Home Kdrama/Kmovie 9 Filem Jenayah Thriller Korea Bawa Kisah Gangster, Popular dan Diminati Ramai

9 Filem Jenayah Thriller Korea Bawa Kisah Gangster, Popular dan Diminati Ramai

0

Dunia hiburan dan industri seni Korea Selatan mungkin terkenal dengan drama-drama romantik mereka. Walau begitu, tidak semua filem Korea Selatan hanya menceritakan tentang cinta. Korea Selatan juga pakar dalam menghasilkan filem jenayah yang epik dan mendebarkan.

Sembilan filem Korea di bawah ini adalah antara filem jenayah thriller tentang organisasi gangster dan penyiasatan polis. Sembilan filem jenayah thriller Korea Selatan ini menampilkan tentang betapa keras dan gelapnya dunia gangster.

 

9. Nameless Gangster: Rules of the Time (2012)

Filem jenayahNameless Gangster: Rules of the Time mengambil latar pada era 80 hingga 90-an. Filem jenayah ini fokus pada seorang pegawai cukai yang rasuah, Choi Ik Hyun (Choi Min Sik). Semasa dia sedang diambang krisis pemecatan kerja, Ik Hyun bekerja sama dengan ketua gangster terbesar di Busan, Choi Hyung Bae (Ha Jung Woo), untuk memulakan perniagaan dadah jenis heroin.

Kebetulan, mereka memiliki pertalian darah dan Hyung Bae mempunyai kenalan Yakuza di Jepun yang boleh menjadi pengedar heroin mereka. Kerja sama mereka berjalan sangat lancar pada awalnya. Namun, semuanya mula menjadi kacau bilau apabila kerajaan Korea Selatan mendeklarasikan perang terhadap gangster di negara tersebut.

 

8. The Gangster, The Cop, The Devil (2019)

4b1feeda eb64 4351 98c9 a739fe89a9beFilem jenayah ini menceritakan tentang dua orang lelaki yang bekerja sama mencari pembunuh bersiri. Jang Dong-Soo (Ma Dong-seok) merupakan ketua gangster yang paling ditakuti. Tiba-tiba dia diserang dan cedera parah.

Dia ingin membalas dendam dan mencari lelaki yang telah menyerangnya. Dia percaya bahawa lelaki itu adalah pembunuh bersiri. Namun, pembunuh bersiri itu selalu berjaya meloloskan diri. Adakah dia berjaya mencari lelaki psikopat kejam itu?

 

7. Night in Paradise (2021)

9a49d0cd 6ea4 45af b10d ac66dbc4b76dWalau seseorang telah memilih untuk keluar dari kehidupan gangster, perkara tersebut hanya akan membahayakan orang-orang di sekelilingnya. Filem jenayah Night in Paradise menceritakan tentang Tae Gu (Um Tae Goo) yang memutuskan untuk keluar dari kumpulan gangster.

Namun, keputusan Tae Gu diambil kesempatan oleh musuh bekas kumpulannya. Mereka mengadu domba bahawa Tae Gu dengan membunuh adik dan anak saudaranya. Akibatnya, Tae Gu membunuh bekas ketuanya kerana dia menyangka ketuanya bertanggung jawab atas kematian adik dan anak saudaranya.

 

6. The Yellow Sea (2010)

c7a98da5 35f9 4e05 9f64 4591b59876a3Menjadi pendatang asing tanpa izin di negara orang dan diburu oleh gangster dan polis mungkin adalah situasi paling sukar yang dialami oleh seseorang. Filem jenayah Korea The Yellow Sea fokus pada Ku Nam (Ha Jung Woo), seorang pemandu teksi di Yanbian yang dibebani hutang dan kaki judi. Ku Nam mempunyai isteri yang bekerja di Korea Selatan.

Namun, sudah lama Ku Nam tidak menerima berita dari isterinya. Pada suatu hari, ketua gangster, Myung Ga (Kim Yun Seok), memberikan tawaran yang lumayan. Myung Ga menjanjikan Ku Nam wang yang sangat banyak jika Ku Nam pergi ke Korea Selatan untuk membunuh seseorang.

 

5. New World (2013)

792f13c1 0977 4a81 bf51 686d1ab94d45Kesetiaan adalah salah satu aspek penting dalam diri seorang gangster. Namun, anda mungkin akan mempersoalkan kembali apakah erti kesetiaan jika anda adalah polis yang menyamar sebagai gangster. Filem jenayah New World fokus pada Lee Ja Sung (Lee Jung Jae), seorang polis yang dihantar untuk menyamar masuk ke dalam kumpulan gangster nombor satu di Korea Selatan, Goldmoon.

Selepas kematian Ketua Goldmoon yang secara tiba-tiba, perebutan kuasa terjadi. Di sini, kesetiaan Ja Sung diuji. Ja Sung dihadapkan dengan situasi yang memaksanya untuk memilih antara menjalankan tugasnya sebagai polis atau membuktikan kesetiaannya kepada ketuanya yang sudah seperti saudaranya sendiri, Jung Chung (Hwang Jung Min).

