Home Kdrama/Kmovie 9 Drama Korea Tentang ‘Body Swap’ yang Menarik Untuk Ditonton, Kisah...

9 Drama Korea Tentang ‘Body Swap’ yang Menarik Untuk Ditonton, Kisah Fantasi yang Mengujakan

0

Pernahkah anda membayangkan jiwa dan tubuh badan anda tertukar dengan tubuh orang lain secara tiba-tiba?

Walaupun ini hanya cerita fantasi, tapi beberapa buah drama Korea tentang pertukaran jiwa atau soul swap/ body swap ini telah menjadi tema yang menarik dalam cerita drama Korea.

Drama Korea seperti ini sangat sesuai untuk melarikan diri dari kenyataan apabila anda terjun ke dunia imaginasi anda sendiri. Berikut dibawah ini adalah senarai drama Korea tentang body swap dengan cerita unik dan menarik.

 

1. Oh My Ghost

Drama koreaNa Bong-sun yang pemalu dan memiliki bakat istimewa. Dimana dia boleh melihat dan berinteraksi dengan hantu. Rutin hariannya sebagai tukang masak tampak normal dan membosankan, hingga hantu penggoda yang kesepian mengambil alih tubuhnya dan memutuskan untuk hidup melalui tubuh badannya. Bong-sun mula berubah dan menarik perhatian kekasih lamanya yang juga merupakan majikannya.

 

2. Secret Garden

e5510562 a0dd 4422 83da 8ddee84695b3Kisah tentang seorang pelakon pengganti, Gil Ra-im, dan CEO department store, Kim Joo-won yang secara tidak sengaja bertemu. Walau mereka menjalani kehidupan yang sangat berbeza, pasangan tersebut menjadi terpikat antara satu sama lain dan jatuh cinta walau mendapat tentangan dari ibu Joo-won.

Suatu hari, mereka memutuskan untuk menghadiri pertandingan di Pulau Jeju tetapi kejadian yang tidak terjangka mengakibatkan mereka terbangun keesokan paginya dalam tubuh masing-masing. Drama ini dibintangi oleh Ha Ji Won, Hyun Bin, Yoon Sang Hyun, dan Kim Sa Rang

Baca lagi: 20 Drama Korea Mengetengahkan Isu Buli, Meletihkan Emosi Ada Juga Membawa Mesej Moral

3. Two Cops

Drama koreaTwo Cops menceritakan tentang Cha Dong-Tak yang merupakan seorang detektif yang mulia. Sementara itu, Kong Soo-chang adalah merupakan seorang penipu yang tersohor. Ironinya, jiwa Soo-chang secara ajaib berada dalam tubuh Dong-Tak. Jadi, sekarang mereka tinggal bersama dalam tubuh seorang manusia, sehingga mereka dipaksa untuk bekerja sama untuk menyelesaikan masalah jenayah walau ada perbezaan yang jelas di antara mereka. Jo Jung Suk, Lee Hye Ri, Kim Seon Ho merupakan pelakon utama dalam drama ini.

Baca juga: Cari Pengganti Lovely Runner? Tonton 7 Drama Korea “On-Going” Ini, Menarik Dengan Pelbagai Genre

4. 49 Days

7425d529 8717 411d 930e ebbba36b1e7d

Shin Ji-hyun tampaknya menjalani kehidupan yang sempurna. Berbeza dengan Song Lee-kyung yang merupakan seorang wanita yang tertekan yang tidak percaya bahawa dia mempunyai tujuan hidup. Song Lee-kyung akhirnya cuba bunuh diri dia kecewa kerana ada seseorang menyelamatkannya.

Sementara itu Ji-hyun mengalami kemalangan yang membuatnya berada dalam keadaan kritikal. Dia bertemu dengan malaikat yang memberitahunya bahawa dia memiliki satu peluang terakhir dalam hidupnya jika tiga orang, kecuali keluarganya, menangisi dirinya.

Ji-hyun kemudian mendapati dia menyelesaikan tugas dalam tubuh badan Lee-kyung. Namun, dia segera menyedari bahawa misinya tidak semudah yang disangka. Drama Korea ini dibintangi oleh Lee Yo Won, Nam Gyu Ri, Jo Hyun Jae, dan Bae Soo Bin.

 

5. Abyss

303d08c4 7d39 4bdf a6de ed70360d573fDua orang kawan mengalami kemalangan yang tidak dijangka dan secara tidak sengaja menyebabkan kematian mereka. Pasangan ini akhirnya dihidupkan kembali dalam tubuh lain dengan bantuan benda ajaib yang dikenali sebagai Abyss yang mengembalikan kehidupan orang yang meninggal dunia berdasarkan kebaikan hati mereka di kehidupan sebelum ini.

Berbekalkan peluang kedua ini, mereka berangkat untuk menyiasat penyebab kematian mereka. Siri televisyen Korea Selatan yang disiarkan pada tahun 2019 ini dibintangi oleh Park Bo Young, Ahn Hyo Seok, dan Lee Sung Jae.

 

6. Come Back Alive/Come Back Mister

9abfc4c4 1415 4547 b1c1 0aae2daad7f5Dua orang lelaki yang telah mati memohon peluang kedua dalam hidup untuk menyelesaikan beberapa perkara yang mereka tinggalkan. Selepas keinginan mereka dikabulkan, mereka menyedari bahawa mereka menghuni tubuh seorang lelaki muda yang bercita-cita tinggi dan seorang wanita yang menarik.

