Home Kdrama/Kmovie 8 Watak Utama Wanita dalam Kdrama 2023 yang Menghadapi Gangguan Mental

8 Watak Utama Wanita dalam Kdrama 2023 yang Menghadapi Gangguan Mental

0

Selepas muncul sebagai cameo dalam Strong Girl Nam Soon, Park Bo Young tampil pula sebagai pelakon utama dalam Kdrama Daily Dose of Sunshine.

Dalam Kdrama ini, dia membawa watak sebagai jururawat yang dipindahkan ke klinik kesihatan mental. Dia mempunyai sifat peribadi yang baik dan selalu mengutamakan kebahagiaan orang lain.

Namun, kebaikannya membawa masalah baginya kerana dia lupa dengan kebahagiaan diri sendiri. Tambahan pula, dia juga merasa bersalah pada para pesakitnya yang bunuh diri. Semua itu membuatkan dia mengalami kemurungan sehingga dia cuba membunuh diri tanpa sedar. Dia pernah dimasukkan ke hospital pesakit mental.

Beberapa watak utama wanita lain juga dikisahkan mempunyai gangguan mental dalam Kdrama 2023. Penyakit itu membuatkan mereka kerap mengalami kesukaran dalam menjalani hidup.

Berikut adalah kisah selengkapnya dari 8 watak wanita tersebut.

 

bb0de76f fe14 4db7 bd0f c7b1b4b17fe51. Selepas kematian pesakitnya, Jung Da Eun (Park Bo Young) menderita penyakit kemurungan yang teruk hingga perlu dirawat di hospital dalam drama Daily Dose of Sunshine

 

1dd5de7d 1d1f 4443 8e7a 7283654ea9bb2. Musuhnya bunuh diri, Oh Eun Yu (Seol In Ah) kerap mengalami serangan panik hingga tidak dapat mendengar dengan baik dalam Twinkling Watermelon

 

542be1a9 ee4a 40bd 8760 e1fe00cc67693. Sama juga dengan Lee Doo Na (Bae Suzy) dalam drama Doona!. Dia pernah mengalami serangan panik kerana terpaksa menanggung beban sebagai bintang KPop

 

a4c2f75e ce3a 4092 a98c 5c691aecaa664. Merasa sunyi dan tidak mempunyai sesiapa yang boleh diharapkan, Kwon Min Ju (Jeon Yeo Bin) mengalami tekanan perasaan dan kemurungan hingga dia cuba membunuh diri dalam A Time Called You

 

c4472710 bba3 42c0 a776 7a35e302e85c5. Walau berjaya dalam kerjaya, Go Ah In (Lee Bo Young) sebenarnya mengalami insomnia yang teruk dan pernah berjalan waktu tidur dalam Kdrama Agency

 

92d6ee41 c767 42d3 88bf ace787e15cca6. Seterusnya adalah Han So Yeon (Jang Yeo Bin) yang selalu mencuri tanpa sedar dalam All That We Loved

 

4be8ee63 d276 4c34 a4ea 4b34d284e3b17. Walau keluarganya kaya raya, Ko Hae Soo (Jang Hee Jin) mengalami tekanan yang sangat teruk selepas ibu bapanya meninggal dunia secara tragik dalam Pandora

 

Kdrama8. Dalam Kdrama The First Responders 2, Song Seol (Gong Seung Yeon) pernah dilanda trauma ketika berada di dalam lift kerana dia pernah terperangkap di sana

Kisah setiap watak dalam Kdrama 2023 ini menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh menderita gangguan mental tanpa disedari. Ramai dari mereka yang perlu berjumpa pakar psikiatri untuk menyembuhkan penyakit mereka. Sokongan dari keluarga dan orang sekitar juga adalah sangat penting.

Baca lagi: Daily Dose of Sunshine: 8 Impak Kebaikan Jung Da Eun sebagai Jururawat
Baca juga: 6 Kdrama Adaptasi Webtoon yang Tayang November 2023