Home Entertainment 9 Filem Korea Ini Pasti Membuatkan Anda Menitiskan Air Mata

9 Filem Korea Ini Pasti Membuatkan Anda Menitiskan Air Mata

0

Selain terkenal kerana drama siri dan KPop, Korea juga banyak menghasilkan filem berkualiti pada setiap tahun hingga ada yang diadaptasi ke filem Hollywood.

Biasanya ramai penonton yang kerap kali menghindari filem-filem yang menumpahkan air mata dan lebih memilih untuk menonton filem yang boleh memancing gelak tawa untuk menghilangkan seketika beban mereka, tetapi ternyata ramai juga yang lebih suka menonton tayangan emosional dan memancing kesedihan.

Bagi peminat yang menonton filem Korea bertemakan melodrama,filem sedih menjadi pilihan untuk meluahkan emosi yang terpendam di dalam hati dan membuat fikiran menjadi lebih ringan.

Ada bermacam koleksi filem di seluruh dunia yang boleh mengusik perasaan anda dan kami telah merangkumkan 9 buah filem Korea sedih yang dijamin akan membuatkan anda dibanjiri dengan air mata.

Biasanya waktu terbaik untuk menonton filem Korea sebegini adalah pada waktu malam. Jangan lupa siapkan tisu yang banyak ya! Jom kita lihat senarai filem Korea dibawah ini!

 

1. Ode To My Father (2014)

4d50a7a4 f63b 462c 9db3 f42cbd753099
Tayang pada tahun 2014, filem Korea Ode To My Father memang sangat berjaya di box office Korea. Filem Korea ini mengikuti kisah hidup panjang seorang lelaki yang bernama Deok-Su yang telah melalui banyak cabaran dalam hidupnya. Berlatarkan zaman penjajahan Jepun, waktu rakyat Korea melakukan penghijrahan untuk menyelamatkan diri dari serangan penjajah.

Ode to My Father adalah filem tentang seorang lelaki biasa yang melakukan segalanya untuk melindungi keluarganya dan berusaha melakukan apa yang dia katakan untuk terakhir kalinya kepada ayahnya.

Ini adalah filem yang menampilkan kehidupan orang-orang yang susah setelah perang Korea hingga waktu ini. Ode to My Father juga akan mengajak anda untuk menyaksikan beberapa siri perpisahan dan perjuangan yang memilukan.

2. My Brilliant Life

3d9162ce d84d 4909 9ca4 b4ec39b2f588
Filem Korea My Brilliant Life dibintangi oleh Song Hye-kyo dan Gang Dong-won ini mengisahkan tentang hubungan antara Dae-soo dan Mi-ra, seorang gadis cantik yang bermulut lancang. Kerana nasib malangnya, Mi-Ra telah mengandung sewaktu usianya baru 17 tahun. Ditentang oleh keluarga, kedua-duanya memilih untuk menjalani kehidupannya sendiri sebagai sepasang suami isteri dan berhenti sekolah.

Tapi nasib tidak menyebelahi mereka, anak pertama mereka yang sangat diidam-idamkan, Ah-reum, lahir dengan mengalami kelainan genetik progeria, yang membuatkan usianya cepat tua 10 kali ganda dari usia normal. Beberapa tahun kemudian, Ah-reum berusia enam belas tahun, tetapi tubuhnya kelihatan seperti seorang datuk yang berusia lapan puluh tahun.

Ah-reum kemudian menulis sebuah cerita bagaimanakah orang tuanya yang masih muda telah jatuh cinta, dan berharap mereka memberikan hadiah sempena hari lahirnya yang ke tujuh belas nanti.

Selain ditampilkan dengan banyak babak yang mengusik jiwa, banyak juga babak lucu dan aneh yang terjadi dalam filem ini. Walaupun masih muda dan nampak seperti belum matang, tetapi kedua ibu bapa ini sangat menyayangi Ah-Reum dan dengan sabar mengasuhnya walaupun mereka tahu bahawa penghidap progeria tidak akan bertahan hidup dengan lama.

Filem yang sangat menyentuh perasaan yang mengajar kita bagaimana cara untuk menjadi bahagia saat berada dalam keadaan yang sukar tetapi saling mencintai.

3. One Way Trip (2015)

19a863d1 de76 4745 b027 2f8a8a9c2d89
Mengisahkan tentang empat orang sahabat yang mengembara, filem ini menampilkan jalan cerita yang sukar untuk diteka. Sebelum pergi berangkat untuk latihan ketenteraan, Sang Woo (dilakonkan oleh Suho) diajak untuk turut serta dalam pengembaraan selama 2 hari 2 malam, tetapi tidak menyebelahi mereka. Belum tercapai hajat mereka untuk bersenang-senang, di tengah-tengah perjalanan mereka tanpa sengaja terjumpa dengan seorang lelaki yang sedang memukul kekasihnya.

Mereka hanya mahu menolong, tetapi mereka pula terjerat dengan masalah dan dikejar-kejar oleh polis. Dalam aksi kejar mengejar itu, Sang Woo mengalami kemalangan. Bahagian akhir filem ini pasti akan membuatkan anda menangis kerana menganggapnya sebagai satu perkara yang tidak adil. Filem Korea ini sekaligus mengkritik undang-undang dalam masyarakat yang kerap membela pihak yang salah dan penuh ketidakadilan.