Mereka berdua nekad untuk memastikan bahawa keluarga mereka dapat meneruskan hidup walaupun mereka meninggal dunia secara tiba-tiba. Drama Korea ini dibintangi oleh Rain, Lee Min Jung, Oh Yeon Seo, dan Kim Su Ro.

Baca lagi: 7 Drama Korea Jenayah Thriller 2023 Ini Meraih Rating Tinggi Kerana Jalan Cerita Memukau dan Penuh Misteri

7. BIG

2a38d340 8a60 4f7c adb7 838c9aee6feb

Drama ini menceritakan tentang Gil Da Ran yang pertama kali bertemu dengan Seo Yoon Jae di majlis perkahwinan seorang kawan. Sayangnya terjadi sebuah kemalangan, Da Ran jatuh dari tangga kerana tanpa sengaja terlanggar Yoon Jae. Da Ran dirawat di hospital selama berbulan-bulan dan gagal mengikuti ujian guru.

Merasa bersalah atas nasib Da Ran, Yoon Jae yang merupakan seorang doktor memutuskan untuk melamarnya dan mereka bertunang. Tapi Da Ran merasa Yoon Jae tidak mencintainya, maka dia kemudian meminta Yoon Jae untuk memberikan penjelasan.

Dalam perjalanan menemui Da Ran, Yoon Jae mengalami kemalangan. Yoon Jae terlempar ke dalam sebuah tasik bersama mangsa lain iaitu seorang remaja bernama Kang Kyung Joon. Mereka dibawa ke hospital, Kyung Joon selamat namun Yoon Jae meninggal dunia. Da Ran sangat terpukul dengan kematian tunangnya.

Namun tidak lama selepas itu dia terkejut melihat Yoon Jae keluar dari bilik mayat. Yoon Jae hidup kembali tetapi dia mengaku dirinya bukan Yoo Jae dan dia mengatakan bahawa dia adalah Kyung Joon. Sejak itulah Da Ran mengetahui bahawa jiwa Yoon Jae dan Kyung Joon sudah tertukar.

 

8. THE MIRACLE

2fdfced5 0918 47ec ae70 382977200f38Drama Korea THE MIRACLE menceritakan tentang dua saudara kembar yang sangat berbeza dan saling berlawanan. Kwon Shi Ah adalah gadis cantik yang merupakan anggota kumpulan popular Miracle Girls. Sejak zaman sekolah, Shi Ah telah menjadi model, kemudian menjadi pelakon remaja, hingga akhirnya menjadi bintang idola.

Berbeza dengan kembarnya, Shi Yeon memiliki ukuran tubuh yang lebih berisi. Shi Yeon terus diejek dan lebih suka berdiam diri di rumah. Shi Yeon hanya keluar rumah untuk berjumpa dengan penilik nasib misteri yang memberikannya kad ajaib setiap hari.

Namun pada satu hari, terjadi sesuatu yang membuatkan hidup kedua-dua saudara kembar ini berubah. Semasa terbangun di pagi hari, mereka sedar bahawa jiwa mereka telah tertukar.

 

9. ROOM NO. 9

313ecb10 e31d 4a09 8a0b e592c2e9adb8

Drama Korea ini mengisahkan tentang peguam yang bernama Eulji Hae Yi dan banduan akhir yang bernama Jang Hwa Sa. Eulji Hae Yi selalu menyanjung orang yang memegang kuasa, tetapi memandang rendah mereka yang miskin.

Sebagai seorang peguam, Eulji Hae Yi melakukan apa-apa sahaja untuk memenangi setiap kes. Kerana cita-citanya untuk mendapat kenaikan pangkat ke jawatan senior di firma guaman. Selain itu, dia memiliki seorang kekasih bernama Ki Yoo Jin yang bekerja sebagai doktor keluarga. Dia adalah lelaki yang tampak baik, tetapi sebenarnya dia adalah lelaki yang menyembunyikan kejahatan.

Eulji Hae Yi bertemu dengan banduan akhir yang bernama Jang Hwa Sa di bilik nombor 9 di kawasan lawatan penjara. Di bilik penjara nombor 9, ketika Eulji Hae Yi bertemu Jang Hwa Sa, secara misteri tubuh mereka tertukar. Mereka bakal menyelesaikan sebuah kes yang tidak pernah mereka bayangkan sebelum ini.

Drama Korea dengan Kisah-kisah tertukar tubuh dan tertukar jiwa ini sememangnya dibaluti kisah fantasi yang sangat mengasyikkan. Pasti anda terbayang-bayang bagaimanakah hidup di dalam tubuh orang lain bukan?

Terdapat banyak lagi drama Korea tentang body swap yang boleh ditonton selain drama-drama yang tersenarai di atas. Sudahkah anda menonton semuanya? Anda suka drama yang mana?

Baca lagi: Episod 3-4 Connection Dedahkan Kebenaran, Kejutan Terbaru
Baca juga: 22 Filem Korea Tentang Bencana Alam dan Pelbagai Musibah Dunia, Terbaru “The Great Flood” Tayang 2024 Ini