Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) dan Hong Hae In (Kim Ji Won) merupakan pasangan utama dalam drama Korea popular yang baru sahaja tamat iaitu Queen of Tears. Lebih menariknya, pasangan ini ternyata ditakdirkan mempunyai takdir dan jodoh bersama. Kedua-dua mereka adalah sebenarnya cinta pertama masing-masing tanpa disedari.
Selain Baekhong Couple dalam Queen of Tears ini, terdapat beberapa pasangan lain dalam drama Korea yang ditayangkan pada awal tahun 2024 yang berakhir bahagia dengan cinta pertama mereka. Siapakah mereka? Mari sama-sama kita lihat!
1. Baek Hyun Woo dulu mencari-cari gadis yang ditemuinya semasa dia berpindah sekolah. Rupa-rupanya gadis itu kini menjadi isterinya dalam drama Korea Queen of Tears
2. Dalam drama Korea yang sama iaitu Queen of Tears, Hong Hae In jatuh cinta pada Baek Hyun Woo semasa dia menjadi pekerja pelatih di syarikat keluarganya. Mereka hidup bahagia bersama
3. Selain itu ada juga Cheon Da Hye (Lee Joo Bin) yang berkahwin dengan cinta pertamanya. Walau bermula dengan pembohongan, mereka bersama hingga ke akhirnya
4. Oleh sebab penjelajahan waktu Im Sol (Kim Hye Yoon), nasib Ryu Sun Jae (Byeon Woo Seok) berubah dan dia tidak menjadi lelaki kesepian lagi dalam drama Korea Lovely Runner
Baca juga: 9 Kdrama Punya Vibe Sama Seperti Lovely Runner
5. Lee Hyun Joo (Seo Hye Won) dalam drama Lovely Runner berkahwin dengan cinta pertamanya. Mereka sudah dikurniakan dua orang anak yang comel!
6. Yoo Ji Hyuk (Na In Woo) dalam Marry My Husband tidak bertepuk sebelah tangan lagi. Oleh sebab penjelajahan masa, dia kini berkahwin dengan cinta pertamanya dan dikurniakan 3 orang anak
7. Walau beberapa kali menjalin hubungan cinta, Cho Sam Dal (Shin Hye Sun) tetap mengingati cinta pertamanya dalam Welcome to Samdalri. Nasib mereka baik kerana akhirnya mereka bahagia bersama!
8. Dalam drama yang sama, Cho Yong Pil (Ji Chang Wook) boleh bersatu lagi dengan cinta pertamanya, Cho Sam Dal selepas mereka mendapat restu
Watak-watak di atas mempunyai pengakhiran kisah yang manis dengan cinta pertama mereka. Bahkan sebahagian besar dari mereka terlalu bahagia hingga mendirikan rumah tangga. Kisah cinta mereka dengan cinta pertama masing-masing membuatkan penonton turut bahagia dan tersenyum sendiri!