Home Artis Korea 9 Bintang KPop Generasi ke 4 Ini Merupakan Ketua Kumpulan Walaupun Bukan...

9 Bintang KPop Generasi ke 4 Ini Merupakan Ketua Kumpulan Walaupun Bukan Anggota Tertua

0

Dalam sesebuah kumpulan Kpop, setiap anggota kumpulan biasanya mempunyai kedudukan masing-masing sesuai dengan bakat mereka. Contohnya, anggota kumpulan yang mempunyai bakat vokal yang bagus akan bertanggung jawab sebagai vokalis utama atau lead vocal.

Namun, jangan dilupa bahawa tempat sebagai ketua kumpulan juga perlu diisi kerana ketua yang berwibawa bakal memimpin kumpulan tersebut. Biasanya, jawatan ketua di dalam kumpulan KPop akan diberikan kepada anggota kumpulan yang paling tua.

Namun, “peraturan” tersebut tidak diikuti oleh beberapa buah kumpulan Kpop yang lain. Ada juga bintang idol yang dipilih menjadi ketua kerana kebolehannya dalam memimpin walaupun mereka bukanlah anggota kumpulan paling tua dalam kumpulan.

Berikut adalah ketua kumpulan untuk generasi Kpop ke 4 yang tidak memilih anggota paling tua sebagai ketua mereka:

 

f90fbd5c 71ae 481c bdc3 b80aba2abb7f

1. Selepas IZ*ONE dibubarkan, Yujin yang tersenarai dalam maknae line tidak disangka-sangka kini memegnag tanggung jawab sebagai ketua kumpulan IVE

 

5623ab77 e205 496f 8ab8 a50ddfebded02. Sama seperti Yujin, Chaewon juga debut sebagai ketua kumpulan LE SSERAFIM pada tahun 2022 menerajui lagu bertajuk “Fearless”

 

f2e41024 91a1 4ee4 b90b c809354cac073. Walau Lily adalah anggota kumpulan paling tua, Haewon yang lahir pada tahun 2003 dipilih untuk menjadi ketua kumpulan di bawah naungan JYP Entertainment, NMIXX

 

3c064740 3e50 4275 a84e 16ce2858afb44. Baru berusia 19 tahun, Juhyeon sudah diberi kepercayaan untuk men menjadi ketua dan juga penari utama bagi kumpulan Lightsum

 

81cfd422 d891 43b4 858e 9c788b30266e5. EL7Z UP merupakan kumpulan yang dibentuk melalui rancangan survival Queendom Puzzle. Walaupun bukan anggota kumpulan yang paling tua, Yeoreum yang juga anggota kumpulan WJSN dipilih untuk menjadi ketua

 

86ea8413 3053 43e4 84b2 516a44c31df56. Sewaktu mengadakan showcase untuk single “Last Melody”, EVERGLOW mengumumkan bahawa tempat ketua kumpulan yang sebelum ini diisi oleh E:U kini diganti oleh Sihyeon

 

c9b9de3d af0a 435d 948a 5ef67b7988fc

7. Dengan jiwa kepemimpinan yang tinggi, Soyeon selalu berjaya memimpin setiap anggota (G)I-DLE, terutama dari segi persembahan muzik

 

4a8ab4b9 9593 4b8a bcc5 aba0e4cfc7198. Selepas acara Girls Planet 999 berakhir, Shana debut di agensinya bersama kumpulan LAPILLUS. Dia diberi kepercayaan untuk menjadi ketua

 

Kpop9. Kumpulan yang berasal dari Woolim Entertainment, Rocket Punch dipimpin oleh Yeonhee yang 4 tahun lebih muda dari anggota kumpulan mereka yang paling tua iaitu Juri

Tanggung jawab sebagai seorang ketua kumpulan pasti sahaja sangat berat untuk dibawa. Namun, semua bintang idol di atas berjaya memimpin kumpulan mereka dengan sangat baik walau mereka bukan anggota kumpulan yang paling tua.

Baca lagi: 3 Drama Korea Menampilkan Watak Protagonis Sebagai Penjenayah Kejam, Penuh Tragedi
Baca juga: 16 Drama Korea 2023 yang Kurang Cerita Kisah Cinta, Lebih Kepada Aksi dan Jenayah