4. Cart (2014)

7364c400 a419 4811 9fde e4a82dc8f1b1
Mengisahkan tentang pekerja yang bekerja di pasaraya dan tiba-tiba semuanya menerima surat untuk berhenti kerja. Ada masalah yang terjadi di syarikat dan semua pekerja yang sudah tua (ahjumma) menginginkan hak mereka untuk mendapatkan pekerjaan mereka kembali.

Filem Korea ini memang berdasarkan kisah benar, jadi jangan terkejut, memang banyak adegan seperti dunia realiti yang berkaitan dengan kehidupan kita sehari-hari. Kesedihan dalam filem ini terletak di bahagian ketidakadilan dan bagaimana cara syarikat memperlakukan para pekerja yang semuanya adalah wanita.

5. Canola (2016)

4b741fa8 4d64 4315 b617 b15092adc247
Filem Korea ini menceritakan tentang seorang nenek dan cucunya (hyeji) yang tinggal di sebuah kampung di mana tiba-tiba cucunya hilang di pasar kerana disesak-sesak orang ramai. Selang 12 tahun kemudian, Hyeji kembali setelah kejadian pahit dan buruk yang menimpanya dan akan mempengaruhi keseluruhan ceritanya. Kisah emosional dua beranak ini pasti akan membuat air mata meleleh apalagi sewaktu melihat nenek yang kesakitan ditambah dengan lakonan Kim Go Eun yang mengagumkan.

6. Hyung/My Annoying Brother (2016)

6d436288 e5b1 49bc a739 5ea96cabaa45

Sewaktu anda menonton filem Korea ini, anda pasti akan setuju bahawa kedua-dua pelakon utamanya memiliki keserasian yang kuat sebagai abang dan adik. Jo Jung Suk, yang membawa watak sebagai seorang abang, sekalipun kelihatan seperti bodoh-bodoh sengal, tetapi dia benar-benar menjaga adiknya yang cacat penglihatan dan membuatnya boleh menikmati dunia sewajarnya.

Bukan sekadar babak yang mengganggu emosi, tetapi juga kejadian lucu yang mengundang tawa. Hampir 3/4 adegan dalam filem ini memang boleh membuat anda menangis teresak-esak.

7. Miracle In Cell No. 7 (2013)

12e084f6 c33a 40a1 9b8d 34ae1c47d8e0

Kalau berbicara tentang filem Korea paling menyedihkan, maka filem ini sangat wajib anda masukkan ke dalam senarai tontonan anda. Walaupun boleh dikategorikan sebagai drama komedi, tetapi anda pasti bakal dibanjiri air mata di akhir kisahnya.
Cerita ini terjadi di penjara dan fokus kepada seorang ayah yang bernama Yong-Goo yang bukan hanya cacat mental, tetapi juga dipenjarakan dan dihukum mati kerana jenayah yang tidak dilakukannya.

Selama berada di penjara, dia menyelamatkan kehidupan salah seorang dari lima banduan di selnya, So Yang-Ho. Yang-Ho kemudian berjanji untuk membantu Yong-Goo dengan apapun yang dia inginkan. Semua keinginan Yong-Goo adalah untuk melihat anak perempuannya, Ye-Seung.

Cerita kemudian menyoroti lima orang banduan yang cuba mencar keajaiban untuk membantu Yong-Goo bersatu kembali dengan anak perempuannya. Keserasian ayah dan anak pasti bakal membuat mata anda berkaca-kaca kerana lakonan mereka yang bukan hanya genius, tapi juga sangat emosional.

8. One Day (2017)

fea782ef 7c70 4641 a67b bedfedcd8b6d

Filem Korea ini ditayangkan pada tahun 2017. Filem drama ini menceritakan tentang seorang penyiasat insuran yang baru sahaja bercerai yang bernama Lee Kang-Soo yang sedang menyiasat sebuah kes tentang seorang wanita bernama Mi-So yang berada dalam keadaan koma akibat kemalangan jalan raya.

Pada suatu hari, dia memutuskan untuk mengunjungi wanita tersebut di hospital dan menemui roh wanita itu sementara tubuhnya masih dalam keadaan tidak sedar. Dia meminta bantuannya untuk menyiasat penyebab kemalangan yang berlaku. Tonton filem ini dan anda bakal bersimpati dengan kisah menyedihkan sewaktu rahsia mereka terbuka satu persatu.

9. The Preparation (2017)

Filem korea
Sesuai dengan tajuknya, filem Korea The Preparation mengisahkan tentang seorang ibu yang sakit tenat yang mempersiapkan anak lelakinya yang berusia 30 tahun yang mempunyai kurang upaya mental dengan menunjukkan cara untuk bertahan hidup tanpa seorang ibu. Walaupun menggunakan bajet yang rendah dan sangat sederhana, filem ini dinobatkan sebagai filem paling menyedihkan. Banyak perkara yang belum terungkap antara seorang ibu dan anak lelakinya.

Ramai penonton mengakui bahawa kisah tersebut sangat relevan dan mengingatkan mereka kepada figura ibu yang menjadi sangat istimewa. Pelakon wanita veteran Go Doo Shim dan pelakon terkenal Kim Sung Kyun dipuji kerana berjaya menggambarkan kisah memilukan tersebut dengan sangat baik.

Bukan hanya menampilkan sinematografi dan cerita yang menarik, kadang kala banyak pesanan moral yang disampaikan dengan filem yang bertemakan melodrama dan sedih. Semoga kita semua boleh mengambil inspirasi dan menjalani hidup dengan positif ya!

Baca lagi: 17 Kdrama Komedi Menarik dan Menyegarkan
Baca juga: 13 Pilihan Filem Seram Korea Menarik