Home Entertainment 8 Watak Kdrama 2023, Mengalami Kemalangan Tragik

8 Watak Kdrama 2023, Mengalami Kemalangan Tragik

0

Kemalangan yang dialami kedua-dua watak utama kdrama siri See You in My 19th Life membuka konflik awal dalam Kdrama tvN ini. Kedua-duanya dikisahkan mengalami kemalangan parah sewaktu masih kecil. Salah seorang daripada mereka meninggal dunia kemudian hidup semula dalam kehidupan ke 19, sementara itu mangsa yang lain selamat tetapi mempunyai trauma dan rasa bersalah sepanjang hayatnya.

Dalam pelbagai-bagai Kdrama yang diterbitkan pada tahun 2023, terdapat banyak watak yang mengalami konflik dan menjadi mangsa dalam kemalangan tragik. Sebahagian daripada watak-watak ini hampir meninggal dunia kerana kemalangan tersebut.

Jom sama-sama kita lihat senarai watak dalam Kdrama 2023 ini yang pernah mengalami kemalangan seperti berikut ini:

9af5228a bb7b 4dc1 a363 3fac228273731. Moon Seo Ha (Ahn Bo-hyun) dalam See You in My 19th Life mengalami gangguan pendengaran dan mempunyai trauma akibat kemalangan jalan raya sewaktu berumur 9 tahun

98a8cfd2 18f1 4f4c 9c1f e1fda2a829732. Kehidupan ke-18 Ban Ji Eum (Shin Hye Sun) yang indah dalam drama siri yang sama iaitu See You in My 19th Life berakhir tragik kerana kemalangan maut yang dialaminya waktu itu

Baca juga: See You In My 19th Life – 10 Perbezaan Ketara Kdrama vs Webtoon

12b9b08f 0dfe 4848 bdce 397bbdee90613. Sewaktu melarikan diri dari psikopat, Nam Hae Yi (Roh Yoon Seo) telah dilanggar sebuah kereta sehingga di menjadi koma dalam Crash Course in Romance

406e9614 167c 427b ac70 06b5960d57214. Choi Kang Ho (Lee Do Hyun) dalam The Good Bad Mother mengalami kemalangan yang teruk akibat perangai khianat orang jahat sampaikan dia koma, seterusnya lumpuh, dan mengalami amnesia

74aee718 e91d 4ca9 9b01 65379da456a45. Baek Yoon Young (Jin Ki Joo) tanpa sengaja terlanggar kereta misteri yang telah membuatnya mengembara ke masa lalu dalam Kdrama My Perfect Stranger

8a14a6e8 66cd 4d4c a047 1888514a3ea06. Yoon Hae Joon (Kim Dong Wook) dalam drama siri yang sama iaitu My Perfect Stranger, terjebak dalam tahun 1987 kerana kereta mesin pengembaraan masanya telah rosak akibat kemalangan

Baca lagi: 10 Kdrama Terbaru Dibintangi Pelakon My Perfect Stranger

9a3303da d40d 40bb 8b19 1c0979541c7d7. Selain penyakit hati yang boleh membawa maut, nyawa Cha Jeong Suk (Uhm Jung Hwa) dalam Doctor Cha juga pernah terancam kerana peristiwa kebakaran di bangunan asrama doktor pelatih

Kdrama8. Terdapat beberapa peristiwa dimana Seo Woo Jin (Ahn Hyo Seop) hampir putus nyawa dalam Dr. Romantic 3. Paling tragik, dia jadi mangsa runtuhan bangunan hingga tangannya tercedera

Kemalangan dan kecelakaan yang dialami oleh lapan watak di atas menambah konflik dalam jalan cerita drama-drama tersebut. Ada yang menjadi pembuka awal cerita. Di sisi lain, ada juga yang berfungsi sebagai pembuka konflik terakhir dalam cerita drama siri itu sendiri.

Baca lagi: Boikot “Squid Game 2” Kerana T.O.P Big Bang Juga Berlakon Sama?

Baca juga: Celebrity – “Followerku, ialah Pembunuhku”, Tayang 30 Jun