Home Artis Korea 9 Artis Korea Ini Menambah Berat Badan Demi Projek Lakonan Mereka

9 Artis Korea Ini Menambah Berat Badan Demi Projek Lakonan Mereka

0

Setiap artis Korea Selatan memang dituntut untuk memberikan seratus peratus komitmen untuk menyempurnakan tugasan lakonan mereka dan membawa watak dengan baik dalam filem ataupun drama siri.

Mereka tidak ragu-ragu dan tidak berdalih untuk mengikut arahan pengarah dan kehendak skrip untuk menaikkan berat badan mereka apabila perkara itu diperlukan. Mereka juga mencuba berbagai-bagai cara demi mencapai target mereka, seperti makan dalam kuantiti yang lebih banyak.

Baca lagi: 10 artis Korea sukar bergaul sesama artis lain

Beberapa orang artis Korea berikut ini menambah berat badan mereka untuk menampilkan watak yang sempurna dalam drama dan filem. Walaupun perkara ini tidak mudah, mereka berjaya melalui setiap cabaran dengan baik sehingga mencapai target yang diinginkan.

Jom sama-sama kita semak siapakah artis Korea tersebut:

1. Lee Jung Ha

4a5b34b4 32c1 4dc1 9c8f afe20acfc501Dalam sebuah sidang media untuk drama siri Moving (2023), Lee Jung-ha mendedahkan bahawa dia telah menaikkan berat badannya hingga 30 kilogram untuk wataknya sebagai Kim Bong Seok. Dia berkongsi lagi bahawa dia sangat bahagia kerana akhirnya dia boleh makan dengan banyak, hingga berat badannya bertambah. Dia juga gembira kerana dia boleh menyesuaikan diri dengan watak Bong Seok.

Lee Jung Ha kembali menurunkan berat badannya setelah proses penggambaran drama itu selesai. Dia merasa lebih sihat kerana tubuhnya terasa ringan setelah melakukan diet hingga kini. Dia melakukan diet dengan bersenam dan mengatur pola makannya.

 

2. Go Ara

946f2ac4 d6af 4b87 aa97 a032a1bc47a1Melalui sebuah temu bual dengan MyDaily pada tahun 2014, Go Ara mendedahkan bahawa dia melakukan banyak persiapan demi wataknya sebagai Sung Na Jeong dalam drama siri Reply 1994(2013). Pengarah memintanya untuk menaikkan berat badan dan mengubah penampilan supaya dapat menyesuaikan diri dengan watak itu.

Go Ara memotong rambut dengan pisau supaya kelihatan lebih hodoh. Selain itu, dia juga berusaha keras untuk menambah berat badannya. Watak Sung Na Jeong dikenali sebagai seorang gadis dengan nafsu makan yang kuat. Perkara ini membuktikan kesungguhannya dalam berlakon.

 

3. Yoona SNSD

4020ba3c 386f 4e05 90f8 f4ac1613344bDalam temu bual pada tahun 2022, Yoona ditanya mengenai khabar angin penambahan berat badannya yang dikatakan mencapai 10 kilogram. Dia mengaku bahawa dia memang menambah berat badannya, tetapi tidak sampai 10kg seperti yang didakwa itu. Dia melakukannya untuk wataknya dalam drama siri King The Land (2023). Dia ingin mengubah penampilannya dalam drama itu.

 

4. Kim Go Eun

e0efe344 ee47 4f4b b02c e515098cdcbcKim Go Eun berkongsi cerita bahawa dia menambah berat badannya untuk filem Sunset in Hometown (2018). Dalam satu kenyataan media, pelakon wanita ini mendedahkan bahawa dia bahagia dapat menaikkan berat badannya kerana dia mendapat kesempatan untuk makan malam sebelum penggambaran.

 

5. Lee Se Young

46d31f23 06bb 4538 ab1e 1dc90815a721Dalam sebuah temu bual pada tahun 2022, Lee Se Young mengatakan bahawa dia perlu menambah berat badannya untuk watak sebagai Sung Deok Im dalam drama The Red Sleeve (2021). Ketika memulakan penggambaran, berat badan sebenarnya sudah bertambah kira-kira 3 hingga 4 kilogram.

Namun, kepenatan sewaktu menjalankan proses penggambaran dengan berbagai-bagai babak membuatkan berat badannya turun semula. Dia tetap berusaha menambah hingga 1 kilogram ketika sedang bercuti dari penggambaran.

 

6. Ryu Hyun Kyung

18ebe78c 599d 4d38 bbcb 15cd7f95e571Dalam sidang media bersama wartawan pada tahun 2017, Ryu Hyun Kyung mengaku bahawa dia menaikkan berat badannya untuk drama siri 20th Century Boy and Girl (2017). Dia dengan sengaja menambah berat badannya hingga 15 kilogram untuk projek itu. Dia ingin penonton menyedari dengan jelas perubahan berat badannya dalam Kdrama tersebut.

 

7. Jang Hye Jin

429b1ebc b13a 46ea a324 de57fa89f64aJang Hye Jin berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah berat badannya bagi wataknya dalam filem Parasite pada tahun 2019. Dia makan 6 kali dan membataskan senaman menjadi kurang dari 40 minit dalam sehari. Usahanya ini membuatnya berjaya menaikkan berat badan sebanyak 15 kilogram.

Watak Chung Sook yang dibawa olehnya membuatnya perlu menunjukkan lemak di bahagian perut dan lehernya dengan jelas. Dia menyatakan penampilan fizikalnya yang berisi dalam filem itu adalah asli, bukan hasil dari teknologi CGI.

 

8. Lee Sung Kyung

4ebb960b d2f1 4a54 a46d b85eeffe12b2Melalui sebuah temu bual pada tahun 2017, Lee Sung Kyung mendedahkan bahawa dia perlu menaikkan berat badan untuk membawa watak Kim Bok Joo dalam drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo (2017).

Dia lebih banyak mengambil makanan berasaskan tepung dan bekerja keras untuk menambah berat badannya secara drastik. Dia merasa sedikit tertekan kerana merasakan kulitnya menjadi lebih buruk akibat proses penambahan berat badan ini.

9. Krystal

Artis koreaKrystal membawa watak sebagai wanita hamil dalam filem More Than Family (2020). Dia perlu menambah berat badannya untuk watak tersebut. Dalam sebuah temu bual, dia mendedahkan bahawa dia diminta berhenti untuk diet oleh pengarah filem tersebut sewaktu pertama kali bertemu.

Krystal menyatakan bahawa dia berusaha sangat keras untuk menaikkan berat badan kerana tubuhnya memang kurus sejak asalnya lagi. Jadi, dia selalu makan bersama-sama pengarah. Dia menikmati hidangan utama dan pencuci mulut dalam kuantiti yang sangat banyak. Dia juga makan sebanyak 3 hingga 4 kali sehari untuk memenuhi targetnya untuk filem itu.

Artis Korea yang tersenarai di atas memang tidak biasa makan makanan dalam kuantiti yang banyak. Mereka juga mengalami kesukaran untuk menaikkan berat badan kerana aktiviti yang padat dalam industri hiburan membuatkan mereka terus-menerus menghabiskan tenaga dengan bergerak. Walaupun begitu, konsistensi mereka membantu mereka untuk mencapai target.

Baca lagi: Artis-artis Korea ini saling bermusuhan, sukar berdamai
Baca juga: Poster Romantik Terbaru “Moving”, Jo In Sung dan Han Hyo Joo