Home Kdrama/Kmovie 8 Watak Chaebol Kaya Raya yang Menderita Penyakit Kronik dalam Kdrama, Duit...

8 Watak Chaebol Kaya Raya yang Menderita Penyakit Kronik dalam Kdrama, Duit Tidak boleh Beli Nyawa

0
Drama korea

Kim Ji Won kembali muncul mempamerkan lakonan memukau sebagai anak chaebol yang sangat dingin dalam drama Queen of Tears. Sayangnya, kehidupan sempurnanya diuji dengan dirinya yang didapati menghidap ketumbuhan yang sangat jarang dijumpai dan penyakit itu boleh membawa maut. Bahkan, doktor menyatakan bahawa hidupnya tidak akan bertahan lama iaitu dijangkakan boleh bertahan selama 3 bulan sahaja lagi.

Memiliki banyak wang dan harta tidak menjamin seseorang akan selalu sihat dan hidup lama. Perkara itu digambarkan dari beberapa watak chaebol dalam drama Korea yang menghidap penyakit kronik yang boleh membawa maut.

 

 

Kdrama
1. Baru sahaja ditayangkan, Hong Hae In (Kim Ji Won) dinyatakan mengidap ketumbuhan yang jarang dijumpai dan dikatakan hidupnya tidak lama boleh bertahan dalam Drama Queen of Tears (2024)

Baca lagi: 5 Watak Menjengkelkan dalam Queen of Tears, Menyakitkan Hati

 

Watak
2. Penyakit membawa maut yang dideritai oleh Lee Sang A (Lee Bo Young) membuatnya terpaksa meninggalkan anak lelakinya sendirian dalam drama See You in My 19th Life (2023)

 

942f5f00 1586 479f a5fd eab41d76f21f

3. Alami kemalangan jalan raya, otak Gong Ma Seong (Choi Jin Hyuk) cedera teruk. Pembedahan juga sukar dilakukan dan sangat berbahaya dalam Devilish Charm (2017)

 

eef2a081 dac3 4249 a39b 6ca2775fcaff

4. Berjaya mengembangkan perniagaan hotelnya, Ja Geum Soon (Ko Du Shim) akhirnya meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapinya dalam drama Curtain Call (2022)

 

04b39abb 85ee 4c65 9cb4 88761b95f8f3

5. Asalnya dilahirkan sebagai anak chaebol, Han Jeong Seo (Choi Ji Woo) hidup menderita akibat penyakit dan juga adik tirinya dalam drama Stairway to Heaven (2003)

 

09e70468 3a72 403b 9f3c adfdf8eb7557

6. Merupakan anak tunggal dari keluarga kaya raya, Eun Dan Oh (Kim Hye Yoon) dimanjakan oleh ayahnya kerana penyakit jantungnya dalam Extraordinary You (2019)

 

 

b3227d33 c553 452b bd8d d9183155a270

7. Menghidap penyakit jantung, Lee Min Soo (Kim Kwon) yang berjiwa psikopat dan anak chaebol ini tetap suka membunuh dalam The Killing Vote (2023)

 

30ceb91b 4373 4932 a1ec a169acbfc884

8. Penyakit jantung yang dideritai oleh Cha Young Woon (Kwon Yool) menjadikan dia sebagai keutamaan bagi ibu bapanya yang merupakan golongan chaebol dalam drama Longing for You (2023)

Kisah yang dialami watak-watak chaebol dalam drama-drama Korea ini menunjukkan bahawa penyakit berbahaya boleh singgah pada sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat dan darjat. Memang benarlah sebenarnya kesihatan itu adalah harta dan nikmat yang paling berharga.

Baca lagi: Suka Drama Korea Tentang Profiler Jenayah? Tonton 7 Drama ini, Penuh Tipu Daya dan Misteri
Baca juga: Selebriti Korea Terkaya 2024 dan Nilai Bersih Mereka