Seo In Ho (Kim Byung Chul) dan Choi Seung Hi (Myung Se Bin) merupakan dua watak antagonis dalam Kdrama siri popular Doctor Cha. Kedua-duanya sama-sama membuat emosi para penonton turun naik kerana mereka sanggup menjalin hubungan terlarang.
Namun di penghujung kdrama siri ini, mereka akhirnya menyedari kesalahan dan kesilapan mereka dan dengan ikhlas memulakan kehidupan baru dengan meninggalkan hubungan toksik mereka.
Bukan hanya dua watak ini sahaja, terdapat beberapa watak antagonis lain dalam kdrama siri Korea Selatan terbaru (tahun 2023) yang juga turut menyesali perbuatan mereka di penghujung cerita. Contohnya, senarai watak yang kami sediakan berikut ini.
Jom sama-sama kita lihat 8 watak antagonis yang menyesal dengan perbuatan jahat mereka dalam berbagai-bagai kdrama siri 2023 ini:
1. Pada episod akhir Doctor Cha, Seo In Ho (Kim Byung-chul) menyesal kerana telah berlaku curang dan telah mensia-siakan ketulusan dan keikhlasan isterinya selama ini.
2. Choi Seung Hi (Myung Se Bin) dalam drama siri yang sama iaitu Doctor Cha akhirnya turut menyedari bahawa kelakuannya menjadi perosak rumah tangga Cha Jeong Suk telah melukai ramai pihak yang tidak bersalah
3. Setelah meyedari bahawa dia telah diperalatkan oleh ayahnya sendiri, Oh Ha Young (Hong Bi Ra) dalam The Good Bad Mother menyesal kerana telah memerangkap tunangnya dalam sebuah tragedi kemalangan
4. Permaisuri Cho Soo Young (Hong Soo Hyun) menghukum dirinya sendiri setelah sedar bahawa balas dendamnya adalah perkara sia-sia dalam drama siri Our Blooming Youth
5. Episod akhir Taxi Driver 2 menyaksikan On Ha Jun (Shin Jae Ha) menyesali perbuatan jahatnya setelah mengetahui salah seorang mangsanya adalah ayah kandungnya sendiri
6. Wataknya adalah seorang pelajar yang bercita-cita tinggi yang sanggup melakukan apa sahaja demi impian , Bang Su Ah (Kang Na Eon) berubah menjadi lebih baik pada episod akhir Crash Course in Romance
7. Dalam drama siri yang sama iaitu Crash Course in Romance, Jang Seo Jin (Jang Young Nam) pada awalnya adalah ibu yang terlalu tegas dan mementingkan diri. Namun dia akhirnya berubah dan menjadi rapat dengan anak-anaknya
8. Jeon Kang Il (Kang Young Seok) menyesali segala perbuatan jahatnya dalam drama siri Poong, the Joseon Psychiatrist 2 dan akhirnya berubah menjadi seorang tabib yang bekerja dengan lebih tulus dan ikhlas
Semua 8 watak antagonis ini pada awalnya memang berjaya membuatkan para penonton geram dan sakit hati kerana perbuatan jahat mereka. Namun mereka akhirnya menyedari kesilapan mereka dan menyesali bersungguh-sungguh kerana telah bertindak jahat dan menganiaya orang tidak bersalah. Mereka juga berubah menjadi orang yang lebih baik di pengakhiran cerita.
Baca Lagi: 12 Pelakon Popular Muncul Sebagai Cameo Dalam Kdrama 2023
Baca Juga: 13 Kdrama Yoo In Soo, Tukang Onar Di “The Good Bad Mother”