Watak Nam Ha Neul (Park Shin Hye) dalam drama siri terbaru Korea, Doctor Slump digambarkan sebagai pelajar yang genius dan berprestasi tinggi. Pelajar ini disebut-sebut akan berjaya sebagai seorang doktor suatu hari nanti.
Sesuai dengan yang diharap-harapkan, Nam Ha Neul menjadi seorang doktor pakar bius di sebuah hospital universiti. Namun, realiti sebenar kehidupan yang dijalaninya tidak seindah jangkaan orang lain dan jangkaannya sendiri.
Berikut ini adalah sembilan cabaran dalam kehidupan yang perlu ditempuhi oleh Nam Ha Neul dalam Doctor Slump:
1. Lahir dan membesar di Busan, Nam Ha Neul berpindah ke Seoul selepas bapanya meninggal dunia dan kilang keluarganya diisytiharkan muflis
2. Demi memenuhi impian ibunya yang disayangi, Nam Ha Neul berusaha bersungguh-sungguh dan belajar dengan gigih hingga mendapat gelaran ‘studyholic’ oleh semua kawan-kawannya
3. Selepas menjadi doktor, Ha Neul bekerja selama 17 jam tanpa henti. Akibatnya, dia selalu terlepas masa makan, kurang rehat, dan jarang pulang ke rumah
4. Sudah penat bekerja seharian, deritanya ditambah pula apabila dilayan dengan teruk oleh pegawai atasan yang jahat dan toksik yang selalu menyalahkannya dalam segala perkara
5. Kehidupan Ha Neul jauh dari jangkaan kawan-kawannya. Selain tekanan kerja, dia juga menderita penyakit batu di dalam pundi hempedu yang sangat mengganggu aktiviti sehariannya
6. Kerana kemalangan yang hampir dialaminya, Nam Ha Neul akhirnya didiagnosis mengalami penyakit kemurungan akibat bebanan kerja
7. Ketika berada di titik terendah dalam hidupnya, dia bertemu kembali dengan saingannya sewaktu di sekolah menengah yang kini tinggal di rumah milik keluarganya
8. Tidak dapat menerima kenyataan menjadi kambing hitam pegawai atasan yang tidak berwibawa, dia memutuskan untuk berhenti kerja demi kesihatannya walau reputasinya kelihatan buruk dan tercemar
9. Apabila mengetahui Ha Neul meletakkan jawatan, ibunya menentang keputusan tersebut. Namun, selepas mengetahui anak sulungnya itu sakit, dia terus menyokong keputusan anaknya
Digelar sebagai ‘studyholic’ dan menjadi ‘workaholic’, kerjaya doktor yang cemerlang sebenarnya bukan impiannya, semuanya adalah impian ibunya. Selepas menjadi doktor, dia terperangkap dengan persekitaran kerja yang toksik sehingga menderita sindrom burnout.