Home Entertainment 9 Filem Jenayah Korea Underrated Yang Harus Ditonton

9 Filem Jenayah Korea Underrated Yang Harus Ditonton

0

Filem yang membawa genre jenayah biasanya akan menceritakan tentang usaha yang dilakukan oleh pasukan detektif untuk menyelesaikan kes-kes kejahatan. Bermula dari kes pembunuhan, penculikan, dan juga rompakan.

Para penonton akan dihidangkan dengan jalan cerita yang penuh dengan teka-teki dan penuh debaran. Terdapat juga filem jenayah yang menyelitkan babak aksi dan pertarungan oleh para pelakon yang membuatkan jalan semakin menarik untuk ditonton.

Jika anda menyukai genre jenayah, berikut ini adalah 9 buah filem jenayah Korea Selatan yang boleh dikatakan underrated yang boleh ditonton di waktu lapang anda. Jom kita lihat senarai di bawah ini ya!

 

Filem jenayah1. Bercita-cita untuk menjadi detektif, Kang Dae Man (Kwon Sang Woo) terlibat pula dengan kes pembunuhan dalam filem The Accidental Detective (2015)

 

340f7d4d 05b7 486a bfc4 0fa2d77162912. Hilang deria penglihatannya akibat kemalangan, Min Soo Ah (Kim Ha-neul) bertemu seorang psikopat yang berniat untuk membunuhnya dalam Blind (2011)

 

19168261 d8d8 445a b302 e9cdce30cd153. Dalam Voice of Silence (2019), Tae In (Yoo Ah In) yang bertugas membersihkan tempat kejadian jenayah bertemu dengan seorang anak kecil yang misteri

 

fd1d34ac 8013 4f74 a4b8 44117af70a9a4. Demi menyelamatkan isterinya, Dong Chul (Ma Dong Seok) perlu melawan kumpulan sindiket perdagangan manusia dalam Unstoppable (2018)

 

7823e1af 889a 49cf 8353 e1ae37e3a05a5. Innocent Witness (2019) mengikuti kisah Kim Ji Woo (Kim Hyang Gi), seorang gadis penghidap autisme yang menjadi saksi kes pembunuhan

 

f3c2fe2d 673e 424a bc1c 187ae6c964196. Ditugaskan dalam divisyen jenayah, Ha Yoon Joo (Han Hyo Joo) menyiasat kes rompakan bank dalam Cold Eyes (2013)

 

da426bd5 c6e2 4383 b985 b2e77b9221a97. A Hard Day (2014) menceritakan tentang Gun Soo (Lee Sun Kyun) yang melanggar seorang gelandangan dan dia berusaha untuk menyembunyikan kejadian tersebut

 

a659e472 9831 457f 82e7 6c0e4ed9e7998. Filem jenayah thriller The Chaser (2008) mengisahkan tentang seorang bekas detektif yang bernama Jung Ho (Kim Yoon Seok) yang sedang menyiasat kes wanita hilang

 

Filem thriller korea

9. Diarahkan oleh Park Hoon Jung, filem jenayah New World (2013) menceritakan tentang kisah detektif Ja Sung (Lee Jung Jae) yang menyamar menjadi ahli kumpulan gangster

Menonton senarai filem di atas dijamin akan membuatkan anda puas hati dan memerah otak.

Dari semua senarai tersebut, filem manakan yang sudah anda tonton?

 

Baca lagi: 7 Still Cuts Kdrama ‘The Deal’, Kisah Penculikan Berakhir Tragedi
Baca juga: 10 Kdrama Original Disney+, Menarik dan Pelbagai Genre