“Moving” Kdrama Disney Plus 2023 akan datang di Disney+ dan Netflix
Drama ini akan dibintangi oleh barisan pelakon terkenal termasuklah Ryu Seung-Ryong sebagai Jang Joo-Won, Han Hyo-Joo sebagai Lee Mi-Yeon, Zo In-Sung sebagai Kim Du-Sik, Kim Sung-Kyun sebagai Lee Jae-Man, Cha Tae -Hyun sebagai Jeon Gye-Do, dan Ryoo Seung-Bum sebagai Frank mengetuai peranan utama.
Kdrama “Moving” ini diarahkan oleh Park In-Je dan ditulis oleh Kang Full. Tarikh tayangan “Moving” di Disney Plus adalah pada 4 Ogos 2023 Jumaat jam 12:00 AM (KST) dan drama ini akan mempunyai 20 episod.
Berikut merupakan 9 fakta menarik tentang Kdrama “Moving”:
1. Drama Korea dengan Bajet 50 Billion
Bajet dan pengeluaran kos untuk menghasilkan kdrama “Moving” bergenre fantasi, thriller, aksi dan misteri ini dilaporkan adalah yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 50 bilion KRW (44.9 juta USD).
2. Berdasarkan Webtoon Popular “MOVING”
“Moving” adalah drama Disney+ terbaru yang bakal ditayangkan pada 4 Ogos 2023, mengisahkan tentang manusia dengan kekuatan super. Drama ini diadaptasi berdasarkan webtoon popular dengan tajuk yang sama karya Kang Full.
Drama aksi superhero akan datang ini mengikuti tentang pelajar sekolah menengah yang merahsiakan kekuatan super mereka. Kekuatan itu diwarisi dari Ibubapa mereka yang tanpa mereka ketahui juga menyimpan rahsia menyakitkan dari masa lalu.
Suatu ketika, mereka dipergunakan dan diseret oleh kerajaan dan tidak pernah dapat membebaskan diri. Namun, mereka tidak cepat mengalah dan bekerja keras untuk memastikan generasi muda tidak mengulangi kesilapan mereka.
Mereka akhirnya bekerjasama untuk melawan kuasa yang gelap, jahat dan yang mengancam banyak generasi di era yang berbeza. Ibubapa para pelajar ini juga berjuang untuk melindungi anak-anak mereka agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
3. Diarahkan oleh Pengarah “Kingdom Musim 2”
Pengarah Park In Jae mengarahkan drama Korea “Moving”. Karya terdahulunya ialah “Kingdom Musim 2” pada 2020, “The Mayor” pada 2017, dan “Moby Dick” pada 2011.
4. Sinematografi Filem Korea Terkenal
Sementara itu, Lee Hyungdeok dari “Train to Busan” dan “Peninsula” juga bekerjasama sebagai sinematografer dalam siri ini.
5. Karakter Jo In Sun
Jo In Sung membawa peranan sebagai Kim Doo Shik. Dia adalah seorang agen veteran dengan kemampuan super yang boleh terbang. Ini akan menjadi drama comeback Jo In Sung ke layar skrin Tv sejak “Dear My Friends (2016)”.
Jo In-sung terkenal dengan pelbagai peranan lakonan dan telah menjadi salah seorang pelakon yang paling terkenal dan popular di Korea Selatan.
Beberapa karya beliau yang paling popular dan mendapat pengiktirafan termasuk drama TV “What Happened in Bali” (2004), “That Winter, the Wind Blows” (2013), dan “It’s Okay, That’s Love” (2014), serta filem “A Frozen Flower” (2008), “The King” (2017), dan “The Great Battle” (2018).
6. Karakter Han Hyo Joo
Han Hyo Joo yang berjaya membawa peranan hebat dalam drama “Happiness” 2021, turut kembali bergandingan dan bakal memukau penonton dalam drama “Moving” ini sebagai Lee Mi Hyun. Dia adalah seorang pahlawan dengan indera manusia super.
Pada 2022, Han Hyo Joo juga tampil mengesankan dalam filem “The Pirates: The Last Royal Treasure dan 20th Century Girl”. Selain Moving, tahun ini Han Hyo Joo juga akan membintangi dua projel baru iaitu drama “Dominant Species” dan filem “Believer 2”.
7. Karakter Ryu Seung Ryong
Ryu Seung Ryong juga bakal membawa peranan penting dalam “Moving” sebagai Jang Joo Won. Dia adalah manusia super yang kalis sakit dan mempunyai kekuatan regeneratif yang memungkinkannya pulih dari kecederaan dengan cepat.
Tahun lalu 2022, Ryu Seung Ryong membintangi filem “Life is Beautiful” dan tampil sebagai cameo di “20th Century Girl”.
8. Dibintangi Pelakon Senior Cha Tae Hyun dan Lainnya
Selain drama “Brain Works” yang telah ditayangkan pada awal tahun ini, Cha Tae Hyun juga akan bergandingan dalam “Moving” sebagai Jeon Kye Do, seorang lelaki yang boleh menghasilkan tenaga elektrik sesuka hatinya.
Kemudian ada Kim Sung Kyun yang akan membawa peranan sebagai Lee Jae Man, seorang berkuasa super yang memiliki kelajuaan dan kekuatan manusia super.
Ryu Seung Bum akan membawa karakter Frank iaitu seorang lelaki misteri yang memburu manusia super, sementara Kim Hee Won sebagai Choi Il Hwan, seorang guru yang menyembunyikan kekuatan super khusus yang tidak diketahui sesiapa pun. Tak ketinggalan juga ada pelakon veteran Moon Sung Geun sebagai Min Yong Joon, karakter yang diselimuti misteri disebalik kekuatan yang kuat.
9. Go Yoon Jung Sebagai Pelajar Dengan Kekuatan Super
Dipetik dari Asianwiki, kesemua pelakon muda seperti Lee Jeong Ha, Go Yoon Jung, dan Kim Do Hoon juga akan membintangi “Moving” sebagai pelajar yang bersekolah di sekolah yang sama. Dari luaran, mereka kelihatan seperti manusia normal, tetapi mereka sebenarnya merahsiakan kemampuan serta kekuatan khusus yang diwarisi dari Ibubapa mereka.
Lee Jeong Ha sebagai Kim Bong Seok yang memiliki kemampuan untuk terbang. Go Yoon Jung dari Alchemy of Souls akan membawa paranan sebagai Jang Hee Soo, gadis dengan kemampuan atletik yang sangat hebat dan boleh menyembuhkan dirinya dari kecederaan dengan cepat. Kim Do Hoon sebagai Lee Gang Hoon, pemuda dengan kelajuan dan kekuatan yang luar biasa.
Selain itu, ada kemungkinan akan ada adegan aksi di mana Jang Hee Soo melawan 17 pembuli, sama seperti dalam webtoon.
Itu dia 9 fakta kdrama aksi superhero terbaru “Moving” yang bakal ditayangkan pada Ogos ini di Disney+. Jadi pastikan anda tidak terlepas dari menontonnya nanti!
Baca Juga: Sinonim Bawa Watak Ibu, Berikut Ialah 11 Kdrama Lakonan Kim Mi Kyung
Baca Lagi: 7 Filem Sageuk Korea Yang Lucu Dan Menghiburkan