Khabar bahagia datang daripada pelakon dan artis Hollywood ternama iaitu Bella Thorne
Pada 26 Mei 2023 yang lalu, Vogue Weddings mengumumkan bahawa Bella Thorne telah rasmi mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya iaitu seorang pemuda yang bernama Mark Emms setelah mereka menjalin hubungan selama lebih kurang sembilan bulan.
Pertunangan artis Hollywood terkenal Bella Thorne dan kekasihnya ini berlangsung pada 13 Mei 2023 di kediaman pelakon wanita itu yang bertempat di Los Angeles, California.
Selain Bella Thorne, berikut merupakan lapan artis Hollywood yang telah mengesahkan perjalanan mereka ke gerbang perkahwinan apabila mengikat tali pertunangan pada tahun 2023 ini. Jom sama-sama kita lihat senarai seperti di bawah ini:
1. Pada 1 Januari 2023, penyanyi Sara Bareilles berkongsi berita bahagia bahawa dia telah dilamar oleh kekasihnya iaitu Joe Tippett
2. Jeanine Mason mengumumkan pertunangannya dengan seorang pemuda melalui laman Instagram miliknya. Sampai saat ini, Jeanine belum mendedahkan siapakah gerangan pemuda tersebut
3. Pelakon yang juga merupakan calon Anugerah Emmy, Christina Hendricks, mengesahkan bahawa dia dan pujaan hatinya, George Bianchini telah bertunang
4. Walaupun belum disahkan secara rasmi, Dylan Sprouse khabarnya sudah melamar Barbara Palvin pada bulan Mac tahun ini
5. Menurut seorang sumber kepada Us Weekly, pemuzik Lana Del Rey telah bertunang dengan seorang pengurus muzik yang bernama Evan Winiker
6. Melalui podcast miliknya, Justin Long telah mengumumkan bahawa dia sudah melamar Kate Bosworth sewaktu gadis itu baru bangun dari tidur. Sekarang kedua-duanya sedang bahagia sebagai pasangan suami isteri
7. Setelah menjalin hubungan selama lebih kurang empat tahun, akhirnya Olivia Culpo rasmi menjadi tunang Christian McCaffrey
8. Pada bulan April 2023, orang ramai dikejutkan dengan khabar pertunangan Millie Bobby Brown dan anak kepada Jon Bon Jovi iaitu Jake Bongiovi
9. Baru-baru ini, secara tepatnya pada 26 Mei, Bella Thorne mempamerkan cincin pertunangan yang diberikan oleh kekasih hatinya iaitu Mark Emms
Semoga kekal ke jinjang pelamin diucapkan buat artis Hollywood yang kini bahagia dan sedang menunggu hari penting dalam hidup mereka. Salah satu pasangan di atas sudah pun rasmi mendirikan rumah tangga.
Selamat berbahagia!
Baca Lagi: 7 Anak Pelakon Terkenal India Debut Dalam Filem, Bakat atau Nepotisme?
Baca Juga: 6 Filem Hollywood Gagal Dibintangi Keanu Reeves