 

4. A Dirty Carnival (2006)

a5ad3961 ef61 42a6 84b2 8d9b69c843d9Byung Doo (Zo In Sung) adalah orang kanan seorang gangster kecil bernama Sang Chul (Yoon Je Moon). Walau dia mempunyai potensi yang tinggi dalam dunia gangster, duit yang diperolehinya tidak setanding prestasinya. Pada suatu hari, ketua geng yang lebih besar, Ketua Hwang (Cheon Ho Jin), menjanjikan Byung Doo kerjaya yang lebih baik jika dia membunuh seorang peguam. Byung Doo mengkhianati ketuanya demi menerima tawaran Ketua Hwang. Namun, perkara tersebut menjadi permulaan bagi kehancurannya.

 

3. A Bittersweet Life (2005)

8bb1f9d9 2c90 4a9e b6cc c53b54e166e5

Filem jenayah ini menceritakan tentang Kim Sun-woo (Lee Byung-hun) yang bekerja sebagai orang kepercayaan Mr. Kang (kim Young-cheol) iaitu seorang pemilik hotel sekaligus ketua sebuah organisasi jenayah. Sun-woo adalah orang suruhan yang amat setia dan selalu menjalankan tugasnya dengan baik. Dia sedang berada di puncak kerjaya. Pada suatu hari sewaktu Mr. Kang perlu ke luar negara, Sun-woo telah ditugaskan untuk menjalankan sebuah misi.

Misinya adalah untuk melindungi dan mengawasi teman wanita Mr. Kang iaitu Hee-soo (Shin Min-a). Hee-soo adalah seorang gadis yang jauh lebih muda dari Mr. Kang. Mr. Kang curiga kerana merasakan Hee-soo tengah sedang menjalin hubungan dengan lelaki lain yang tentunya masih muda. Sun-woo diminta mencari tahu kebenaran jika Hee-soo telah curang. Misi yang sebenarnya sangat mudah itu akhirnya mengubah kehidupan Sun-woo apabila dia mencampur adukkan perasaan hati nuraninya dalam misi tersebut.

 

2. The Man from Nowhere (2010)

88a0881e e8f0 4ad8 afaf 11ffce45e16dThe Man from Nowhere menceritakan tentang jenayah penyeludupan dadah yang terjadi di sebuah kelab malam. Di sana, seorang polis menyamar untuk mengawasi pergerakan mereka. Namun, polis itu gagal menjerat penjenayah apabila dadah tersebut dibawa lari oleh seorang penari kelab malam yang bernama Hyo-jeong (Kim Hyo-seo).

Sementara itu, seorang lelaki misteri bernama Cha Tae-sik (Won Bin) yang juga dikenal sebagai “ajusshi” menjalani hidupnya seperti biasa. Dia mempunyai sebuah kedai pajak gadai di sebuah kawasan yang kelam dan penghuninya tergolong dari bermacam jenis orang. Dia tidak banyak bergaul dengan orang di sekitarnya, kecuali dengan seorang kanak-kanak perempuan yang bernama So-mi (Kim Sae-ron). So-mi tinggal berdekatan dengan kedai pajak gadai Cha Tae-sik dan sering berkunjung ketika ibunya membawa balik lelaki ke rumah.

Pada suatu hari, ibu So-mi iaitu Hyo-Jeong telah datang ke kedai pajak gadai tersebut dan menggadaikan sebuah beg dengan kamera. Namun, Cha Tae-sik tidak menyedari bahawa isi sebenar dalam beg itu merupakan dadah yang dicuri dari kelab malam. Sejak itu kehidupan Cha Tae Sik, So-mi dan Hyo Jeong mula dikejar kejahatan dan Cha Tae Sik, muncul membalas dendam.

 

1. The Outlaws (2017)

fb052b39 e17e 4389 a4ff ba4c82988504

Ma Seok-Do (Ma Dong-seok) merupakan pegawai polis yang bertanggungjawab menjaga keamanan di sekitar Chinatown di Seoul. Sering berlaku pergaduhan antara kumpulan gangster di situ namun Ma Seok-Do mampu mengawalnya dan setiap ketua gangster di kawasan tersebut menghormati pegawai polis tersebut. Ma Seok-Do adalah polis jujur, tegas dan tidak menerima rasuah.

Dalam diam kawasan Chinatown tersebut menjadi idaman sekumpulan gangster dari tanah besar Cina yang kini menjalankan perniagaan ceti haram. Memeras dan membunuh penghutang mereka dengan kejam sekali.

Segala keamanan dan rutin di Chinatown menjadi kucar-kacir apabila gangster dari Cina tersebut bertindak ganas dan membunuh salah seorang ketua gangster jalanan berbangsa Korea di kawasan tersebut. Pembunuhan-pembunuhan ganas berlaku, rampasan kuasa dan pengkhianatan yang amat mengerikan. Ma Seok-Do kini dalam permainan mengejar penjenayah kejam yang tidak berhati perut ini.

Jika anda meminati filem jenayah tentang mafia dan gangster, semua filem di atas perlu anda tonton. Bukan hanya menyajikan jalan cerita yang rumit dan penuh dengan politik gangster, semua filem di atas juga menyajikan banyak aksi epik yang menarik. Jadi, dari senarai di atas, filem manakah yang akan anda tonton terlebih dahulu?

Baca lagi: 23 Drama Korea Popular Tampilkan Peguam Kacak, Pelbagai Kisah Jenayah Menarik
Baca juga: 9 Filem Jenayah Korea Underrated Yang Harus Ditonton

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here