Drama Korea tentang pembunuhan terancang biasanya mengeksplorasi cerita yang kompleks, menyoroti motivasi dan psikologi pelaku serta penyiasat. Dalam pembawaan cerita-cerita ini, pandangan dari sudut pandang penjenayah dan penyiasat membawa dimensi yang mendalam.
Melalui naratif yang kuat, penonton dibawa untuk memahami latar belakang, emosi, dan perancangan di sebalik tindakan jenayah. Bagi anda yang suka dengan drama Korea mengusung tema psikopat thriller yang kejam dan penuh misteri, anda boleh menonton drama-drama Korea tentang pembunuhan terancang seperti dibawah ini.
1. CRIMINAL MINDS (2017)
Drama Korea ini mengikuti kisah pasukan profiler NCI yang menangani kes pembunuhan bersiri selepas tragedi yang tragis. Diketuai oleh Kang Ki Hyung, pasukan ini bekerja sama dengan Unit Jenayah Berat tempatan untuk menyiasat mengenai latar belakang pembunuh kejam ini. Ketegangan muncul apabila mereka bertemu dengan Kim Hyun Joon, pegawai polis yang tampak memiliki dendam pada Kang Ki Hyung.
2. BEYOND EVIL (2021)
Penuh dengan teka-teki rumit dan mendapat banyak anugerah, drama Korea ini mengisahkan tentang dua orang lelaki iaitu Lee Dong Sik dan Detektif Han Joo Won, yang bersatu untuk mengejar seorang pembunuh bersiri yang menggemparkan kota mereka.
Dong Sik, seorang detektif yang diturunkan pangkatnya, dan Joo Won, seorang detektif elit dengan latar belakang keluarga terhormat, menyiasat serangkaian pembunuhan yang mengingatkan pada kes pembunuhan bersiri 20 tahun sebelum ini. Semasa menggali lebih dalam, mereka mula mempersoalkan segala-galanya, termasuk kesalahan mereka sendiri.
3. MOUSE (2021)
Drama Korea ini mengisahkan tentang Jung Ba Reum, seorang pegawai polis baru yang berhadapan dengan seorang pembunuh bersiri psikopat yang mengerikan.
Drama MOUSE ini sendiri menggambarkan sebuah ketegangan dan kekacauan yang terjadi akibat tindakan brutal si pembunuh bersiri yang kejam, sambil menggali persoalan tentang kemungkinan bagaimanakah seorang psikopat sebelum mereka melakukan jenayah.
4. SOMEBODY (2022)
Drama Korea ini menceritakan tentang Sum, pencipta aplikasi “Somebody”, yang memiliki kesukaran berkomunikasi dan berkawan dengan Mok Won dan Ki Eun. Ketika pembunuhan terjadi, aplikasi “Somebody” terlibat dalam kes tersebut. Kemudian, seorang arkitek bernama Yoon O muncul dan tampaknya menyimpan rahsia. Tipu daya dan misteri mula terkuak apabila mereka mengungkap kebenaran di sebalik kes tersebut.
5. WHITE CHRISTMAS (2011)
Drama Korea ini seolah-olah memberi pengajaran bahawa pemikiran psikopat boleh hadir dalam benak setiap orang jika berada dalam keadaan dan situasi yang terdesak.
Kisah dalam drama ini menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang tinggal di asrama. Mereka bercuti selama 8 hari dari malam Krismas hingga hari pertama tahun baru. Selama percutian itu, mereka akan meninggalkan sekolah dan sekolah menjadi kosong. Suasana yang seharusnya menyeronokkan menjadi menakutkan dan menegangkan apabila salah seorang diantara mereka mati secara tiba-tiba. Kengerian demi kengerian dihadirkan drama ini secara bertubi-tubi.
6. DUEL (2017)
Drama Korea ini menampilkan kisah tentang manusia klon yang berubah menjadi seorang psikopat. Kebenaran tersebut baru diketahui selepas seorang detektif yang sedang menyiasat kes pembunuhan anaknya menemui sebuah petunjuk. Selepas mengikuti petunjuk tersebut, dia menemui kebenaran mengejutkan kerana di tempat kejadian terdapat dua manusia yang berwajah serupa.
7. GAP DONG (2014)
Anda akan diajak untuk memecahkan teka-teki mengenai pembunuh utama dari kes pembunuhan bersiri. Menariknya, cerita dalam drama ini diinspirasikan dari kes pembunuhan bersiri Hwaseong yang terjadi dari tahun 1986 hingga 1991. Waktu itu, sepuluh orang wanita diperkosa dan dibunuh kejam. Gap Dong merupakan panggilan bagi pembunuh tersebut. Selama 20 tahun bersembunyi, tidak ada sesiapa yang mengetahui kejahatannya.
8. HELLO MONSTER (2015)
Secara umumnya, drama Korea ini mengisahkan tentang dua orang detektif yang berusaha mengungkap sebuah kes jenayah. Lee Hyun (Seo In Guk) merupakan seorang profiler genius. Dia kembali ke Korea untuk menyiasat sebuah kes. Salah seorang anggota pasukannya iaitu Detektif Cha Ji An telah menyiasatnya terlebih dahulu. Pertemuan mereka dalam mengungkap kes tersebut akan menjadi kisah mendebarkan yang menarik untuk ditonton.
9. BLIND
Drama Korea psikopat tentang pembunuhan terancang ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Ryu Sung Joon yang suka menyelesaikan kes-kes pembunuhan. Dengan kesempatan ini, dia dihadapkan pada masalah pembunuhan bersiri yang pada akhirnya membawanya kepada satu siri kejadian yang ada kaitan dengan kehidupan lampaunya. Tidak sendirian, dia juga ditemani oleh Jo Eun Ki. Mereka berusaha mengungkapkan kebenaran di sebalik pembunuhan bersiri yang terjadi.
Kisah-kisah pembunuhan terancang memang sangat diminati kerana menampilkan jalan cerita yang berselirat dengan penuh teka teki. Selain itu kejutan-kejutan yang ditampilkan membuatkan para penonton terpedaya kerana biasanya segala sangkaan dan anggapan yang bermain dalam kepala penonton tentang jalan cerita seterusnya biasanya meleset.
Gabungan perspektif dan sudut pandang dari kaca mata penjenayah dan penyiasat menampilkan jalan cerita yang sangat kompleks dan sukar dijangka, sememangnya drama-drama Korea di atas berjaya menguji minda para penonton.
Bagaimana pula dengan anda? Tertarik untuk menonton?