Home Kdrama/Kmovie Agak Underrated, 9 Drama Korea Tentang Psikopat yang Penuh Misteri, Kisah Jenayah...

Agak Underrated, 9 Drama Korea Tentang Psikopat yang Penuh Misteri, Kisah Jenayah Ngeri

0

Drama Korea tentang psikopat boleh dijadikan alternatif tontonan jika anda bosan dengan drama-drama genre romantik atau drama-drama ringan.

Drama Korea bertemakan psikopat biasanya menampilkan jalan cerita yang menegangkan dan ditambah dengan elemen misteri, dan mencambahkan rasa ingin tahu. Keunikan jalan cerita drama Korea ini memang mempunyai daya tarikan tersendiri.

Terdapat banyak cadangan drama Korea bertemakan psikopat yang boleh anda tonton. Kisah mengenai psikopat dalam drama Korea di bawah ini bakal memberikan anda debaran yang bukan kepalang dan otak akan berfikir dengan lebih dalam memikirkan plot cerita yang seterusnya.

Berikut di bawah ini adalah beberapa buah drama Korea tentang psikopat yang menampilkan kisah jenayah kejam dan ngeri.

 

1. Duel

Drama koreaDuel menampilkan cerita yang segar dan berbeza. Drama Korea ini menceritakan tentang manusia yang membuat klon, namun hasil klon tersebut berubah menjadi psikopat. Projek klon manusia ini diketahui selepas seorang detektif yang terlibat dalam kes pembunuhan sedang menyiasat. Dia menyiasat kes pembunuhan anaknya. Namun siapa sangka dia menemui misteri dan rahsia gila tentang projek klon manusia.

 

2. Come and Hug Me

77b52db0 e8f8 400b 8973 e628bbf08a40Melihat tajuknya, drama Korea ini tampak seolah-olah manis dan penuh kisah romantik bahagia. Namun ternyata Come and Hug Me yang dibintangi oleh Jang Ki Yong ini adalah sebuah drama tentang psikopat. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang gadis dan mereka bercinta. Namun sayang, ayah kekasihnya itu adalah seorang psikopat. Lebih dahsyat lagi, ayah kekasihnya itu membunuh ibu bapanya sendiri.

 

3. Sensory Couple

0413cc7c e2f9 4331 b433 6dd6d05a054e

Drama Korea ini mengisahkan tentang pembunuh bersiri. Pembunuh tersebut selalu meninggalkan kod bar pada mayat yang telah menjadi mangsanya. Namun anehnya, psikopat tersebut tiba-tiba hilang minat untuk membunuh kerana dia gagal dalam cubaan pembunuhan terakhirnya.

 

4. Remember: War of the Son

e33ab4f3 cee8 4c7a ab87 22eb78e6e82b

Drama Korea ini mengisahkan tentang seorang lelaki dari kalangan elit. Walau mempunyai hidup yang terhormat dan senang lenang, dia memiliki jiwa psikopat yang kejam dalam dirinya. Dia tidak merasa berdosa membunuh sesiapa sahaja yang dia mahu.

 

5. Trap

a4ce8bb2 9600 4d6c 889d 0a67e0748146Trap adalah salah sebuah drama Korea tentang psikopat yang perlu anda tonton. Drama ini mengisahkan tentang kes pembunuhan sebuah keluarga yang sangat tragis. Penyiasatan yang tidak sempurna telah membuatkan ketua dalam keluarga yang mati dibunuh itu menjadi suspek utama sedangkan sebenarnya sosok pembunuh dan psikopat sebenar masih bebas.

 

6. Jirisan

3d254bcd fe27 476e a3c6 7d67bd218a35Jirisan adalah salah sebuh drama Korea penuh misteri yang sangat menarik untuk diikuti. Drama ini dibintangi oleh Ju Ji Hoon dan Jun Ji Hyun. Mengisahkan tentang penjaga gunung Jiri yang berusaha mengungkap pembunuh sebenar pendaki-pendaki yang mendaki gunung tersebut.

 

7. Train

d16a03e8 530d 4216 8cc5 4813a0f39fd7Train mengisahkan tentang kehidupan Seo Do-won (Yoon Shi-yoon) yang berubah selepas kekasihnya menjadi mangsa terbaru seorang pembunuh bersiri. Do-won kemudian mendapat kuasa untuk melakukan perjalanan antara dunia paralel. Dalam satu dunia, dia adalah seorang perwira yang berdedikasi yang cuba menebus dosa ayahnya. Dalam dunia lain, Do-won adalah seorang polis yang makan rasuah. Do-won menyedari bahawa cinta hatinya dalam salah satu dunia mungkin sudah mati, tapi dia masih hidup dalam dunia lain. Dia kemudian bersumpah untuk menyelesaikan kes tersebut dan berusaha dengan gigih untuk melindungi kekasihnya di dunia lain.

 

8. Memorist

c9a75160 f05b 429e b2a9 54f21e5534be

Memorist merupakan drama Korea yang diadaptasi dari Webtoon karya Jae Hoo dengan tajuk yang sama. Dalam drama ini, Dong Baek (Yoo Seung-ho) memiliki kebolehan untuk membaca ingatan orang lain melalui sentuhan. Selain itu, dia juga merupakan seorang detektif yang berdedikasi. Sebagai seorang anak muda, Dong Baek telah kehilangan setiap bahagian dari ingatannya kecuali ingatan tentang pembunuhan ibunya. Pada hari tersebut, beberapa pembunuhan brutal membawanya untuk bekerja sama dengan unit jenayah dari jabatan polis. Semasa Dong Baek bersama unit jenayah menemui pembunuh sebenar, masa lalu para pembunuh yang sangat gelap terungkap.

 

9. Less Than Evil

47d91768 7907 4b2f b09e 52567864c161Less Than Evil merupakan drama Korea detektif yang mengisahkan perang psikologi antara detektif veteran bernama Woo Tae-seok (Shin Ha-kyun) dan Eun Sun-jae (Lee Seol), seorang psikopat. Tae-seok adalah seorang detektif yang sering menangkap penjenayah tanpa mengikut prosedur yang betul. Tae-seok selalu berusaha untuk menangkap para penjenayah dengan cepat, cabaran paling besar buatnya adalah apabila dia perlu berhadapan dengan Sun-jae yang sangat licik.

Jadi, drama Korea manakah yang pernah anda tonton?

Baca lagi: Suka Uhm Tae Goo? Tonton 10 Filem Korea Terbaik Lakonannya Ini
Baca juga: Masih diingati, 7 Drama Korea 2023 Ini Berakhir Dengan Happy Ending

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here