak memberontak, hanya bertahan dan bersabar
4. Walaupun hatinya curiga dan kuat mengatakan bahawa Seo In Ho berlaku curang, namun Cha Jeong Suk masih cuba untuk menafikan perasaannya dan dia tetap mempercayai suaminya itu
5. Setelah mengetahui perbuatan curang suaminya, dia masih cuba untuk mempertahankan perkahwinannya dan Seo In Ho diberi peluang untuk meninggalkan Choi Seung Hi
6. Cha Jeong Suk juga tidak melibatkan pihak luar, dia tidak memberi tahu ibunya walaupun sangat jelas bahawa ibunya akan setia membela dan menyokongnya
7. Cha Jeong Suk tidak melibatkan anak-anak dalam masalah perkahwinannya demi melindungi hati dan perasaan mereka
8. Cha Jeong Suk tahu dan sedar mengenai perasaan Roy Kim (Min Woo Hyuk), Cha Jeong Suk meminta lelaki itu untuk menjauh
Bermacam cara dilakukan oleh Cha Jeong Suk untuk mempertahankan perkahwinannya. Walaupun telah berusaha, dia masih menderita. Sekarang kedua-dua orang anak Cha Jeong Suk sudah memberi sokongan penuh kepada ibunya untuk membuat pilihan terbaik.
Di episod 12 Doctor Cha telah memutuskan untuk bercerai, namun Seo In Ho tidak setuju dan meminta Doctor Cha untuk memaafkannya. Adakah Doctor Cha akan memaafkan suaminya atau dia tetap berkeras ingin bercerai juga?
Saksikan kisahnya pada episod Doctor Cha yang seterusnya nanti.
JOM JADI 20 ORANG TERPILIH MENDAPAT GIVEAWAY DARI KANG TAE OH!
1. Klik dan Follow Instagram official Glampalm di bawah ini:
2. LIKE & KOMEN post di IG Glampalm dan tulis “#GlamPink”
Dan anda hanya perlu tunggu pihak kami menghubungi anda untuk kami berikan giveaway yang berupa photocard “Kang Tae Oh” berserta tandatangannya dan cenderahati Glampalm bernilai RM65! Jadilah 20 followers yang bertuah itu! Ayuhh!!
Baca Lagi: Uhm Jung Hwa Pernah Berlakon Adegan Panas Dengan 5 Pelakon Lelaki Ini
Baca Juga: Doctor Cha: 4 Kesilapan Dr Seo Yang Tidak Dapat Dimaafkan