Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 9 Drama Korea Thriller Jenayah, Kisah Pembunuhan Kejam

9 Drama Korea Thriller Jenayah, Kisah Pembunuhan Kejam

0

Drama siri-drama siri dari Korea Selatan telah terkenal serata dunia termasuklah di Malaysia. Industri drama Korea berjaya mengumpul peminat tersendiri saban waktu dengan kemunculan drama Korea yang berkualiti dengan pelbagai genre menarik yang berjaya menarik ramai penonton.

Drama Korea seperti yang kita sedia maklum terdiri daripada berbagai-bagai genre, seperti romantik, komedi, aksi, thriller, dan lain-lain lagi.

Drama Korea Selatan dengan genre thriller menonjolkan unsur mencemaskan, misteri, dan kejutan yang tidak dapat diduga dalam penceritaan plotnya. Drama Korea ini sering kali menampilkan karakter yang berjuang untuk membongkar kebenaran di sebalik suatu kejadian jenayah dan juga misteri.

Terdapat beberapa drama Korea Selatan dengan genre thriller dan menceritakan tentang pelbagai kes pembunuhan yang boleh anda tonton. Mari sama-sama kita lihat senarai cadangan drama Korea thriller terbaik seperti di bawah ini.

 

1. Tell Me What You Saw (2020)

Genre: Thriller, Drama
Pelakon: Jang Hyuk, Choi Sooyoung, Jin Seo Yeon
IMDb: 7.7/10

Menampilkan Jang Hyuk, Choi Sooyoung dan Jin Seo Yeon, drama ini memaparkan kisah balas dendam yang mengujakan.

 

2. Connect (2022)

Genre: Thriller, Drama
Pelakon: Jung Hae In, Go Kyung Pyo, Kim Hye Jun
IMDb: 6.5/10

Drama ini adalah satu drama Korea yang akan membuatkan anda terpaku pada skrin anda. Siri mini 2022 menampilkan kisah perdagangan organ dengan plot fantasi paling menarik yang pernah dihasilkan.

 


3. 365: Repeat the Year (2020)

Genre: Jenayah, Drama, Fantasi
Pelakon: Lee Jun hyuk, Nam Ji hyun, Kim Ji Soo
IMDb: 7.9/10

Drama ini mempersembahkan plot tentang manusia yang mengembara ke masa lalu dan membongkar pelbagai misteri jenayah yang mengejutkan.

 

4. A Superior Day atau Uwolhan Halu (2022)

Genre: Thriller, Drama
Pelakon: Jin Goo, Young Gu Kim, Lee Won geun
IMDb: 6.2/10

Drama korea

A Superior Day ialah drama Korea yang berkisar tentang cara manusia menghadapi pengalaman ngeri dimana hanya yang paling kuat dan kental mampu bertahan. Saksikan bagaimana seorang lelaki biasa memburu pembunuh bersiri.

 

5. Abyss (2019)

Genre: Jenayah, Drama, Fantasi, Percintaan
Pelakon: Park Bo young, Ahn Hyo Seop, Song Sang Eun
IMDb: 7.5/10

Park Bo Young, Ahn Hyo Seop, dan Song Sang Eun hidup semula dalam badan baru selepas kematian mereka yang mengejut. Pengarah Sanggyu Ju dan Je Won Yu mencipta gabungan jenayah, drama, fantasi dan percintaan ini berdasarkan kisah Moon Soo Yun.

 


6. Awaken (2020-2021)

Genre: Thriller, Misteri, Jenayah, Fantasi
Pelakon: Min Namkoong, Seol Hyun Kim, Chung Ah Lee
IMDb: 7.5/10

Awaken ialah drama Korea yang membongkar rahsia peristiwa yang mengaitkan masa lalu sebuah kampung dengan kejadian misteri 26 tahun kemudian.

 

7. Blind (2022)

Genre: Thriller, Misteri, Drama
Pelakon: Taecyeon, Ha Seok jin, Eun ji Jung
IMDb: 8.0/10

Blind ialah drama 2022 yang mengikuti kisah detektif skuad pembunuhan, lakonan Taecyeon yang disyaki melakukan pembunuhan bersiri ketika dia mencari pembunuh sebenar.

 

8. Born Again (2020)

Genre: Misteri, Romantik, Fantasi
Pelakon: Jang Ki Yong, Se Yeon Jin, Lee Soo hyuk
IMDb: 6.7/10

Born Again ialah drama yang mengisahkan tentang penjelmaan semula dan nasib manusia. Melibatkan kisah dua orang lelaki dan seorang wanita pada era 1980-an dan masa kini.

 

10. Jirisan (2021)

Genre: Aksi, Drama, Misteri
Pelakon: Ju Ji hoon, Jun Ji hyun, Kim Young ok
IMDb: 7.4/10

Berlatarkan Gunung Jiri, Jirisan ialah drama Korea 2021 yang mengisahkan tentang kehidupan renjer hutan di Taman Negara Jirisan semasa mereka menemui kawasan misteri dan belum diterokai.

Sudahkah anda menonton drama-drama Korea thriller yang tersenarai di atas?

Baca lagi: Senarai 18 Drama Korea Genre Seram Menarik untuk Ditonton
Baca juga: Koleksi 25 Kdrama Jenayah Thriller Terbaik dan Popular, Penuh Kisah Misteri Kejahatan